Aku segera menolongnya bangun kerana terlanggar denganku tadi. Apabila dia melihat wajahku, dia terus terkejut dan memanggil nama ku Hadi. Aku sungguh gembira kerana dia masih mengingat ku
lagi. Kami segera mencari tempat duduk dan menceritakan pelbagai kenangan dulu yang tidak sempati kami ceritakan. Walaupun kami tidak pernah
berjumpa tetapi kami pernah bermesej dahulu. Dia pernah meluahkan perasaannya dahulu tetapi aku masih ego untuk mengaku bahawa aku juga mencintainya tetapi aku tiada keberanian waktu itu dan sekadar memberi harapan kepadanya yang
tertangguh lamanya.Dia pernah memberitahuku bahawa dia ingin berjumpa denganku sekiranya aku mempunyai masa lapang di waktu cuti sekadar mahu melawatnya sahaja. Aku membalasnya dengan tanda setuju
bahawa aku ingin berjumpa dengannya tetapi malang tidak berbau umiku jatuh sakit pada hari kami mehu berjumpa. Aku berasa sedih sekali dan kecewa kerana
hari yang aku tunggu saatnya telah menjadi tragedi yang besar dalam hidupku. Aku tidak dapat berjumpa dengannya malah kami harus melanjutkan pelajaran
masing- masing. Jadi sekarang baru aku ketahui yang dia satu universiti denganku dan membuat ku lebih gembira,Dalam ku mengimbau masa dulu. dia
bertanya "Hadi, kau masih tidak mahu mengaku?"
"tentang apa ya?"aku membalasnya. "tentang perasaan kau pada aku adakah sampai sekarang kau masih mahu menyimpannya tanpa teriuah?"jujur
Hadirah sambil memandang wajahku dengan sungguh sayu. "aku mahu luahkan perasaan aku pada hari aku berkahwin dengan kau" Hadirah mula
tersenyum dan mengharapkan itu satu harapan buatnya.Selepas kami selesai makan, aku memberitahunya bahawa aku mahu nombornya yang baharu kerana
aku tahu nombornya sudah ditukar. "Hadirah, boleh aku mahu nombor kau? Kalau boleh aku mahu mengeratkan hubungan kita sampailah kita kahwin."
Hadirah mula tersenyum dan mengulurkan sehelai kertas dan menulisnya di atas kertas itu. Dia terus pulang ke biliknya tanpa menoleh ke belakang.
Sampai di bilik Hadirah,
"Dirah, kau berjumpa dengan siapa tadi? Lama sangat kitorang tunggu." Mereka mula memandang ku sambil tersenyum memerli seakan akan aku keluar dengan orang istimewa. Aku mula membalas. "dengan
kawan rapat dulu tiba tiba saja boleh terserempak "
"kawan lelaki ka perempuan?" Luna mula menanya.
"secara jujurnya seorang lelaki yang sangat aku sayang dari dulu dan sekarang" jujur aku kerana tidak
mahu merahsiakan tentang perasaanku waktu itu.Mereka mula bersorak dan mula menanya macam macam soalan yang tidak harus pun aku jawab malam itu. Aku sekadar membalas "lain kali jalah" dan terus
masuk ke bilik air untuk membasuh muka.ERRR hai guysss , hope you guys enjoy what I'm gonna to story okay , actually tak pandai create story sendiri HHAHAHA actually cerita ni based on my experience. TOWW HAHAHHAHA , baca laa sekadar suka suka syok syok even korang pernah tgk dekat tv but this story takla clishe mcm cerita kat tv, so stay tuned mwah , <3 sorry lah kalau bab 1 pun dah skit HAHHAHA but for me kepanjangan ayat tak menjamin keseronokan isi kandungan kan so don't judge a book by it's cover okay babe , actually nak smbung but we see how okay , jangan lupa like , comments alahai macam youtuber lak HHAHAHHA mwah assalamualaikum.
YOU ARE READING
Kata Tak Terungkap
RomanceHadirah. Namanya manis seindah wajahnya. senyumannya bak sinaran yang sentiasa menerangi hariku. Walaupun kami tidak pernah berjumpa tetapi aku tahu sikapnya dengan orang, ibu bapanya,termasuklah aku dan tidak lupa kebijaksanaannya membuatkan aku s...