Bab Satu - Sekali Lagi

55 5 0
                                    

"Sekali lagi, kau buat macam ni. Jangan harap aku nak hadap muka kau lagi!" Giginya dikertap menahan geram. Nafasnya turun naik seolah tak cukup udara untuk bernafas. Matanya tajam memandang figura dihadapan tanpa lepas.

"Yang kau nak over marah-marah ni dah kenapa?" Selamba Luth menyilang kedua tangannya ke dada. Tayang muka tak berdosa.

Terkebil-kebil mata Natrah pandang Luth. Dasar lelaki ruthless! Seolah tak bersalah langsung selepas buat agenda tak bermaruah depan lobi officenya.

Depan Adam pula tu!
Adam Mikael?!
Ya Allah, mana nak letak muka ni. Jatuh water face dia!

"Perempuan mana tak marah bila kau tiba-tiba datang lamar aku kat tempat kerja. Bodoh ke apa?"

Luth ketawa kecil. Dia mula bangun dan berjalan ke arah Natrah yang berpaling tubuh menghadap tasik rekrasi. Raut wajah gadis itu sumpah nampak marah.

Lamar pun salah ke?

"Kau tak suka ke?" soal Luth. Dia pandang gadis yang ketinggian 166cm dan bertubuh kecil yang elok tersarung dress labuh berwarna cream. Nampak cantik dan manis.

"Soalan apa yang kau tanya?" Natrah mencebik. Tak puas hati langsung dengan jawapan yang keluar dari mulut lelaki ini.

"Yelah, perempuan kan suka kena lamar. Sebab tu la aku pun..."

"Tapi bukan kau." Laju Natrah potong kata-kata Luth. Dia paling tubuh melihat Luth yang lebih tinggi dari dia. Berpakaian kot berwarna cerah menampakkan lelaki ini nampak matang.

"Luth, kau sendiri tahu aku suka siapa kan?"

Luth ukir garis. "Adam."

"Then?"

"Tak salah untuk aku cuba kali kedua kan, Natrah?" Perlahan tapi cukup buat Natrah faham betapa kecewanya lelaki didepan ini.

"Aku tahu..."

"At least Adam tu tahu kau ada rebutan lelaki lain. Tak ada la dia jual mahal sangat. Ingat muka dia handsome sangat ke? Aku ni lagi elok dari dia." Luth kuak rambutnya ke belakang. Mula lihat tasik di depan. Cuba pujuk hati diri sendiri.

Kau kan kuat Luth Amsyar!

Natrah lepaskan keluhan kecil. Matanya dipejam sesaat sebelum menarik kedua tangan Luth. Dipegang erat. Bibirnya melukis garis panjang.

"Kau cuba buat dia jeles ke? Untuk aku?"

Luth jatuh kepala. Memandang jemari Natrah di tangannya. "Sampai bila aku nak tengok perempuan depan aku ni kena reject banyak kali. Kan?"

Natrah ketawa. Yelah tu, dah banyak cubaan dia memikat Adam. Tapi sikit pun Adam tak pandang dia. Melissa yang gedik dan suka berpakaian tak cukup kain tu yang diminat.

Taste entah apa-apa betul!

"Aku sayang kau Luth." Dan tak semena, terus tubuh Luth dipeluk erat. Kalau tak ada lelaki ni, siapa yang nak berkawan dengan dia. Perempuan yang asalnya dari lorong dan tiada sesiapa yang ada untuknya melainkan Luth Amsyar.

"Sumpah aku sayang kau." Bibir Natrah tak lepas menyebut. Tangan di pinggang Luth makin dikemas. Bau oak moss dari minyak wangi Luth buat dia rasa selamat.

Luth koyak senyum. Dagunya diletak selamba atas kepala Natrah. "Esok Sabtu kau free tak?"

[On-Going] Cinta Tanpa StatusWhere stories live. Discover now