AZRIL (SUAMI)
SEBULAN BERLALU...
Aku duduk berteleku disitu, minda ku jauh menerawang mengingat kembali kenangan manis ku bersama Zurin. Tanpa sedar air mata ku mengalir membasahi pelupuk mata. Maafkan abang sayang, semua ini salah abang. Abang tak mampu membahagiakan sayang. Abang bukanlah suami yang baik selama ini. Kalaulah abang tak....
Agak payah bagi ku untuk menghabiskan ayat tersebut biarpun hanya bermonolog dengan diri sendiri. Zurin isteri ku, ketahuilah bahawa aku sangat menyanyangi dan mencintai dirimu sehingga ke akhir hayat ku. Tiada pengganti yang layak mengganti dirimu di dalam sudut hati ini.
Aku melangkah longlai meninggalkan Zurin disitu. Meninggalkan isteri tercinta keseorangan tanpa berteman. Sudah masa nya abang pergi sayang. Maafkan suami mu ini.
PERISTIWA MALAM ITU...
Aku memandang ke arah cermin pandang belakang dan ku lihat Amir hanya duduk mendiamkan diri. Matanya terkebil-kebil seperti ayam berak kapur lagaknya. Barangkali peristiwa tadi masih menghantui dirinya. Pandangan mata ku alihkan kepada isteri tercinta,kepala Zurin terlentok di sebelah bahu Amir. Begitu lena sekali sehingga kedengaran dengkuran kecil.
Ketika kenderaan ku berlalu meninggalkan hentian rehat sebentar tadi, fikiran ku kosong, jiwa ku mati. Sampai bila harus begini dan aku bertekad bahawa kali ini aku akan mengubah segalanya. Aku ingin kembali ke pangkal jalan dan mahu isteri ku jadi seperti dahulu. Cukup sudah nikmat duniawi yang aku dustakan.
Pedal minyak ku tekan dengan perasaan yang tidak keruan. Akal fikiran ku tidak lagi fokus pada pemanduan. Aku letih dengan segala permasalahan yang aku sendiri cipta. Fantasi liar yang pada awalnya hanya satu kepuasan bagi ku kini semakin melarat menjadi barah. Apakah masih ada sinar dihujung lorong yang semakin kelam dan gelita buat ku dan Zurin? Aku sendiri pun tidak pasti.
Kenderaan milik ku menderu dengan laju membelah kepekatan pagi yang berkabus ketika itu. Tanpa aku sedar di hadapan ku di lorong paling kanan ada sebuah lori kontena berhenti kerana tayar pecah. Aku cuba menekan brek sekuat hati dan mengelak ke lorong tengah akan tetapi semuanya sudah terlambat. Bahagian belakang kenderaan milik ku pada sebelah kanan terkena pada lori.
Akibat daripada pelanggaran tersebut kereta ku berpusing beberapa kali dan menghentam pembahagi jalan. Terasa cairan hangat membasahi kepala ku. Pandangan ku mula berpinar dan sebelum aku pengsan, aku sempat memandang ke arah depan kenderaan ku. Kelihatan sekujur tubuh berada di luar terbaring tidak bergerak. Zurin isteri ku terpelanting keluar dari kenderaan....
Pusara Di Lebuhraya
Ekamatra
Dalam perjalanan ini
Menuju destinasi
Berbagai lebuhraya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Terpandang pusara diam menyepi
Terbayanglah kisah lalu
Bila kau disampingku
Bagaikan temasya dalam hidupku
Kini cinta tiada lagi
Berkubur dalam sepi
Dan pusara ini menjadi bukti
Betapa aku lemah di sini
Melihat cinta ini pergi
Di sini bermula bicara
Terpedaya
Dan bicara itu membunuhnya
Kini engkau tiada lagi
Yang tinggal hanya mimpi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Ku teruskan perjalanan
Ku tinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi
Betapa aku lemah di sini
Melihat cinta...
-TAMAT-
YOU ARE READING
Isteri ku Zurin
RomanceAku seorang suami yang mempunyai sebuah fantasi luar biasa dan isteriku Zurin menjadikan fantasi ku sebagai realiti tanpa diminta. Menyesal? Puas? Geram?