INTRO

363 29 9
                                    

    Kerajaan Element memiliki pelbagai sumber yang menjadikan kerajaan tersebut sebagai kerajaan terkenal di seluruh dunia. Ramai pihak yang ingin mengecapi dan menakluk kerajaan itu namun usaha mereka hanyalah sia sia.

Kerajaan tersebut diperintah oleh  raja dan permaisuri yang baik dan adil. Beliau memiliki 7 putera yang bijak dan pelbagai ragam.

Pada satu malam  yang ditemani bulan,kelihatan 7 orang lelaki yang sedang tunggu di luar bilik di dalam istana yang indah.

Ada yang muka cemas.
Ada yang muka mengantuk.
Ada yang muka ceria.
Macam macam muka ada.

"Tak sabarnya nak dapat adik baruuu...." Kata tiga orang kanak kanak yang hyper.

"Hmm bila boleh masuk nii?" Tanya seorang budak bermata aquamarine itu.

"Haish sabarla." Kata sang anak sulung dengan dingin. Pandangan mata rubynya itu mampu buat orang sekelilingnya gerun.

"Ayahanda, rasa rasanya adik kitaorang tu comel tak?" Tanya sang adik yang polos.

"Mestilah adik kita tu swag macam aku.. Thorn.." kata seorang budak bervisor oren dengan bangganya.

Semua orang di situ hanya buat poker face.

"Ceh, perasan punya panel solar." Provok sang abang sulung.

"Apa kau kata Hali!!!" Marah solar

"Laa.. tak sangka dah pekak rupanya." Balas Hali dengan selamba.

"Kau ni memang nak.." Belum sempat solar nak hanbiskan ayatnya,telah dipotong oleh sang ayah.

"Ehh sudah sudah jangan nak gaduh kat sini." Kata Amato sebelum perang ketiga bermula.

Tiba tiba keluar seorang dayang dari bilik tersebut dengan muka yang agak sedih. Mereka datang ke arah dayang itu.

"Tuanku,patik ada berita baik dan berita buruk untuk tuanku dan para putera."

"Apa berita baiknya?" Tanya Thorn dengan muka polosnya. Dayang tersebut hanya tersenyum sedih.

"Adik tuan putera berjaya dilahirkan,tapi.." dayang itu ragu ragu untuk memberitahu berita buruk.

"Tapi apa?" Tanya TTM serentak.

"Ampunkan patik,tuanku. Keadaan Permaisuri agak kritikal dan kami tak mampu untuk buat apa apa."

DEG

Semua terdiam. Tidak lama selepas itu semua menunduk manakala Thorn mula menangis dan memeluk Solar. Amato menahan air matanya dari keluar. Begitu juga Hali. Yang lain tidak dapat menahan perasaan lalu menangis.

Suasana menjadi hening seketika.

"Boleh kami masuk ke dalam bilik?" Tanya Amato.

Dayang tersebut hanya megganguk lalu memberikan laluan kepada mereka untuk masuk.

Terlihat seorang wanita yang pucat di atas katil dipenuhi dengan wayar dari mesin kiraan nadi dan disebelahnya seorang bayi comel yang sedang tidur.

Wanita itu hanya tersenyum lembut ketika berpaling kearah mereka.

TTM meluru ke arah wanita lalu memeluknya sambil menangis.

"Bonda takkan tinggalkan kami kan?" Tanya Blaze dengan suara serak. Yang lain hanya diam.

"Bonda nak pergi mana?"tanya si solar dengan muka ragu - ragu.Taufan hanya menampar dahi.

"Bonda thorn nk ikut boleh?"
Tanya si kecil itu sambil membuat muka comel agar bondanya membawa ia pergi juga.Hali memegang adik kecilnya itu.

Permaisuri Lina hanya tersenyum lalu memeluk mereka kembali.

"Maaf sayang. Setiap yang hidup pasti akan mati.." kata Permaisuri itu dengan tenang.

Semua orang terkejut.

"Bonda janganlah main main!!" Kata Hali seakan marah akan percakapan bondanya.

"Bonda akan mati ke?"tanya si solar dan thorn dengan mata yang berkaca.

Si ice terus memeluk kedua-dua adiknya yg mengalirkan air mata sedih itu.

Amato datang lalu mendukung bayi tersebut. Lina yang melihat suaminya itu lalu berkata,

"Bonda nak namakan putera bongsu ini Gempa. Kamu semua jaga dia baik baik tau. Kuasa sumpahan bonda diturunkan kepada Gempa. Jangan bagi dia sedih atau marah ya. Itu akan menjadikan kuasa sumpahan itu semakin kuat.Kita tak tahu apa kekuatan kuasa itu.Janji dengan bonda kamu jaga adik kamu baik-baik kuasanya boleh merosakkan dunia jika tak digunakan dengan betul." Terang Lina dengan lembut.

"Maksud dinda kuasa Amethyst tu ke?" Tanya Amato mendapat anggukan dari sang isteri.

Mesin kiraan nadi tersebut menunjukkan nadi Lina semakin lemah. Semua orang kelihatan panik,risau dan takut terutamanya suami dan anak anaknya.

"Ingat ye,jaga diri dan Gempa baik baik. Kekalkan senyuman kamu ye." Kata Lina dengan susah payah.

Selepas mengucap dua kalimah syahadah,perlahan lahan mata Lina tertutup dan nadinya berhenti berdenyut.

Semua orang di dalam bilik itu sedih dan menangis. Gempa juga yang terbangun dari tidur lalu menangis umpama mengetahui ibunya sudah tiada.

Amato hanya mampu memeluk Gempa untuk menenangkannya. Yang lain hanya menangis dan memeluk sang ibu yang tidak bernyawa.

Everything For You, Brother HIATUSWhere stories live. Discover now