01

7 1 0
                                    

Rayna Arrisa sedang termenung jauh di hadapan kubur nenek dan atuknya. Riak wajah tidak menunjukkan sedikit pun kelihatan sedih mahupun meraung menangis seperti keluarganya yang lain. Itu lebih membuatkan keluarganya makin membencinya, ketika berumur 10 tahun dia dihantar pada atuk dan neneknya di Melaka pada waktu itu dia tidak tahu apa salahnya kerana setelah terjaga dari koma 2minggu dia terus dihantar ke Melaka dan dirinya tidak dilawat oleh keluarganya sekali pun hanya adik-adik papa yang datang melawat. Kian hari dia membesar tanpa kasih sayang keluarganya, dari situ dia mula mengasingkan dirinya. Setelah habis SPM dia bekerja tanpa mengetahuan atuk dan nenek. Atuk dan nenek kaya dan semestinya anak-anaknya kaya-kaya termasuk papa. Dia dijaga baik tidak sedikit pun keperluannya diabaikan dan dia tidak dibenarkan bekerja kerana atuk dan nenek mampu tanggung dirinnya.

Dia bekerja di satu restoran yang mewah, ketika  dia sedang melakukan kerjanya dia terlihat keluarganya datang untuk makan di situ. Pelik seketika kerana keluarganya tinggal di KL sama juga ibu dan bapa saudara belah papa kerana taman yang mereka menetap itu ada la tanah atuknya. Tanpa membuang masa dia pergi kearah keluarga untuk mengambil pesanan. Keluarganya melihat pelik padanya.

“hai awak semua nak makan apa?” soal Rayna Arisa tanpa riak. Wajahnya yang tiada secalit senyuman itu sudah beberapa kali ditegur oleh pengurus restoran itu dan dia hanya menjawab dia tidak boleh tersenyum kerana dia ada masalah urat mulut cekang.
Keluarganya memesan pelbagai makanan. Terlihat mamanya tersenyum melayan abang, kakak dan adik lelakinya. Selepas keluarga memesan makanan dan minuman yang ingin dimakan Rayna berura-ura pergi dari situ tapi dipanggil mamanya.

“Rayna?”

“Yes? Macam mana aunty tahu nama saya?” soalnya pura-pura tidak kenal mereka. Kenapa harus pura-pura? Kerana mereka tidak pernah menyukai dirinya dan bagaimana dia tahu tentang keluarganya dan mengenali mereka? Kerana media social.

“Tu name tag awak.” Kata mamanya. Rayna hanya mengangguk mengerti.

“Akak Rayna? Mama ni kak Rayna la. Akak tak ingat adik ke?” soal Adik lelakinya.

“Maaf saya tak ada adik. Rasanya adik salah orang. Saya pergi hantar pesanan dulu ye” selepas Rayna berkata begitu mereka terkejut mendengar apa yang di katakan Rayna.


“Assalamualaikum nenek! Atuk!” panggil Rayna setelah masuk ke dalam rumah agam milik atuk dan neneknya. Dia mendengar bising di meja makan dia pun membawa dirinya ke sana. Sampai sahaja di sana dia terlihat keluarganya sedang berbual mesra Bersama nenek dan atuknya. Rayna melangkah kearah nenek dan atuknya untuk bersalam.

“macam mana dengan kelas piano Ray?” soal Atuk. Atuk bersahaja bertanya kerana dia tahu apa yang cucu seorang ini buat dibelakang mereka kerana restorant yang dia bekerja itu ialah milik kawan baiknya. Keluarganya memandang pelik kerana mereka baru berjumpa dengannya tadi di restorant.

“okey je. Kenapa Atuk? Hurm Ray naik atas dulu ya Atuk penat la kelas tadi.” Kata Rayna dan dapat dengar gelak sinis kakaknya.

“Atuk percaya bapa budak ni kata? Tadi kitorang jumpa dia kat restorant kawan atuk tu dia kerja situ tau tak atuk? Memalukan keluarga je.” Selepas mendengar apa yang kakaknya berkata terus dia berhenti untuk naik ke atas ?

“Malukan keluarga? Atuk nenek tak pernah pun malu apa yang saya buat tapi kalau akak maksudkan mama papa saya malu dengan diri saya, maaf la saya pun tak pernah jumpa mereka mungkin sudah meninggal.” Kata Rayna. Apa yang dikatakan Rayna mengejutkan mereka kerana Rayna tidak mengigati mereka.

“Rayna tak ingat yang Rayna ada mama papa? Ni la mama papa Rayna. Diorang datang melawat Rayna sayang.” Kata nenek kedengaran sayu. Rayna melihat setiap ahli keluarganya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 12, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Rayna ArrisaWhere stories live. Discover now