10

264 70 45
                                    

❝ I'll draw your day

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ I'll draw your day.❞

──────────
+++









"Selamat datang semua ke sebuah acara, pertandingan vocal yang ditaja oleh kedai bunga Grandma Fairy! Saya Hoshi-nim, host anda pada hari ini!"

Ruangan yang tidak seluas mana ini dimeriahkan dengan sorakan dan tepukan dari penonton yang datang.

Walaupun, mungkin lebih kurang 10 orang sahaja.. Aku tersenyum senget.

Mata aku menjeling ke arah host, Hoshi yang bersemangat membawakan acara suka suka ni. Aku tak tahu dari mana dia datang, atau kenapa dia boleh jadi host. Tapi kalau tak silap dia tu harimau jadian.

"Baiklah, di sebelah kanan saya ialah barisan juri yang dikenali ramai. Dari kiri ialah Chwe Hansol!"

Hansol melambaikan tangannya ringan sambil melemparkan senyuman manis.

Kejap, kenapa dia jadi juri pula ni?

"Di sebelahnya pula, pemilik kedai bunga ini, Grandma Fairy!"

Aku meletakkan tangan di dada. Jantung berdegup kencang. Kenapa mereka buat semua ini macam perbandingan sebenar? Aku pula yang takut.

"Dan, yang terakhir. Ini dia juri khas kita, sang putera katak yang popular, Xu Minghao!"

Tiba tiba fikiran aku melayang. Otak aku seperti menjelajah ke sebuah memori apabila memandang wajahnya.

Putera katak? Nanti, aku macam pernah berjumpa dengan dia.

Dia mengalihkan pandangan ke arah aku. Sambil senyuman terlihat di wajahnya, dia mengangkat tangan seolah olah memberi sapaan kepada aku.

_________

"Peserta terakhir kita, tak lain tak bukan watak utama hari ini iaitu, si hantu sesat, Boo Seungkwan!"

Seungkwan berjalan ke tengah pentas dengan gugup. Namun dikuatkan hati untuk memegang mic. Dengan sebuah harapan, dia mula menyanyi,








❝ The moment we sing together again, until that day comes. This world towards you won't end.❞


Aku ini selalu berada di belakang. Kerana itu, aku selalu mencari perhatian.

❝ Every reason and this road are beautiful because of you.❞


Tapi seperti biasa, mereka memang memandang rendah terhadap yang lemah. Jangan berharap terlalu banyak untuk dunia yang tidak adil ini.

❝ When we pass the turning point at the end of this road. So that you no longer get tired, I.. I will protect you.❞


Aku bukanlah sampah, tapi entah kenapa digolongkan sebagai salah satu darinya.

❝ Even if something happens, us.. Let's meet again for sure.❞


Sampai hari ini, aku memilih untuk..

Bertahan seorang diri.






________

Seungkwan menghembuskan nafas ringan. Walaupun masih terasa berat, tapi hati dia sedikit senang.

Menyanyi seperti ini, tak sangka dia masih boleh lakukannya walaupun telah mati. Mustahil apabila difikirkan, tapi ia benar benar terjadi kepada aku.

Untuk pertama kalinya Seungkwan tersenyum bahagia di depan semua sambil diiringi dengan tepukan dari penonton.

Baguslah, semua akan berubah lebih baik.

Dia akan pergi dengan tenang selepas ini. Penyesalan dia sudah dibalas.

Tangan digenggam dengan erat, angin penyapa kulitnya dengan lembut. Tanpa sebarang kata, ia menjadi satu saat yang diimpikan.

Kemudian dia membongkokkan tubuh dan mengakhiri persembahan.

"Terima kasih semua, saya akan pergi dengan tenang."

Step Back! | Boo SeungkwanWhere stories live. Discover now