* 3 bulan kemudian*
" kau sekarang apa cerita? ok dah kan? kau dah tak jumpa dengan farhan kan?"
" haah.. aku jarang jarang dah chat dengan dia.. ade je dia ajak jumpa, tapi aku tolak. Taknak aku cikgu tu bagitau parents aku nanti"
" ha elok la tu. Jangan kau cabar cikgu tu pulak.. dia tu lain macam sikit"
" haah cikgu tu haritu pandang pandang aku.. tapi dia ok je"
" ye la kau tak buat salah takkan la dia nak belasah kau tiba tiba pulak? hahaha"
" hahaha betul la tu.. eh sekarang dah waktu sains.. jom pergi makmal"
" jom.. jangan lupa bawa nota yang cikgu suruh tulis semalam tu"
" Eh aku tak bawa laa!"
" aduh kau ni rina.. memanjang lupa je.. takpe takpe bagitau cikgu nanti.."
" haa okay.. tapi nanti kau share dengan aku tau nota tu.."
" boleh boleh.."
* otw makmal*
" kau tau tak tadi kan, time aku pergi sekolah, ade anjing tu hampir nak kejar aku.."
" hahaha srs la? kat mana masa tu?"
"masa tu aku pergi dekat bawah pokok nak ikat kasut lepastu tiba tiba ade anjing coklat besar gila tenung aku. Aku cepat cepat la ikat kasut, lepas tu aku jalan laju laju.. sebab orang tua cakap jangan lari kan? hhahaha"
' eh siapa tu? tak pernah nampak pun dekat sekolah ni? kemas gila pakaian' kata ara dalam hati sambil memandang seorang lelaki yang sedang berjalan
" Oi Ara! kau dengar tak?"
" ye dengar, anjing coklat tenung kau patu kau jalan laju laju"
" haa nasib betul.. kau pandang siapa? macam nampak hantu je.." soal rina sambil mencari cari
" takde pun orang.. kau termenung ke ara?"
" lah takde la.. aku pandang orang random je.. aku dengar la cerita kau"
" ha pape je la asalkan kau dengar.. penat aku bercerita"
* dalam makmal*
' siapa eh tadi tu? kenapa dia sorang sorang? takde kawan ke? not bad la rupa dia'
" kau kenapa ara? dari tadi diam? ade masalah ape ape ke? bagitau aku kalau ade apa apa"
" eh takde la.. aku ok je.."
" kau still fikir situasi aku dengan anjing tadi tu ke? hahaha apa yang kau kaji sampai lama betul termenung"
" uish.. mana ada.. takkan la anjing pun aku nak kaji? hahaha"
" oh kejap lagi kau rehat dengan aku tau ara.."
" memang hari hari aku rehat dengan kau kan.. kalau tak pun, kau yang lari dari aku.. ade hal kat pusat sumber lah, ade mesyuarat lah, cikgu nak jumpa lah"
" hehehe takde la saja je bagitau.. aku takut kau rehat dengan orang lain pulak.. nanti aku sorang sorang"
"eh kau sorang sorang tak boleh? aku takpe? hahaha" kata ara