Menanti Dhuha 1

8 0 0
                                    


"Bamm!" Bunyi pinggan yang berselerakan itu membuatkan pandangan Naura Farhani beralih. Pelajar lelaki yang mejatuhkan pinggan itu kini menjadi tumpuan. Segera dia mengutip pinggan itu dan berlari beredar daripada kawasan kantin.

Sempat pelajar lelaki itu memandang lama ke satu sudut di mana tiada sesiapa pun di situ. Naura yang memerhati hanya menggeleng kepala. Pelik!

"Bukan budak tu ke yang selalu buat masalah kat sekolah ni? Orang kata hijab dia tu terbukak. Entah betul ke tidak takt ahu lah. Entah-entah saja nak cari tumpuan," bisik Maya Zahira perlahan. Naura menyiku lengan temannya itu.

"Nak mengumpat tu perahan sikit. Bukan kita je yang ada dekat sini. Tengok kiri kanan sama," tegur Naura Farhani.

"Ish aku tahu la," bentak Maya lalu bangun daripada duduknya untuk mencuci tangan. Naura menyuapkan suapan terakhir ke dalam mulutnya sebelum membuntuti Maya daripada belakang.

"Kau nak pergi mana?" soal Maya apabila melihat temannya yang mengambil arah yang berlainan daripada yang sepatutnya.

"Nak pergi isi air, kau masuk la kelas dulu" balas Naura bersahaja.

"Betul ni tak nak aku ikut?" soal Maya untuk mendapatkan kepastian. Naura hanya membalas dengan anggukan. Maya menangguk perlahan dan berjalan ke laluan yang bertentangan.

Naura mendekati mesin air yang terdapat berdekatan dengan perpustakaan itu. Blok A tingkat 3 ini jarang pelajar lalu, di sebabkan itu dia memilih untuk mengisi air di situ. Tidak perlu dia beratur panjang seperti di mesin air yang lain. Lantas dia membuka penutup botol dan mengisi bekas minuman itu sehingga penuh. Baru sahaja Naura ingin berjalan pergi daripada situ, bunyi ketukan kuat daripada dalam perpustakaan mengejutkannya. Dia mengerling ke arah selipar yang terdapat di luar perpustakaan itu.

Kosong. Hanya dia sahaja yang berada di situ. Tanpa teragak-agak, dia memasuki perpustakaan sambil tangannya erat memeluk botol minuman itu dalam dakapannya. Dia tidak kisah jika minuman itu boleh di bawa ke dalam atapun tidak. Yang dia ingin tahu ketika ini, dari mana datangnya bunyi bising itu.

"Hello," laung Naura perlahan sambil jalan terjengket-jengket. Khuatir jika ada murid mahupun guru lain di dalam perpustakaan itu selain daripada dirinya itu.

"Hello!" laungnya sekali lagi. Suaranya semakin lantang.

Tadi rasa macam ada bunyi dari dalam, getus hatinya. Dia tidak berpuas hati lalu mengambil keputusan untuk memeriksa keseluruhan perpustakaan itu.

Perlahan-lahan dia melangkah, pada masa yang tangan kanannya didepakan. Saat dia melepasi satu persatu rak buku di situ, jari jemarinya turut menyentuh permukaan rak buku tersebut. Terbit perasaan rindu dalam hatinya. Rindu yang tak dapat diungkap.

"Bamm!" bunyi itu sekali lagi mengejutkannya. Perlahan dia mengusap dadanya kerana terkejut buat kali kedua.

"Siapa?" teragak-agak Naura melangkah mendekati kawasan yang mengeluarkan bunyi tersebut.

"Tak ada sesiapa," jawab satu suara. Pemilik suara itu menggigit bawah bibirnya. Patutnya dia harus diam sahaja.

"Berhenti. Jangan datang dekat," sambungnya lagi.

"Kenapa?" soal Naura tanpa segan silu. "Nanti awak lari," jawapan itu membuatkan Naura berhenti melangkah. Dia sudah memikirkan yang bukan-bukan. Suara persis seorang lelaki. Bagaimana jika lelaki itu sedang buat perkara yang terkutuk?

"Tak, aku bukan lelaki macam tu lah!" nafi lelaki itu seakan-akan mengetahui apa yang bermain di fikiran Naura.

"Ha-habis tu kenapa awak kata saya akan lari?" soal Naura tergagap-gagap.

"Nak tau ke? Kalau nak tau sangat mari la datang dekat," cabar lelaki itu. Tanpa melengahkan masa, Naura terus berjalan melulu mendekati lelaki itu. Dia harus cepat, kelas Biologi nya hampir mula tidak lama lagi. Dia tidak mahu tertinggal pelajaran disebabkan permainan lelaki misteri ini.

Tinggal setapak sahaja lagi tetapi Naura menghentikan langkahnya. Kenapa dia perlu ambil pusing untuk mengambil tahu? Dia mengerling jam tangannya sekilas. Lima minit sahaja lagi. Dia tidak mahu lewat walaupun seminit.

"Maaf tak berminat," ujar Naura lantas dia berpaling lalu melangkah ke pintu utama.

"Kejap. Datang sini sekejap je," pinta lelaki itu. Nadanya seperti merayu. Kali ini, dia perlu memastikan sesuatu. Entah mengapa, dia yakin telahannya kali ini benar.

Naura sudah menjeling ke atas. Membazirkan masanya sahaja. Dia hanya menurut. Dia kembali mendekati lelaki itu.

"Wah terkejutnya, rasa macam nak lari lah," kata Naura sinis.

Kelihatan Dhuha seakan-akan sedang mengambil sesuatu di sembalik rak buku tersebut. Bunyi ketukan yang kuat tadi rupanya disebabkan oleh besi penahan buku yang terjatuh ke atas lantai.

 Matanya memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu. Tangannya disilangkan. Apa yang lelaki ini mahukan? Naura memandang lelaki itu dari atas ke bawah. Perkara apa yang harus membuatkan dia lari daripada lelaki itu? Tidak cukup sifatkah?

Dhuha Mikael terkesima. Masakan gadis itu tidak terkejut? Dia meraba-raba badannya. Dia...boleh nampak?

"Kau nampak?" soal Dhuha yang kali ini meraba wajahnya pula.

"Nampak apa?"

"Nampak aku lah," jawab Dhuha serius. Jawapan itu hampir membuatkan Naura meletuskan tawanya. Permainan apa pula yang harus dia main kali ini? Dia tidak boleh leka. Dia harus beredar dari sini segera. Tujuannya tadi hanya ingin mengisi air, bukan untuk bertemu dengan lelaki ini.

"Saya tak ada masa untuk bergurau senda dengan awak. Saya pergi dulu," pinta Naura dan dia bergegas keluar daripada perpustakaan itu. Dhuha tidak sempat menahannya memandangkan Naura keluar dalam keadaan tergesa-gesa. Dalam hatinya sudah terdetik untuk mencari gadis itu semula. Ya, dia harus mencari gadis itu.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 31, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MENANTI DHUHAWhere stories live. Discover now