Hai guys so my name is Syafira Anatasya dan tahun ni aku SPM. Aku masuk sekolah baru.
Aku ada mama dan nama mama aku adalah Damia Qaisara umur dia 40 tahun dan dia ada butik.
Papa aku pulak bernama Adam Yusri dan sama umur dengan mama aku. Dia adalah CEO Gold Silver Holding.
Aku ada 2 abang iaitu Syafiq Amsyar berumur 19 tahun dan sambung belajar di Universiti Auchland? Aukland? Hah Auckland.
Yang kedua Amirul Syakir dan berumur 18 tahun. Dia sekolah dah lama kat Violet Highschool.
Ok itu saja untuk intro tentang keluarga ai ok? "Baby faster!!" laung angah dari bawah.
Aku segera turun ke bawah dan kelihatan ada angah sahaja. Along dia cuti sem minggu depan.
Mama dan papa aku mesti dah pergi kerja. Sekolah mula pukul 8 dan sekarang pukul 7.
Aku segera makan roti bakar dan teguk air hot chocolate. Kemudian aku memakai kasut.
Kita kena cepat. "Prince faster!!" panggilku. Iyap, itu panggilan untuk angah aku.
Kekadang aku panggil angah. Untuk along aku panggil abang kekadang along.
"aye kejap baby" katanya dan pakai kasut. Aku yang lihat hanya tersenyum.
"Ok done let's go babygirl" katanya dan menuju ke arah kereta honda civicnya.
Lesen aku bulan 3 baru dapat sebab birthday aku bulan 3 you know.
Aku buka pintu depan dan duduk di sebelah angah. Selepas beberapa minit kereta mula bergerak ke arah sekolah baru aku.
Sampai je di sana aku turun dan mula mencari pejabat. Tapi hampa tak jumpa.
Aku lalu kat kawasan loker dan jumpa seorang lelaki handsome, putih, tinggi dan muka ala ala kpop. Akhirnya aku ambik keputusan untuk tegur dia.
"Em tumpang tanya" kataku dan dia memandang aku. "Ye nak apa?" soalnya.
"Kat mana pejabat?" soalku. Dia memandang aku atas bawah. "New student?" soalnya.
Aku mengangguk. "Oh hai nama aku Hafiz" katanya dan tersenyum.
"Saya Syafira tapi panggil Sya je" kataku. Dia mengangguk faham. "Cari pejabat kan? Jom aku tunjuk" katanya dan berjalan dahulu.
Aku mengikut dari depan. Tiba tiba muncul 2 orang lelaki yang macam Hafiz.
"Wassup bro" kata seorang lelaki seorang lagi pendiam. "Yow. Im, Qil ni Sya" kata Hafiz.
Aku hanya melambai. "Hai Sya aku Iman" kata lelaki yang tegur Hafiz tadi.
"Aku pulak Aqil" kata lelaki yang diam tadi. "Budak baru?" soal Aqil.
Hafiz mengangguk. "Jom ikut kami sekali lagipun Kash dengan Ris nak jumpa depan pejabat" kata Hafiz.
"Diorang ada bagitau ke?" soal Iman. "Yap dah jom jelah nanti marah pulak si Kash tu" kata Hafiz. Cuba hentikan Iman dari bertanya maybe.
+++
Akhirnya selesai jugak daftar masuk. Korang mesti pelik kenapa aku tak suruh angah tunjukkan right?
Sebab aku tak nak orang tau yang aku adik kepada budak hot. Tak nak riak.
Ok back to topic. Aku masuk ke dalam kelas 5A-1. Actually sekolah ni menggunakan konsep macam kat sekolah KOREA.
Bukan itu sahaja kelab KPOPERS pun ada macam NCTzen, ARMY, CARAT, INSPIRIT, MOA dan macam macam lagi oh tak lupa lawatan ke KOREA setiap tahun.
Anda masih tak nak sekolah sini? Percayalah yang korang akan menyesal tak sudah kalau tak sekolah sini.
"Thanks Hafiz, Iman dan Aqil saya masuk kelas dulu" kataku dan melangkah pergi dari mereka berlima.
Aku mula mencari kelas aku. Tapi tak jumpa akhirnya aku tanya sorang budak perempuan.
"Erm... Hai awak tau tak kelas 5A-1 kat mana?" soalku pada budak perempuan tu.
"Eh kita sekelas. Nama saya Kairina Zayana boleh kita berkawan" katanya.
Aku mengangguk. Yes, dah ada kawan baru. "Oh nama saya Syafira Anatasya tapi panggil Sya je" kataku.
