TMS 23 | Siapa yang tolak?

580 101 146
                                    


Sorry chapter ni bosan nak mampus

Enjoy!

•••





"Hayfa, please wake up!" Kepala Hayfa dipangku pada ribaannya. Jelas terpancar riak kerisauan dan cemas pada wajah jejaka itu. Sebaik sahaja tubuh kecil Hayfa tercampak ke dalam kolam, dia tidak menunggu lama. Terus saja dia terjun ke dalam.

"Hayfa... Please wake up! Ya Allah! Bonda, how?" Hatinya menangis melihat gadis itu tidak sedarkan diri. Tetamu-tetamu kian mengerumuni kawasan berdekatan kolam.

"Cp... Cp apa tu...!? Ya Allah." Sharifah Humairah cemas. Dia panik. Dia tak dapat bayangkan jikalau terjadi sesuatu terhadap gadis ini.

"Cpr, Aunty. Kalau tak tahu, meh saya demo." balas Ali penuh tenang. Padahal dia tengah gelabah jugak ni. Nak acah macho lah katakan. Macho tak kena tempat pulak syaiton ni.

TUKK!

Tidak semena-mena, kepala Ali diketuk oleh Iffat menggunakan penumbuknya. Kuat dan pasti ianya menyakitkan.

"Diamlah bahlul. Time-time macam ni jangan tunjuk sangat bodoh tu. Elok kau je yang jatuh kolam tadi. Dan percayalah, aku akan jadi orang first yang tepuk tangan." bidas Iffat sekali dengan pakej renungan tajamnya menikam wajah Ali yang acah hensem itu.

"Ke tepi." Shuhaida tiba-tiba muncul dicelahan orang ramai. Sempat tubuh sasa Ali ditolak kuat kerana mengganggu haluannya.

"Oi!" Ali marah. Kening tebalnya bercantum tanda tak puas hati. Shuhaida berpaling dengan mata helangnya tajam menikam wajah jejaka-jejaka itu.

"Ada masalah?"

Laju saja mereka menggeleng. Renungan gadis itu... benar-benar menakutkan. Shuhaida merengus kasar. Dia duduk mencangkung disebelah Syed Qhalish.

Tanpa berkata apa-apa, tubuh kecil Hayfa dibaringkan perlahan-lahan. Nadi tangan gadis itu ditekan menggunakan dua jari. Masih berdenyut. Telinganya didekatkan pada wajah Hayfa. Deruan nafas Hayfa masih dapat dirasakan.

"Hayfa tak sempat lemas. Tapi dia pengsan." Tak banyak soal, Shuhaida letak kepala Hayfa atas ribaan Syed Qhalish semula. Selang beberapa saat, kelopak mata Hayfa terbuka. Muka pertama yang dia lihat adalah Syed Qhalish.

"Tuan Muda..." seru Hayfa, lemah.

"Kau okay tak? Hayfa..." Syed Qhalish risau. Sumpah dia tak pernah rasa macam ni. Jantung dia bagai nak luruh bila nampak Hayfa jatuh dalam kolam. Nasib baik tak lemas.

Hayfa angguk tidak geleng pun tidak. Kepalanya yang saat ini dipangku pada riba jejaka itu tidak dihiraukan. Dia...trauma. Dia fikir dia akan mati. Kenapa dia rasa macam pernah berlaku situasi tadi? Kenapa dia rasa macam...semua tu bagaikan diulang tayang.

"Hey, answer me." Syed Qhalish letak tangannya atas ubun-ubun Hayfa yang masih dilapisi tudung itu. Semestinya basah lencun.

Hayfa mendongak bila terasa sesuatu di atas kepalanya. Pandangannya bersabung dengan mata hazel itu.

"Saya nak balik..." Sisi seluar jejaka itu Hayfa genggam lemah sebelum tangannya terlepas dari genggaman itu.

"Hayfa!"

Perlahan-lahan matanya tertutup. Suara Syed Qhalish adalah perkara terakhir yang dia dengar sebelum dia pengsan.

***

"Hayfa. Bangun." Terasa pipinya ditampar lembut diiringi suara mendatar seseorang. Yang pasti bukan suara lelaki. Ini suara perempuan. Tapi macam kenal. Bukan Bella atau Tini. Siapa ye?

TUAN MUDA SAYA (Hiatus)Where stories live. Discover now