.
.
.
.
Episode 3
"Make Our Days Count".
.
Gangnam Workout
Pemuda kekurangan ketinggian itu sedang mengelap lantai itu menggunakan mop. Sebenarnya jimin ada kat situ kerana dia berkerja disana. Sebagai cleaner gym.
Pandanganya teralih ke arah seorang lelaki yang sedikit lebih tua darinya. Mungkin lelaki itu bukanlah seorang pelajar sekolah menengah melainkan lelaki yang sudah dewasa. Jimin menatap ke arah lelaki yang mengenakan singlet hitam bersama seluar pendek hitamnya. Kulitnya begitu putih dan halus. Walau tidak menyentuh, jimin dapat tahu kalau kulit itu sehalus kulit bayi.
Putihnya seakan putih pucat. Jimin menatap ke arahnya tanpa henti. Lelaki itu masih gigih melakukan workout. Sesekali ia tersenyum menatap lelaki itu.
Aktiviti mengelap lantai itu pun tertangguh kerana jimin lagi tadi tak berhenti menatap ke arah lelaki pucat itu.
Jimin menghalakan telefon bimbitnya ke arah lelaki pucat nan kurus itu. Mengambil gambarnya secara senyap senyap. Sesekali ia tertawa kerana melihat gambar itu.
"Ah, comel bodo!"
"Apa yang comel?"
"OH MAK KAU!" Melatah jimin. Lelaki tinggi itu hanya tertawa melihat pemuda pendek yang berada dihadapanya.
Bruk!
Jimin memukul dada bogum. Dia hampir mati terkena heart attack sebab kene sergah macam tu. Kepala bana dia. Nasib baik aku tak mati kat sini.
"Kepala otak kau! sergah aku macam tu.. terkezut tau!" Bogum tertawa.
"Hah, terkejut ke takut terkantoi."
Jimin mengerutkan dahinya."Apa benda kau ni.."
"Eleh, kau ingat aku buta tak nampak kau buat apa! Itu, tadi kau angkat gambar siapa..? bagi aku tengok!" Bogum meraba poket seluar jimin. Dengan lekas ia pun menghalang tangan bogum dari merampas telefonya.
"Yak, bangsatlah kau!"
"Hah apa, cepat bagitahu aku!"
YOU ARE READING
Make Our Days Count | KV
Fanfiction"Kenangan dari kehidupan Zaman persekolahan yang tidak dapat dilupakan. Adakah kau masih mengingati saat kita berusia 18 tahun? Keuntungan terbesar dalam hidup aku adalah bertemu dengan dirimu." "Kau nak apa dari aku?" -KTH "Aku cuma nak pastikan s...