Aku berjalan ke kafe dengan Ima sambil sembang kosong. Tapi ditahan oleh seorang mamat.
"Baby! Aku baru je nak pergi ke kelas baby" kata angah. Dia tau ke kelas aku kat mana?
"Prince tau ke kelas baby kat mana?" soalku. Dia mengangguk dengan yakin.
"Bf kau ke?" soalnya dengan serba salah. "Abang aku jangan bagitau yang lain" bisik aku.
Dia mengangguk faham. "Baby aku tengah bercakap ni kau tak dengar ke?" soalnya.
Aku memandangnya. "What?" soalku malas. "5A-1 kan?" soalnya.
Aku mengangguk. Tiba tiba FAKIH lalu. Budak perempuan terus pandang mereka.
"Hai Sya!" sapa Hafiz riang dan melambai. Aku membalas lambaian tersebut.
Semua memandang aku terkejut dan tak percaya. "Ha...fiz lambai kat kau?" soal Ina tak percaya.
Aku mengangguk. "Woah hebatlah kau" kata seorang budak perempuan.
Angah terus tarik tangan aku pergi ke kafe. "Baby duduk sini sebab aku nak beli makanan kejap" katanya dan menuju ke kaunter.
Aku mengeluarkan phone dan scroll ig laju laju. Kalau aku rasa tertarik aku berhenti jelah.
Tiba tiba aku rasa macam ada orang duduk depan aku. Hani maybe.
"Jadi kau Sya?" soal seorang lelaki dingin. Aku mengangkat kepala. Dia ni Kasyaf.
Muka dia macam kacukan Amerika-Malaysia. Aku mengangguk.
Dia mengangguk faham. Lepastu muncul seorang lagi lelaki yang aku percaya dia Faris.
"Assalamualaikum Sya aku Faris" katanya dan duduk sebelah Kash. Aku menjawab salam.
"Ok kami nak tanya dan harap kau jawab dengan jujur eh?" kata Faris.
Aku mengangguk. "Kenapa Fiz tegur kau?" soal Faris. "Kalau fasal pejabat kami dah tau" kata Kasyaf dingin.
Aku menggeleng. Kasyaf dan Faris mengeluh berat. "Aku bagitau kau ni harap kau terima" kata Kasyaf dingin.
Aku mengangguk. "Aku rasa Hafiz mula selesa dengan kau dan dia nak jadikan kau member dia" kata Faris.
Aku terdiam. Aku tak nak ditimpa masalah. Aku dah banyak baca cerita wattpad yang kawan dengan budak popular bahaya.
"Jadi kau nak tak kawan dengan kami? Sebab kalau kau kawan salah seorang dari kami 5 kau wajib kawan dengan kami jugak" kata Faris.
Aku menggeleng. "Maaf tapi saya tak nak ditimpa masalah" kataku dan berjalan ke arah angah.
"Prince!! Baby lapar!!" kataku atau lebih tepat lagi menjerit. Dia memandang aku.
"Ops! Sorry baby" katanya dan bagi aku roti jagung dan air vitagen.
Aku memang peminat air vitagen, susu dutch lady dan coffee atau coklat.
Kalau roti aku lebih suka yang jagung. "Eish apa ni prince. Asyik lupa je kalau ada abang kan bagus" kataku dan berlalu pergi.
Ye aku manja dengan abang abang aku. Baru nak sampai pintu keluar, angah jerit panggil nama aku.
"Oklah nanti aku beli cadbury kang bagitau mama pulak" kata angah.
Aku tak jadi keluar dan menuju ke arah angah. Aku bagi balik roti dan air kemudian aku sepak kaki dia.
Jatuh melutut dia dibuatnya. "Apa prince cakap tadi? Tak dengar" kataku.
"Ok ok tak tak prince tak cakap macam tu dah" katanya setelah bangun.
Aku sebenarnya tak suka dipanggil anak manja. Aku tersenyum sinis memandang angah.
Aku melihat sekeliling budak budak dah pandang aku. Tetiba rasa memalukan diri pulak.
Aku terus lari ke kelas. Makan? Aku ada curi roti bakar kat rumah tadi.
