Hazriana Othman. Begitulah nama yang suatu masa sentiasa menjadi sebutan. Seorang ibu beranak satu, namun kalau tidak dikenali, tak ramai yang akan mengatakan dia seorang ibu. Bentuk badan yang masih bergetah, kulit putih melepak, sentiasa menjadi impian indah buat kebanyakan jejaka di syarikat tempat aku bekerja. Namun, sekadar khayalan kerana Riana adalah isteri kepada kawan aku sendiri iaitu Farid. Kawan yang pernah serumah dengan ku semasa bujang dulu.
Perhubungan aku dengan Riana agak mesra tambahan pula kami satu bahagian iaitu bahagian R&D sementara Farid pula di bahagian production. Meja Riana setentang dengan meja ku dan dalam kebanyakan kerja mesti melibatkan aku dan Riana. Bekerja di sebuah syarikat multinasional seperti ini, pergaulan agak terbuka, kadangkala diselangi dengan gurauan-gurauan lucah namun masih terkawal.
"Kenapa Syam tak kawin lagi ?" tanya Riana padaku satu hari. "Ntah la... belum sampai jodoh lagi kut" aku jawab acuh tak acuh. " Jodoh belum sampai ke memilih sangat. Macam mana lagi nak dipilih tu ?" balas Riana balik padaku. "Kalau boleh nak yang macam Riana nih..." aku menjawab dengan nada bergurau.
"Tu lah , masa Riana belum kawin dulu sombong sangat, tak nak tackle Riana, sekarang ni dah dapat kat orang lain" kata Riana dalam gelak. "Bukan tak nak tackle, tapi Farid yang masuk daun dulu" terlepas kata-kata tu dari mulutku. "Jadi betul la kata diorang ni, yg Syam ada hati kat Riana dulu ? " tanya Riana buat aku tergamam sekejap. "Siapalah pulak yang cerita kat dia nih " bisikku dalam hati. "Memang, tapi apa nak buat, dah Farid tu kan kawan baik Syam, takkan nak potong line kawan pulak " aku terpaksa mengaku. " Entahlah Syam, mungkin dah tersurat jodoh Riana bukan dengan Syam kut " tutur Riana lemah.
Perbualan terhenti di situ. Namun hatiku kembali terusik , memang benar sebaik sahaja Riana menjejakkan kaki ke syarikat ini empat tahun lalu, aku memang meminati dirinya. Namun kerana Farid yang bersungguh-sungguh ingin memiliki Riana, aku terpaksa mengalah. Dan setelah dua tahun mereka berkawan, mereka pun berkahwin. Tinggallah aku masih membujang.
Pada suatu waktu, kami telah menjalankan projek untuk menghasilkan produk baru untuk syarikat. Antara yang terlibat adalah aku, Riana, Farid yang mewakili bahagian production, serta beberapa orang technician R&D dan juga production. Pihak pengurusan telah meminta kumpulan kami untuk membentangkan kertas kerja serta prototype produk baru ini di hadapan lembaga pengarah syarikat induk di Jepun. Bagaimanapun hanya dua orang akan dihantar ke sana.
Memikirkan sahabat, aku telah memilih untuk menghantar Farid dan Riana ke Jepun untuk tujuan tersebut. Bagaimanapun tanpa disangka , Farid enggan pergi kerana dia hormat pada aku yang menerajui kumpulan itu dalam menjalankan kajian dan dia merasakan aku yang lebih layak untuk membentangkan kertas kerja di Jepun. Dan dia meminta aku pergi dengan isterinya kerana dia tahu isterinya juga telah banyak menyumbang tenaga dalam kajian ini. " Hang pergi la Syam, janji hang jaga bini aku jangan bagi dia terpikat kat mamat Jepun sana dah la..." gurau Syam. " Aku bukan takut dia terpikat kat jepun sana, tapi takut aku yang terpikat kat dia pulak nanti, haru....hahahaha " balas aku pula. " Aku percaya kat hang Syam, bukan sehari dua aku kenai hang, dah bertahun la Syam.." yakin Farid pada aku. "Lagipun, kalau kami dua-dua pi sana, sapa nak jaga anak, hang tau la nak hantaq balik kampung pun jauh, takkan kami nak tinggai kat umah baby sitter lama-lama" tambah Farid lagi.
Selang tiga minggu kemudian , aku dan Riana berangkat ke Jepun selama sembilan hari untuk pembentangan kertas kerja dan juga melawat beberapa kilang syarikat induk sebagai hadiah untuk kejayaan kajian kami. Farid dan baby Ikhmal turut sama menghantar kami ke KLIA. Redup mata Riana menahan sedih kerna meninggalkan baby nya.
Dalam penerbangan MH05X, kami tak banyak bercakap, sesekali aku buat lawak kerana nak menghiburkan hati Riana. Termasuklah aku mintak Riana adjustkan seorang pramugari untuk aku . Gelak aku bila Riana cakap yang aku ni manager dia masa dia mintak nombor telefon pramugari tu untuk aku. Padahal aku ni sama jer engineer macam dia.
YOU ARE READING
Cerita One Shot
RandomCerita nih semua aku amik dalam internet. Sumber mana pun aku lupa. Sebab banyak sangat. Hope enjoy la eh.