Bab 74

5.3K 258 66
                                    

"Awak..."

Suara Fasha lembut memanggil Iskandar yang sedang leka bermain telefon canggih itu. Nafas Fasha berombak tidak teratur. Hatinya tiba-tiba berasa tidak tenteram.

"Hurm?" tanya Iskandar mahu tak mahu. Mata lelaki itu masih tertancap pada skrin telefon itu.

"Saya nak tanya sesuatu."

"Apa?"

"Diaa... Diana sakit apa?"

Mendengar saja soalan itu, Iskandar angkat kepala. Pandangannya turut bertukar ke wajah Fasha. Tajam matanya menikam anak mata Fasha saat ini.

"Kau nak tahu sesuatu tak? Sebabkan kau, bekas tunang aku tu sakit teruk macam tu. Kalau kau tak muncul dalam hidup aku, semua benda ni pasti takkan berlaku!" Iskandar seolah-olah dirasuk. Kata-katanya sudah tidak bertapis seperti sebelum ini.

"Ya Allah. Aaa... apa yang awak cakap ni, Iskandar?" Fasha tergamam mendengar kata-kata Iskandar. Ini bukan kali pertama dia dihidang dengan kata-kata kasar seperti itu. Lelaki itu sudah bertukar sepenuhnya, jauh beza dengan Iskandar yang dulu.

"Kau ni pekak ke apa ha?! Kau tak dengar ke apa yang aku cakap tadi?! Sekarang ni, aku nak kau berambus dari rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau lagi! Kalau kau nak tahu sangat, aku dah ingat semuanya. Kau sebenarnya nak guna-gunakan aku aje kan? Huh, dasar perempuan tak tahu malu!"

"Apa yang awak mengarut ni? Saya tak pernah ada niat nak guna-gunakan awak. Apa yang awak ingat sampai awak kata macam tu?" Air liur diteguk berulang kali. Fasha nampak amarah Iskandar yang semakin menjadi-jadi.

"Kau anak pembunuh. Ayah dan mak kau bunuh bapa aku! Aku sudah ingat kau, Nur Fasha binti Azmi. Aku kenal kau, perempuan. Arghh, sial!" Iskandar pejam mata saat menghemburkan kata-kata. Hatinya seolah dihiris ketika ini. Dendamnya masih belum terbalas!

Fasha diam membisu. Tangannya tergetar-getar mengenggam hujung baju. Benar kata Kalida. Sepatutnya dia harus ikut cadangan gadis itu. Tapi semua sudah terlambat. Dia menyesal! "Dia... dia sudah ingat segalanya..." desis Fasha perlahan. Matanya merenung sayu wajah tegang suaminya itu. Dia takut.

"Kau terkejut? Sebenarnya aku dah lama ingat kau, Fasha. Tapi aku diam aje sebab nak tengok permainan kau. Aku tak sangka kau boleh hidup dengan aku walaupun kau tahu yang aku ni pernah hancurkan hidup kau dulu. Aku tak sangka kau ni bodoh juga. Bodoh dengan kau memang tak dapat dipisahkan." Lantang Iskandar berujar. Sinis saja ayat-ayatnya. Sengaja mahu menyakitkan hati perempuan itu.

Fasha masih diam. Air matanya lambat berguguran jatuh ke bawah. "Kaa... kau..." Fasha hilang kata. Dia tidak sangka, lelaki itu sudah permainkannya buat kali kedua. Dia betul-betul ikhlas menyanyangi lelaki itu sebelum ini. Tapi sekarang semuanya sudah berubah.

"Aku belum bodoh nak jatuh cinta dengan anak pembunuh macam kau. Shit." Iskandar senyum sinis sebelum dia beredar dari bilik itu. Dia puas dengan kata-katanya sendiri.

Lambat menghadam kata, Fasha jatuh terduduk ke atas lantai. Lama-lama air matanya deras mengalir membasahi pipi. Tak pernah dia menjangkau perkara ini akan berulang kembali.

Dia tak percaya.

Kalida yang mendengar segalanya hanya mampu menekup mulut tidak percaya. Niatnya masuk ke dalam bilik ini hanya mahu mengejutkan Fasha, tapi lain pula yang berlaku. Dia kaku menyorok di dalam almari baju sambil matanya terpaku ke arah Fasha yang terduduk lemah di lantai.

"Abang Is dah ingat segalanya. Tak mungkin..."

"Ida?" Wajah Kalida diamati dalam-dalam. Datuk Moktah hairan melihat Kalida yang seakan sedang mengelamun memikirkan sesuatu. "Ida?"

Kalida tersedar dari lamunan. Kotak fikirannya mula memainkan kejadian pagi tadi. "Iya?"

"Ida termenung apa ni?"

"Ida... Ida cuma teringat sesuatu. Ida kena pergi dulu, pa. Ida ada kerja. Nanti Ida datang sini balik. Beritahu mama sekali ya." Dengan kalut, tangan papanya disalam. Kalida mencari kelibat Datin Zarina, tapi tidak kelihatan. Dia terus beredar dari situ. "Assalamualaikum, pa."

"Waa... Waalaikummusalam."

Setibanya di rumah banglo dua tingkat itu, dia lantas menapak keluar. Tergopoh-gapah dia memasuki rumah itu. "Fasha!" Nama Fasha diseru dari tingkat bawah. Mata Kalida melilau mencari kelibat Fasha yang entah ke mana.

"Fasha!" Anak tangga dipijak satu per satu. Lantas dia melangkah ke bilik Iskandar dan Fasha. Namun sebaik sampai di muka pintu, langkahnya mati. Teringat kembali pertengkaran Iskandar dan Fasha yang berlaku pagi tadi.

Akhirnya, Kalida memulas juga tombol pintu itu. Dengan hati yang berdebar-debar, dia menapak masuk. Wajahnya berubah tatkala menyedari Fasha tiada di atas katil. Ke mana Fasha pergi?

Dengan hati yang kacau-bilau, tombol pintu bilik pakaian dipulasnya tetapi kosong. Tanda tiada penghuni di dalam itu. Hati Kalida semakin berat. Memang benar, dia yang mencadangkan itu, tapi sekarang bukan waktu yang sesuai.

Telefon canggihnya pantas dikeluarkan dari handbagnya. Dia menelefon seseorang. Namun panggilannya itu tidak diangkat. Kalida bermundar-mandir di dalam bilik itu, masih berharap bahawa panggilannya itu akan dijawab.

Dia yakin yang Fasha sudah keluar dari rumah ini.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now