Harta bukanlah kunci kepada kebahagiaan. Selepas kemalangan ngeri yang meragut nyawa kedua-dua orang pasangan daripada keluarga bangsawan Marshall, Rosette yang merupakan seorang pewaris tunggal mereka tinggal sendirian.
Hidup terkurung sendiri di dalam rumah agam milik keluarganya itu bukanlah perkara yang mudah. Bahkan banyak kali Rosette menyelinap keluar untuk bergaul dengan dunia luar.
Rosette : "Wah...!"
Senang hati Rosette merayau-rayau di bandar tanpa pengetahuan pengawal peribadi dan tukang gajinya. Bukan sekali, bahkan berkali-kali dia bertindak sedemikian.
Daripada jauh, Rosette menjadi sasaran segerombolan lelaki yang daripada tadi memerhatikannya. Perlahan-lahan mereka mendekati Rosette.
"Hei, cik adik. Mari bermain dengan kami."
Tidak segan silu mereka menghambat pergelangan tangan Rosette. Terkejut besar Rosette apabila lelaki itu bertindak sewenang-wenangnya di situ.
Rosette : "Eh, apa yang awak cuba lakukan ini?"
"Kami hanya hendak bermain dengan awak sahaja. Jangan risau, kami main elok-elok."
Tidak mempedulikan tindakan Rosette, lelaki itu mula bertindak agresif.
Rosette : "Tolong!"
Rosette meronta untuk melepaskan diri. Di kesempatan itu jugalah lelaki itu semakin berkasar dengannya. Namun ada seseorang dengan kasar menepis lelaki itu. Seorang lelaki setinggi 6 kaki, bertubuh tegap dan berkulit cerah. Sekali pandang seperti seorang artist kegilaan ramai.
Rosette : "Izzy...."
Lekas Rosette menyorok di belakang lelaki terbabit. Pucat gerombolan lelaki itu menyaksikan lelaki yang digelarkan sebagai Izzy itu entah daripada mana datang menerpanya.
"Kau ini siapa?"
Izzy : "Jangan sentuh Cik Rosette dengan tangan kotor kau itu."
Tajam bahkan menggerunkan pandangan Izzy sehingga mampu membuatkan gerombolan itu berundur pergi daripada situ. Sebaik sahaja hilang bayang lelaki itu, Izzy memandang tajam ke arah Rosette dengan pandangan membunuhnya.
Izzy : "Kau apahal boleh ada di sini?"
Rosette : "Hehehh.... Saya nak ambil angin. Bosan asyik duduk di dalam rumah agam sahaja."
Izzy kian berdengus. Geram namun tiada apa yang mampu dilakukannya.
Izzy : "Haih.... Cik Rosette. Aku ini jin peribadi kau. Bukannya pengawal peribadi kau. Aku tak boleh tonjolkan diri aku di khalayak ramai."
Rosette : "Apa jin peribadi tak boleh jaga saya ke?"
Izzy : "Kau...."
Berkerut dahi Izzy apabila Rosette sengaja hendak menggugat kesabarannya. Terkaku kejung Izzy yang berada di situ.
Rosette : "Hehehh...."
Itulah rahsia Rosette yang tiada sesiapa pun tahu.
*Rosette Marshall*
*Izzy*
YOU ARE READING
Clinging Onto My FairyGod father [Up Coming]
FantasyGENRE (FANTASY/ROMANCE/HUMOR) Kehidupan gadis bangsawan, Rosette yang menyindiri di rumah agam milik keluarganya kian berubah apabila seorang jin lelaki, Izzy terperangkap di dalam dunianya. "Kau tengok! Disebabkan kaulah kontrak aku terbatal!", Izz...