BAB 2

87 21 8
                                    

" MAMA nak Dani kahwin. "

Brebbb!!!

Ujahan Datin Fatihah itu membuatkan air kopi yang sedang Dani hirup tersembur. Habis muka Datin Fatihah terasa panas dengan air kopi yang baru keluar dari mulut anak lelakinya sendiri.

Datin Fatihah terkebil-kebil memandang anaknya. Penat woii dia solek! Akhirnya kena sembur eah. Dato Sani menahan tawa. Bukan tidak biasa dengan suasana begini.

" Apa! Mama nak suruh Dani kahwin? Dengan siapa? "soal Dani lalu mencapai tisu yang berada ditepinya. Nasib makanan sudah ditutup yang tinggal hanya pencuci mulut saja. Kalau tidak habis membazir kena buang semua itu.

Datin Fatihah menjeling anaknya lalu mencapai kotak tisu yang diguna Dani tadi. Mukanya yang sudah bersiap solek apa semua itu terpaksa di lap dan dibasuh kejap lagi. Dasar anak!

" Eah! Eah! Kamu dah sembur mama tak nak mintak maaf ke? "soal Datin Fatihah lalu menjeling tajam wajah Dani itu.

Dani menggaru belakang kepalanya tidak gatal lalu memandang bapanya sekilas sebelum pandangan sepenuhnya tertumpu pada mamanya.

" Sorry maaa... Tapi mama nak kahwinkan Dani dengan siapa? "soal Dani bersama kerutan didahi. Aduhai, mamanya ini bukan betul sangat.

" Dengan pilihan hati mamalah! Nak tunggu pilihan hati kamu memang sampai mama masuk kubur pun memang tak adalah! "ujar Datin Fatihah seraya memeluk tubuhnya sendiri.

Dani mendengus kasar.

" Maa... Dani tak bersedialah nak kahwin. Nantilah Dani kahwin. Please maaa... "pujuk Dani bersama mukanya yang dibuat-buat comel.

Dato Sani ketawa perlahan lalu menggeleng kepala saja melihat perangai dua beranak ini. Dua-dua tak betul!

" No way! Mama dah siapkan segalanya! Tinggal Dani saja nak setuju atau tidak! "marah Datin Fatihah seraya menjeling Dani.

Dani ternganga. Apakah?

" Habis? Pihak perempuan sebelah sana tu? Dah setuju? "soal Dani. Rambutnya diserabaikan. Stress!

" Kamu ni dahlah tak handsome macam papa kamu! Bengap pulak macam dia lagi! Ni nak pekak pulak ke? Kan mama cakap tadi TINGGAL DANI SAJA NAK SETUJU ATAU TIDAK! Hailaa... Menyesal aku beranak kau... "

Datin Fatihah mengurut kepalanya sendiri. Dani masih lagi berfikir, hatinya sedikitpun tidak terguris dengan kata-kata mamanya itu. Sudah biasa.

" Aik! Saya pulak kena? Anak awak handsome ok? Macam saya, awak tengoklah! Ramai perempuan nak kan saya. Awak untung tau dapat saya yang kacak bergaya bak putera diraja kayangan dimalam hari menemani si puteri cantik, mukanya bersinar seperti cahaya bulan... "

Serta-merta Dato Sani terdiam apabila panahan tajam mata bak drakula menyentuh kornea mata, Dato Sani menelan air liurnya.

" Kalau awak rasa nak muka awak bersinar dengan lauk ayam kari ni teruskan berangan macam puteralah, macam rajalah... Ha sila sila... Sekali saya terajang awak! Tepat batang hidung awak sampai ke bulan! "Marah Datin Fatihah lalu menjeling wajah kacak suaminya sekilas.

Dani mengurut kepalanya sendiri. Beginilah perangai mamanya yang sebenar-benarnya.

" Ok ok, stop mama, papa. Dani akan berkahwin..."

Apabila Dani berkata begitu, terus Datin Fatihah memandang anak lelakinya yang seorang ini bersama senyuman bangga tetapi baru Datin Fatihah mahu membuka bicara Dani bersuara dahulu.

" Tapi... Dani tak janji nak bagi mama dan papa cucu awal-awal. "

Datin Fatihah hanya tersenyum faham lalu mengangguk.

Mrs. Dani Rafael : Attention Where stories live. Discover now