Dia terus menarik tangan aku ke kelas kami. Oh ye uniform sekolah kami ikut tingkatan.
Form 1 -BIRU LAUT-Putih
Form 2 -KUNING-Putih
Form 3 -UNGU-Putih
Form 4 -Koko Cair-Putih
Form 5 -Hitam-Putih
Form 6 -Navy Blue-PutihSelepas beberapa minit naik lift dan lari akhirnya sampa jugak di kelas aku.
Aku masuk ke dalam kelas dan ditarik oleh Ina untuk duduk di sebelahnya.
"Ok since kau ni budak baru aku nak cerita tentang sekolah ni yang budak baru kena tau" katanya dengan semangat.
"Ok teruskan" kataku. "Kat sekolah ni ada satu geng lelaki yang memang handsome, putih dan tinggi member diorang ada yang kacukan dan nama geng tersebut adalah FAKIH dior-"
"Kenapa FAKIH?" soalku dan membuat muka innocent. "Bagi aku cerita dululah" katanya dengan nada geram.
"Ok ok sambung" kataku. "Ok diorang bagi nama FAKIH sempena nama mereka sendiri. F untuk Faris A untuk Aqil K untuk Kasyaf I untuk Iman dan H untuk Hafiz" katanya dan berhenti untuk minum air.
Rasanya macam pernah dengar nama Hafiz, Aqil dan Iman oh betul lah lelaki lelaki yang hantarkan aku ke pejabat tadi.
"Diorang 5 ni anti perempuan. Diorang cuma tegur lelaki je. Oh tak lupa diorang semua kaya TAPI! Kash lagi kaya dari yang lain.
Nanti aku cerita lebih lanjut pasal diorang sebab aku nak cerita geng perempuan pulak.
Ok ada sekumpulan perempuan diorang ada 5 orang jugak terdiri daripada Bella, Nana, Lily, Sara dan Liya.
Kau jangan dekat dengan FAKIH kalau tak kau boleh kena saman, buang sekolah atau diorang buli kau" Ina berhenti cerita dan minum air.
Dan ketika itu seorang lelaki masuk. Rasanya dia ada depan pejabat tadi.
"Itu Kash" bisik Ina. Aku mengangguk faham. "Ok back to story. Ok kau kalau kacau FAKIH kau boleh kena buang sekolah sebab sekolah ni under KH Holding.
Meh aku cerita kebolehan diorang. Faris dia hebat dalam mencipta strategi, Aqil dia hebat dalam sukan, Kasyaf dia hebat dalam pelajaran, Iman dia adalah hackers berjaya dan Hafiz lebih pandai berlawan walaupun semua dari mereka ada tali hitam dalam taekwando dan jangan tanya aku tentang tu dah dan diorang ni dikira bahaya jugaklah.
3 bulan lepas, senior Syakir TERsepak kaki Hafiz dan Hafiz cuba tak bagitau FAKIH tapi bodyguard Kash ternampak.
Keesokkan harinya Kash pukul senior Syakir, Iman dan Aqil bocorkan tayar kereta senior Syakir dan Faris bagi amaran. Tamat" katanya dan menepuk tangan.
Oh jadi... FAKIH yang cederakan angah. Well tak ada rahsia antara kami adik beradik.
"Oh ya meh aku bagitau perangai FAKIH agar kau dapat berhati hati dengan diorang.
Faris, dia ni matang so chill jelah Aqil dia ni pulak jenis pendiam. Kalau dia sembang lebih dari 10 patah perkataan bermakna kau member dia atau orang yang special untuk dia.
Kasyaf, dia ni dingin tapi kalau dia tegur kau bermakna kau kawan dia. Iman, dia ni kekadang normal kekadang masuk air.
Last Hafiz dia ni masuk air. Oleh itu kalau salah seorang dari mereka tegur seorang perempuan, bermakna perempuan itu bertuah" kata Hani.
"Kau... Suka member FAKIH tak?" soalku. Dia menggeleng. "Tapi aku suka senior Syakir" katanya dan pandang depan sebab cikgu dah masuk.
Ceh suka abang aku. Ni lepasi adik kesayangan dia dulu baru boleh jadi kak ipar.

ANDA SEDANG MEMBACA
FAKIH
Teen FictionSya seorang gadis yang hidup bersedehana dan bersekolah di Violet Highschool. Bertemu dengan sekumpulan group yang kaya. F - Faris A - Aqil K - Kasyaf I - Iman H -Hafiz "Fakih?" "Iyep Fakih" [Inspired from LANETS and Silver High:Hani]