+++
Aku berjalan ke arah pondok bas. Balik naik bas jelah beb. Aku masih marah angah ni.
"Yow buat apa kat sini?" soal Iman. Aku hanya menggeleng. Aku baru kenal dia kot.
"Ok baby angah minta maaf" kata angah yang muncul entah dari mana.
"Yelah Tasya maafkan" kataku. Marah lama lama nanti jadi benda lain pulak.
"Eh Man hai" kata abang aku. Iman hanya tersenyum. Tetiba satu kereta mewah berhenti depan kami.
Kereta angah? Dia letak mana pun aku tak tau. Tingkap kereta diturunkan.
Muncul lah wajah Kasyaf. "Im jom balik" kata Kasyaf. Iman menjeling.
"Nanti aku balik sendirilah" kata Iman. "Balik. Dengan. Kitaorang" kata Faris pulak.
Iman menjeling mereka kali kedua. "Ish yelah. Bye Sya, Kir" kata Iman dan masuk ke dalam kereta tadi.
Lepas kereta tu tak ada kami pun balik. Sampai je di rumah aku masuk ke dalam bilik.
Lepas mandi aku baring atas katil. Rasa mengantuklah pulak. Jadi aku tidur.
Baru je aku nak lelap ada orang kacau. Siapa lagi kalau bukan angah.
Aku terus buka pintu. "Angah nak apa?" soalku. "Jom makan" ajaknya.
Aku mengangguk dan mengikut dia ke meja makan. "Ngah along tak boleh balik awal lagi ke?" soalku.
"Hm? Oh dia balik lusa sebab exam dia habis awal. Oh ye weh aku tak ada 2 bulan tau" katanya.
Aku pandang dia pelik. "Prince nak pergi mana?" soalku. "Aku pergi London lawat sepupu kita" katanya.
"Nanti bawak balik geng sepupu acah handsome tau" kataku dengan teruja.
Dia mengangguk. Lepas makan aku naik atas dan pergi ke bilik haiwan.
Aku menuju ke arah seekor kucing yang diberi nama FAFA. Nama dia sempena nama sepupu yang rapat dengan aku.
Jap. Dia jantan tau bukan betina. Nanti korang kata dia betina pulak.
Warna dia putih, mata biru dan bulu dia kembang. Kucing ni dijaga dari umur aku 6 tahun.
Meh aku bagitau apa maksud FAFA agar korang tak salah faham ok.
F -FARHAN
A -AQIF
F -FARISH
A -AMMARItulah maksudnya. Kucing ni dibeli oleh ayah kepada Farhan. Lagipun masa tu kami memang nak bela kucing.
Tak sangka lepas beberapa minggu kami sama sama jaga kucing ni sepupu sepupu aku pindah London.
Kucing ni kami jaga dari kecil lagi. Lepas aku bagi FAFA makan aku keluar.
I miss they a lot. Sebenarnya aku nak terima tawaran Faris sebab perangai mereka macam sepupu aku 4 orang tu tapi dalam masa yang sama aku tak nak ditimpa masalah.
Aku masuk ke dalam bilik dan aku buka phone. Aku buka blog sekolah.
Banyak yang maki aku sebab FAKIH notice aku sedangkan aku budak baru.
Tch, just like childish. Kemudian aku membuka whatsapp. Mesej dari uknown number.
Aku buka mesej tersebut. Nak tengok jugak siapa yang chat aku an.
Uknown number
OnlineAssalamualaikum ni aku Kasyaf aku dapat no. Kau dari group kelas
Waalaikumussalam oh ok
Fiz minta no. Kau boleh tak?
Bagi jelah
Oh ok bye
Bye
Aku menutup mesej tersebut. Aku tengok ada noti masuk. Aku ditambah dalam satu group dipanggil FAKIH.

ANDA SEDANG MEMBACA
FAKIH
Teen FictionSya seorang gadis yang hidup bersedehana dan bersekolah di Violet Highschool. Bertemu dengan sekumpulan group yang kaya. F - Faris A - Aqil K - Kasyaf I - Iman H -Hafiz "Fakih?" "Iyep Fakih" [Inspired from LANETS and Silver High:Hani]