Kamu mungkin hanya khalayan aku,
Kamu mungkin hanya igauan aku,
Kamu juga mungkin tak pernah nyata bagi aku,
Dan mungkin juga kamu hanyalah imaginasi aku.Kamu tahu apa yang memedihkan?
Menyayangi kamu secara diam.Kamu tahu apa yang menyakitkan?
Melihat kamu lebih bahagia bersama insan lain.Kamu tahu apa yang mematahkan?
Mendengar kamu bercerita tentang wanita lain.Tapi aku sedar, sepatah apapun aku.
Sesakit apapun malah sepedih apapun hati aku.Aku tidak akan menyalahkan kamu.
Aku tidak akan menyatakan bahawa kamu punca retaknya hatiku.Kamu yang aku kagumi.
Disaat ini, aku mulai sedar bahawa kita hanya teman sahaja.
Disaat ini aku mulai sedar bahawa kita jauh berbeza.
Disaat ini aku mulai sedar bahawa kita tidak akan bersama.
Meski hati aku terlalu ingin memiliki kamu.
Aku perlu sedar hati aku tidak ada pada kamu.Aku terlalu lama dibuai mimpi,
Mimpi yang aku ciptakan,
Mimpi yang aku impikan
Namun aku harus sedar
Itu hanya sebuah mimpi yang aku olah sendiri.Wahai kamu,
Kali ini, aku akan benar-benar berhenti.
Aku akan berhenti untuk menunjukkan rasa cintaku.
Aku akan berhenti mengejarmu.
Aku akan berhenti dari menjadi kan kamu mimpi di setiap tidur ku.Dengan itu,
Izinkan aku untuk menjauh darimu.
Izinkan aku untuk pergi dari hidupmu.
Izinkan aku untuk berhenti mencintai kamu.Aku menghargai kehadiran kamu dalam hidup ku.
Aku menghargai keberadaanmu.
Aku menghargai kamu.