02 🥀

2 1 0
                                    

PLAKK

Wajahku ditampar kuat oleh Taehyun,Satu kelas memandang ke arahku

"JAGA MULUT KAU JUNG SERA ! SEDAR DIRI KAU TU ! JANGAN BIADAP NI MESTI MAK BAPAK KAU TAK RETI DIDIK ANAK SEBAB TU KAU JADI MACAM NI !--"

"DIAM TAEHYUN !" Tengking Soobin, Matanya melirik kearah Sera yang kian sebak selepas ditengking kuat oleh Taehyun

"Huh, Nasib kau halang kalau tak dah memang hancur perempuan ni" Mata Taehyun memandang Sera atas bawah, Sejak Sera masuk kesekolah ini semakin ramai pelajar yang bijak turun grednya termasuk dirinya sendiri

"Kau okey Sera ?" Soal Soobin, Sera hanya menghiraukan soalannya lalu keluar dari kelas berhajat mahu menenangkan diri

"Memang patut diajar betina sengal tu" Ujar Sihyeon

Soobin yang mendengarnya mengerutkan dahi, Apa masalah Sihyeon ni dari dulu tak suka Sera

"Sihyeon aku nak tanya kau, Kenapa kau tak suka Sera, Dari dulu lagi kau tak pernah nak berbaik dengan dia, Dia ada buat salah dekat kau ke ?" Sihyeon hanya menjeling Soobin yang menanyakan soalan

"Kenapa tak jawab ?"

"Ish ! Kau pun tau kan kat sekolah ni takda siapa pun yang miskin dan busuk macam dia ! Dia ni memalukan tau tak ! Dahla miskin !"

Soobin hanya menayangkan riak menyampah, Biarlah Sera tu sekolah disini, Dah memang rezeki dia kan

"Mana tau nanti si Sera tu lagi cantik dari kau, Eh kejap, Kau cantik ke ?" Ujar Soobin, Sera mendongak kearah Soobin sambil memberikan pandangan mahu membunuh

"Tak mungkin ! Tak mungkin dia boleh glow up dia nak dapat duit dari mana ? Huh"

"Cik Sihyeon, Sekolah ni akan berikan setiap pelajar duit setiap bulan, Jadi dia boleh lah beli macam-macam" Balas Soobin, Geram dengan perangai bangang Kim Sihyeon

"Sera tu pun mesti takda masa nak beli barang make up mesti dia guna duit tu untuk sara keluarga dia hahah miskin kan, Kesian hahahah" Hambur Taehyun

"Aku dengar yang dia tu takda parents " Yoora bersuara, Terbutang mata mereka

"Lahh yeke, Kesiannya Sera hahahah" Gelak Sihyeon, Soobin yang ada disitu naik menyampah lalu dia memutuskan untuk keluar dari kelas

"Kalaulah aku kaya, Cantik mesti ramai orang suka aku" Keluh Sera

"Ada ke cara untuk aku jadi cantik ?"

"Pakai product ?"

"Tak,tak, Aku kena jimat duit untuk bayar rumah sewa aku, Kalau aku guna duit tu untuk barang bersolek aku nak tinggal mana ? Huh.." Omelnya sendirian

"Sera !" Tiba-tiba ada satu suara memanggil, Sera menoleh kebelakang, Susuk tubuh yang tinggi lampai sedang berlari kearahnya, Choi Soobin

"Kat sini rupanya kau, Puas aku cari" Katanya setelah lelah berlari

"Huh, Cari aku ? Kenapa ?"

"Takdala, Aku saja je biasa lah tanggungjawab ketua kelas untuk pastikan classmate tak ponteng kelas" Jawabnya, Sera hanya meng'Oh'kan saja

"Kau okey ke ?" Soal Soobin

"Okey, Kenapa ?"

"Tadi kan Sihyeon cakap macam-macam kat kau, Kau mesti marah kan"

Nafas dihela, Mengingat semula tragedi tadi buatkan dia rasa naik angin kembali

"Nak buat macam mana, Dah memang aku tak layak sekolah disini, Disini tempat orang kaya bukan tempat aku, Kenapalah aku pilih sekolah ni ughhh" Kepalanya diserabutkan, Kalaulah dia tidak memilih sekolah ini, Sudah pasti dia gembira

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 09, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] DAHLIA ||  Jeon JungkookWhere stories live. Discover now