Mikael yang sedang berjalan di hadapan stor lama sekolah berhenti secara drastik tatkala terdengar suara esakan seorang gadis. Bulu roma drastik meremang manakala fikirannya melayang semasa pertama kali dia pindah sekolah ini , dia pernah terdengar cerita yang stor yang berada di tepi dia sekarang termasuk dalam tempat seram di sekolah ini. Kadang-kadang dia terfikir kenapa banyak kisah mistik di sekolah ini? Sekarang sudah masuk hampir waktu magrib pelajar sesi petang juga sudah ramai pulang.
"Kalau aku tahu jadi macam ni aku tak stay back sekolah. Haish ni semua salah Nuqman dah lah tinggal aku sorang! Tak fasal-fasal aku kena lalu jalan ni" mengomel Mikael, kaki diangkat untuk meninggalkan tempat ngeri ini tetapi hatinya menahan dia untuk berada di sini.
"Tolong~" sayup-sayup kedengaran suara itu.
Kaki drastik menjadi kaku seperti ada benda yang menghalang untuk dia beredar, dia gagahkan diri untuk mendekati pintu yang agak usang berikut. Apabila dia yang beranikan diri untuk mendengkati pintu itu, bahunya dapat merasakan ada tangan menepuknya bulu roma di leher semakin meremang tiba-tiba!!!
"Ahhhhhhh"
"Woi along ! Kau pahal? macam orang kena histeria aku tengok kau"
Kenal sangat akan suara comel ini kalau bukan satu-satunya adik perempuan dia iaitu Haura Mikayla sejurus itu dia menarik nafas lega. Mata terus menikam anak mata Mikayla, tangan drastik menarik lengan adiknya supaya menjauhi pintu tersebut.
"Kau ni pun adik! Boleh tak jangan kejutkan aku?"
"Along ni dah kenapa jerit macam perempuan nampak lipas. Tapi kalau tengok muka Along sekarang macam nampak hantu? Along nampak pontianak ke? Ke nampak pocong? Hah tak pun along nampak langsuir? Adik dengar dekat sini ada orang pernah histeria. Waktu-waktu macam ni lah diaorang kena. Wahhhhh Along jom kita sama-sama kena histeria nak tak!? Adik tak pernah rasa kena histeria ni nak jugak rasa." Tidak bertapis langsung percakapan Mikayla tanpa memikirkan situasi dan tempat mereka berada sekarang ini.
Telinga Mikael yang mendengar mulut celupar Mikayla terus ketuk kepala adiknya. Budak ini pun ada juga yang kena humban masuk tanah kejap lagi!
"Tolong~" suara itu kedengaran kembali tetapi semakin jelas.
Terbutang mata Mikael dan Mikayla, bulu roma mereka berdua sudah mula naik. Ketakutan semakin bertambah lagi-lagi Mikael.
"Hah tengok tu! Mulut kau celupar sangat!"
"Ada sesiapa tak kat luar~" sayup suara itu bertanya.
Tanpa berfikir panjang Mikayla melangkah kaki ke arah pintu stor. Kata hatinya mengatakan dia perlu membuka pintu stor ini. Mikael yang memandang Mikayla cuak akan tindakan adiknya.
"Woi adik kau buat apa tu" soal Mikael panik, dah lah dah nak masuk waktu maghrib boleh pulak budak ni berani datang dekat. Tak tahu ke apa tempat ni paling keras kat sekolah? Kalau ya pun nak kena histeria janganlah masa dia ada!
"Adik rasa ni bukan hantu lah Along? Macam suara manusia" lagi sekali Mikayla menyebut perkataan yang tidak mahu didengari oleh Mikael.
"Tolong~"
Mikayla yang mendengar suara orang meminta tolong lantas dia cuba membuka pintu stor tersebut tetapi gagal kerana pintu terkunci. Nasib baiklah hari ini dia pakai baju sukan, kakinya terus menendang kuat pintu tetapi apa kan daya kekuatannya lemah. Itulah jarang sangat bersukan kan sudah lemah! Dia memandang mata abangnya menadakan dia perlukan bantuan dengan segera.

ANDA SEDANG MEMBACA
Renjana
RomanceDetak jantung semakin laju berserta peluh mula merecik tatkala ruangan di dalam stor ini sudah menjadi gelap. Lantas suara Indah keluar untuk meminta pertolongan agar seseorang membuka pintu. Malangnya tiada sesiapa di luar yang dapat membantunya...