MOHLER SINGGAH, BACA, KOMEN AND VOTE, MAAF ANDAI BANYAK TYPO AKAN YANG BERLAKU DIDALAM CERITA INI. HANYA CERITA RINGAN SAJA. MEKASEH SUDI BACA 🥰💓
______________________________________________
TERIK mentari diwaktu tengahari ini membuatkan jejaka yang sedang lena tidur perlahan-lahan bangkit dari baring. Wajahnya yang berkumis itu digaru lalu diraup perlahan.
" Pukul berapa ni? "soal Dani pada diri sendiri. Jam ditepi katilnya yang berada diatas almari kecil itu dipandang sekilas... lalu dipandang sekilas lagi..lalu...
" Mama!!!!!!! "jeritnya kuat apabila jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Mesyuaratnya habis semua terlepas!
Dang!
Pintu biliknya dibuka besar. Seluas-luasnya!
Wajah Datin Fatihah menyentuh kornea mata hazelnya.
" Apa kamu ni? Jerit-jerit mama macam orang gila! "soal Datin Fatihah kasar. Wajah anak lelakinya itu dijeling. Mesti nak salahkan dia sebab bangun lewat! Ini anak mahu saja dia terajang sampai kutub utara sana!
" Kenapa mama tak kejut Dani? Mama tahu tak Dani dah lambert maaaa! "ujar Dani lalu bangkit dari katil bersama seluar pendek yang tersarung dikaki.
Datin Fatihah bercekak pinggang lalu menyengetkan sedikit kepalanya, tawa sinis terletus dibibirnya yang mungil itu walaupun sudah dimamah usia.
" Amboi! Sedapnya tuduh mama... Hello! Muhammad Dani Rafael Bin Dato Muhammad Sani Dafael, mamamu yang bernama Datin Nur Fatihah Nuraini Binti Abdullah ingin mengatakan bahawa..."Datin Fatihah masih lagi diposisi yang sama. Nafasnya ditarik dalam lalu dihembus perlahan.
Dani yang sudah bersedia terus mengambil tisu diatas mejanya lalu dikoyak pada cebisan kecil lalu disumbatkan ditelinganya sendiri.
" Mama dah kejut Dani pukul 8 tadi!!!!!!!!!! "jerit Datin Fatihah tanpa berhenti. Geram dengan perangai anak terunanya yang seorang ini. Mahu saja dilempar periuk atas kepala Dani ini.
Dani terus menutup telinganya bersama kedua belah telapak tanganya. Mukanya berkerut pening walaupun disumbat tisu dan ditutup telinga, masih sama.
Macam telanjang pula telingannya apabila suara jeritan mamanya bagaikan menembus masuk ke otak melalui ke dua-dua belah telinganya.
" Haa! Tahu pun takut pekak! Bangang punya budak! Mama dah kejut macam orang gila tau tadi! Lepastu bangun boleh pulak jerit MAMA!!!! Nak salahkan mama kan? Mama terajang kamu baru kamu tahu! " bebel Datin Fatihah seraya menjeling wajah anaknya lalu berlalu keluar bilik anak terunanya yang seorang ini.
Dani yang sudah nampak mamanya keluar dari bilik itu terus melepaskan tangan dan tisu bagi menghalang untuk suara gauman mama masuk menusuk ke telinga.
" Perh! Pedih telinga! Boleh cair taik telinga aku! "bisik Dani pada diri sendiri. Apabila teringat dirinya yang terlewat untuk mesyuarat tergempar terus dia berlari ke bilik air.
( ◜‿◝ )♡
AKU memandang wajah papa dan mama dengan kening berkerut pelik apabila mereka bagaikan buat tidak nampak saja aku disini. Berdiri ditengah-tengah ruang tamu ini.
" Abang... Nanti abang kena bagitahu Syaf yang saya nak kahwinkan dia dengan anak kawan baik saya tu, Fatihah. "ujaran mama itu membuatkan aku terkedu. Apa? Biaq betul!
YOU ARE READING
Mrs. Dani Rafael : Attention
RomanceMRS. DANI RAFAEL : ATTENTION "Kalau dulu saya kejar awak, sekarang awaklah pula kejar saya. Kalau dulu saya selalu tagih perhatian awak... sekarang awaklah pula tagih perhatian saya..." ______________________________________________ Muhammad Dani...