Prolog 🌼

1.1K 159 40
                                    

Jantungnya berdegup kencang. Mata terbuntang luas dengan lelehan air mata yang tidak berhenti. Kedua tangannya dipaut erat oleh dua orang lelaki bertubuh tinggi besar di kiri dan kanannya. Tidak lepas mata itu memandang pada susuk tubuh wanita yang sudah tersungkur di atas lantai dengan darah yang mengalir dari kepala tidak berhenti. 

"Ini balasannya... sebab kau rampas dia dari aku." Suara itu memecah sunyi dalam gudang usang ini, yang hanya diterangi dengan cahaya luar melalui lubang halus pada bumbung gudang yang bocor. 

Lelaki itu mengacu pisau tajam berkilat di hadapan matanya. Dia cuba bertahan semampu yang boleh kerana dia perlu menyelamatkan isterinya yang menjadi mangsa keadaan.

"Kau binatang, Jungkook. Manusia paling berhati binatang." Lelaki yang dipanggil Jungkook itu ketawa besar mendengar dia berkata begitu. Sikit pun hinaan itu tidak mengguris hati malah ketawanya semakin galak kedengaran sehingga bergema ruangan gudang ini. Nampak bahagia dan puas hati kerana lelaki yang merampas bekas teman wanitanya itu telah pun berada dalam cengkamannya sekarang. Tiada lagi rasa sebal dan sakit hati melihat orang yang dibencinya ini bahagia. 

"Depan bos, kau lah yang paling hebat. Bos percaya semua apa yang kau cakap. Kau makan tahi, bos pun makan tahi. Kau masuk longkang, bos pun ikut masuk longkang." Ujar Jungkook lagi. Begitu tajam dia memandang anak mata lelaki itu sehingga terasa seperti hendak tertembus sehingga ke belakang kepala. Dia menelan liur. Bukan kerana gerun dengan Jungkook, tetapi dia marah dan sakit hati terhadap Jungkook. 

"Aku dah cakap dengan kau banyak kali sebelum ni. Kalau kau ada masalah dengan aku, cari aku. Bukannya kau libatkan isteri aku sekali dalam hal ni. Dia tak bersalah." Tersekat-sekat dia berkata dengan nada suara yang tenggelam timbul. Setiap inci tubuhnya terasa sakit dan perit. Lengan dipaut kuat, tumbukan pada perut dan dadanya tadi bagai hendak terpatah tulang rusuk. Sekarang dia hanya menahan sahaja rasa sakit itu semua dengan hati yang rela. 

"Isteri kau tu, bekas teman wanita aku. Kalau kau tak masuk kerja dekat tempat aku, dia takkan kenal kau dan dia takkan suka kau. Kau memang dari dulu suka potong jalan aku. Sial." Satu layangan penumbuk mendarat pada pipinya dan dia menerima tumbukan padu itu dalam keadaan diri tidak bersedia. Terus tersungkur dia di atas lantai simen sejuk itu. Pautan terlepas. 

Kebas terasa pipi, mengalir darah keluar dari mulut. Mata kabur memandang sekujur tubuh isterinya yang kaku tidak bergerak. Isterinya.. yang baru dikahwini semalam. Dan hari ini, kejadian tidak diingini berlaku dan isterinya yang tidak bersalah dalam hal ini terlibat sama. 

"Kau duduk dalam ni sampai kau membusuk kena makan ulat. Aku tak nak pegang kau ni. Jijik. Tangan aku terlalu suci nak sentuh kulit jantan yang suka menyondol hak orang lain." Rapat bibir Jungkook berbisik pada telinganya. Lelaki itu melutut di hadapannya dan selepas itu kembali berdiri. Terasa dirinya diludah dan disepak kasar. Dia pejamkan mata sesaat kerana rasa sakit yang bukan biasa-biasa.

Pandangan mata kian kabur, telinga sayup-sayup mendengar perbualan Jungkook bersama dua orang lelaki sasa itu. 

"Bawa perempuan ni, campak dekat mana-mana. Jangan sampai jantan ni jumpa semula." Dan selepas mendapat arahan itu, dia melihat tubuh wanita itu diheret kejam dengan kepala yang mengalir darah keluar dari gudang usang ini. Dia tidak mampu mengeluarkan suara atau bangun dan menghalang, sebaliknya dia hanya mampu berdoa dalam hati agar Tuhan melindungi isterinya yang satu itu sehingga dia diberikan kekuatan semula untuk mencari dan membalas segala dendam kesumat yang mula menjalar di hati. 

'Jungkook, aku bersumpah atas nama isteri aku.. tangan aku ni yang akan buat kau mati tercelik satu hari nanti. Kau tunggu.'

Dan mata itu terus tertutup rapat bersama air mata yang mengalir deras.


* * * * * *

Hah tak sabar ler tu nak tunggu Bab 1 gahahahahhaha. Sabar2. Ambil feel dulu, cuba teka2 dulu jalan cerita dia macam mana. Biasa je cerita ni sebab saya terlambat sikit theme2 Mafia ni. So maybe ada yang dah boleh agak apa akan jadi and maybe ada yang tersama secara tak sengaja dengan orang lain punya cerita. Tapi ni cerita saya, air tangan saya lain dari yang lain. Mana yang dah baca buku semua ff2 saya tu mesti dah tahu style saya macam mana. Tapi insya Allah saya nak buat awak semua tak tidur malam kenangkan si Taehyung yang rawr tu ehek. 

Tungguuuuuuuuuuuu....

[COMING SOON] Mafia 마피아 (Taehyung Fanfiction)Where stories live. Discover now