✓tiada cuti

10.6K 583 21
                                    



Hari ini mereka berdua telah berpindah ke rumah baru mereka

Ahli keluarga turut berada untuk melihat rumah itu

"Lawa la rumah korang"kata nadya

"Mestilah"kata naufal

"Ni dah ada rumah ni ,jangan pulak lupa rumah mummy dengan mama kamu ni"kata mummy

"Eh tak lupa lah"balas naufal

"Kalau tak nak balik boleh, hantar je cucu untuk kami "ujar mama

Mikasya yang sedang minum air masak tersedak

"Sampai tersedak air ya kasya"ujar harraz

Yang lain hanya ketawa

"Okay lah, kami balik dulu, tak nak mengganggu privasi kamu berdua kan"ujar mummy

"Eh mana ada mengganggu"kata mikasya

"Kata kasya, kata naufal, mesti lah dia nak bersweet sweet kan"gurau harraz

Yang lain sudah pun tergelak

"Jom lah balik, nak memasak pulak ni"kata mama

"Kami balik dulu ya kasya naufal"kata mummy

"Okay mama, mummy"kata naufal

"Nanti kalu perlukan apa apa calling calling"ujar mama

Mereka berdua mengangguk

"Bye kak"ujar zayyan

Kasya melambai ke arah zayyan dengan senyuman

Kini hanya tinggal kasya bersama naufal di rumah

"Jom masuk sayang"kata naufal

Mikasya mengangguk, tinggal berdua dengan naufal, habislah mikasya

"Sayang nak masak atau makan dekat luar?"soal naufal

"Masak je la, lagipun barang barang kita dah beli semua kan"ujar mikasya

"Okay, nak abang tolong?"soal naufal lagi

"Takpe, abang rehat la "balas mikasya

"Okay, abang nak buat kerja kejap, kalau nak minta tolong panggil abang okay"kata naufal

"Okay"balas mikasya

Mikasya memasuki ruang dapur

Semalam mereka telah membeli barang

Semalam penat mereka berdua mengemas rumah baru itu, barang barang dapur turut di beli

Mujur ada zayyan dan juga ziyyad menolong

Nadya dan mila juga turut datang,tetapi datang untuk makan

Bukannya mahu menolong

Nasib member

Mikasya menyediakan bahan untuk memasak

Lalu dia memulakan masakannya

____________________________

Selesai memasak dia menaiki tangga untuk ke bilik

Pintu di buka

Kelihatan naufal sedang menghadap laptopnya

"Abang"panggil mikasya

"Ya sayang"balas naufal

"Abang tak siap lagi ke?"soal mikasya

"Sikit je lagi "kata naufal sambil kenekan keyboard itu

"Ouh , dah asar maghrib ni jom la kita makan dulu"kata mikasya

TUAN NAUFAL ✓Where stories live. Discover now