Prologue

901 40 11
                                    

Saya tersedar dari tidur bila ada jemari yang cuba merangkul lembut di kawasan perut saya. Slowly saya buka mata.. it's him..

My husband, Kingsley.

Saya pusing perlahan, dia senyum.

"Awal tidur malam ni?" Kingsley bilang.

Saya menggeliat sambil menggosok mata yang masih pedih sebab terlalu mengantuk.

"Jam berapa ni? Lama juga di sana.." saya bilang lagi.

"Kak Everly minta tolong beli barang dapur..lepas tu minta tolong hantar barang pigi tempat mamy.." jawab Kingsley.

Saya balas dengan senyuman tawar.

Mungkin, Kingsley tersedar dengan perubahan wajah saya masa tu. Dia terus tarik lembut muka saya. Menghadap dia.

"Don't give me that face, love.." Kingsley bilang lagi.

"Jom tidur..Besok kan birthday kak Everly." Saya bilang.

Terus saya tarik selimut kasi tutup badan saya. Saya pusing membelakang dia, and slowly tutup mata saya balik.

Saya tahu, Kingsley sendiri tidak dapat pujuk hati saya sekarang. Biarpun dia mencuba, dia tahu dia tidak akan pernah berjaya.

Keesokkan paginya, kami berdua bersiap untuk datang ke rumah kak Everly. Saya pakai dress pastel green lembut. Bodycon dress paras lutut.

"You look so damn gorgeous,love"

Kingsley bersuara dari arah belakang. Saya tengok muka dia di cermin, dia pun tidak kurang segaknya. Tapi..Kingsley masa tu pakai baju maroon. Berubah air muka saya serta merta.

"What was that??" Saya tanya dia. Muka dia bingung sekejap.

"Bukan saya sudah prepare baju sedondon sama saya??" Saya bilang lagi.

Yes! Saya ada tempah baju couple kami. Dan saya memang mahu kami pakai baju yang sama masa ni. Masa birthday kak Everly!

"Please Eva. I can explain." Kingsley maju pigi depan saya.

Saya terus tolak dada dia and ambil purse saya. Tanpa toleh ke belakang, saya terus saja jalan kasi tinggal dia di situ.

Dalam perjalanan pigi rumah kak Everly, saya menangis. For how long lagi saya mesti hidup begini??

Saya singgah sekejap di gas station untuk beli minuman. Datang awal-awal di sana pun, bukannya ada benda mau dibuat.

Lama saya tenung tu cincin di tangan saya.

Cincin perkahwinan saya dan Kingsley.

We've been married for three years and a half now. But..tiada apa-apa progress pun saya nampak. Just like that. Plus, Kingsley bilang dia belum bersedia mau ada anak.

Huh! Dasar lelaki. Memang cari keseronokkan semata kali.

Saya buang tu tin kosong yang sudah habis saya teguk airnya tadi. Then saya continue drive pigi rumah kak Everly. Mesti dorang mamy sama dady disana juga sudah.

Masa saya sampai disitu, saya nampak banyak kereta sudah. Maybe kali ni, ramai jemputan kak Everly since she's turning 30 today.

And masa saya melangkah keluar dari kereta tu, saya kenal kereta Kingsley. Parking kemas di sebelah kereta mamy sama dady.

Sekali lagi, saya tarik nafas saya perlahan. Purse di tangan saya genggam erat. Then, saya terus atur langkah masuk di rumah kak Everly.

Masa saya masuk di dalam, banyak sudah kawan-kawan kak Everly yang datang. Some of them saya kenal, and separuh lagi saya tidak kenal. Mostly semua kawan sekerja dia.

"Eva! Hereeee!"

Panjang umur. Kak Everly menjerit panggil saya sambil lambai-lambai. Macam biasa, dia tersenyum right after nampak saya.

Saya balas senyuman dia. Then saya terus berjalan pigi tempat dia.

Kak Everly ni, kakak kandung saya. Kami dua saja adik-beradik. Dia lah kakak, dan saya ni adik. Dari kecil kami memang rapat. Dan gap umur kami jauh lah juga. Dalam enam tahun beza.

Tapi biarpun begitu, saya and kak Everly memang sangat close to each other sampaikan orang yang nampak kami, dorang tidak percaya pun kalau kami ni adik-beradik. Dorang ingat kami ni best friend begitu saja.

But yeah, she's my best friend since i was born until today. And she even promised to me yang dia akan ada untuk saya sampai bila-bila.

"Here..your drink.." kak Everly hulur tu minuman sama saya.

Saya perasan, dia pakai dress color maroon masa tu. Deep V neck and dia ikat rambut dia tinggi. Kak Everly ni memang cantik. And that's why..laki dia suka dia. Padan lah laki handsome, sebab kak Everly pun cantik. Tinggi lagi.

"Baby, where have you been?" Saya dengar satu suara datang dari arah belakang masa saya sedang membelakang.

Jantung saya berdebar masa tu. Because i know that voice.

Everly pula tersenyum mesra sama orang yang menghampiri kami. Dia hulur tangan dia, dan saya nampak ada tangan yang sambut tangan dia.

Saya tundukkan kepala. Gelas minuman yang saya pegang tu saya genggam erat. Kalau boleh, saya mau lari dari ni situasi.

"Hun, look who's here.." Everly bilang.

Then saya angkat kepala saya. Mata saya bertentang dengan mata lelaki yang sedang berdiri di hadapan saya.

Saya bagi dia senyuman seperti selalu. Dia juga membalas senyuman saya.

It's my sister's husband, Kingsley Preston. They've been married for five years now.

"Hello Eva, lama tidak nampak kamu..how you been doing?" Kingsley bilang.

I can read his eyes right away. Dia nervous, and don't worry baby. Both of us are going to be nervous everytime this happen.

"I'm good.." saya jawab pendek.

Then, saya tenung baju dorang dua yang sedondon warna maroon.

"Waww..both of you look so sweet in this couple set.." saya bilang lagi sambil senyum tawar.

"Kan..ni lah ni..si King yang pilih hari tu. Actually, saya mau pakai baju biasa saja, tapi dia yang beriya mau pakai couple set.." jawab Everly, sambil senyum-senyum.

And masa tu juga muka Kingsley berubah.

Yes, Kingsley is our husband. Everly was his first wife. Isteri yang memang dia cinta..dari zaman kolej lagi. Dorang tunang, then kahwin. Majlis dorang masa tu saya masih ingat lagi, besar-besaran.

Ramai yang datang. Banyak sangat jemputan masa tu. Dan masa tu lah saya nampak wajah Everly sangat gembira. Gembira yang tidak terkata.

But..

I don't know how..and when..

Saya dan Kingsley suddenly fell in love with each other. Berapa kali saya cuba tangkis ni perasaan yang berputik di dalam hati, makin lagi mekar perasaan cinta.

Mulanya, saya ingatkan saya bertepuk sebelah tangan. Rupanya, Kingsley pun sama. Dia jatuh hati dengan saya. Dengan sifat saya. Dia bilang, saya ada sifat yang dia suka. Dan sifat tu tiada sama Everly.

Pasal Everly, dia memang no clue pasal kami langsung. Dia tidak tahu kalau selama tiga tahun ini, saya dan Kingsley sudah berkahwin secara senyap. Yang dia tahu, saya ni adik dia yang paling baik..paling dipercayai..

Marriage StormWhere stories live. Discover now