Bab Dua - Aku Tak Kisah Pun

41 8 1
                                    

Natrah terkial-kial ikut langkah kaki Luth. Tak pandang belakang langsung, sibuk cari baju. Entah design macam mana, lelaki ni mahu, dia sendiri tak pasti.

Ini kedai yang kelima mereka berdua masuk di Pavilion. Dia tengok semua baju lelaki fesyen sama je. Nak ada bertatahkan berlian manik ke mamat ni?

Dia lihat Luth berbual dengan salah seorang sale girl. Muka Luth serius betul! Tak ada sedikit pun garis di bibirnya. Mana nak lekat perempuan. Muka hemsem dah, siap ada bisnes sendiri, tinggi pun tinggi. Baik? Ya Allah Luth baik tahap petala langit ketujuh. Sumpah dia banyak terhutang budi dengan Luth.

Matanya jatuh pada dagu runcing milik Luth. Bibirnya tak semena ukir satu garis. Kalau dia tak ada crush dekat Adam, dah lama dia ajak Luth nikah. Biar nanti anak-anak dia ikut muka Luth. Sumpah cantik-cantik belaka.

"Aku kacak sangat ke?" Suara itu meyentak dia dari lamunan. Natrah angkat kepala lihat Luth tersenyum. Manis sangat-sangat.

"Dah habis shopping?" Natrah alih topik. Gila ke nak kantoi busuk depan Luth yang dia tengah puji lelaki ni diam-diam.

Siap fikir tentang anak? Allah, kau kenapa Natrah.

Entah bila Luth ada kat sebelah pun dia tak sedar.

"Dah. Finally, butik ni juga my alll time fav!" Luth tayang bangga dengan beg plastik di tangannya.

"Bongok! All time fav?! Habis tu yang aku ikut kau ke hulur hilir pergi banyak kedai tu buat apa? Saje buang masa?" Natrah bentak kaki. Sumpah tak puas hati. Luth ingat senang ke dia nak jalan kat Pavilion ni guna high heels. Sakit tumit tahu!

Luth ketawa, laju dia tarik lengan kanan Natrah keluar dari butik. Karang tak memasal dia tanggung malu kena belasah dengan perempuan.

"Aku cakap kan pakai selipar je..."

"Kau gila? Kau tu bawa aku tempat orang kaya-kaya, nanti orang cakap apa kat aku. Sebab tu aku pakai cantik-cantik, sebab..."

"Aku kisah ke?" Luth laju bidas Natrah. Buat gadis itu terkedu. Natrah kalih pandang lihat belakang Luth. Sibuk tengok agenda satu keluarga bergambar. Dia tak nak pandang mata Luth sekarang ni. Mata Luth tu buat dia rasa warm and touching sangat.

"Aku tak kisah pun kalau kau nak pakai baju tidur sekali pun." Sambung Luth. Matanya tak lepas lihat gadis di depannya.

"Aku kisah Luth. Sebab aku tak biasa macam kau." Natrah ukir segaris. Lihat Luth di depannya. Dia rasa nak nangis. Sebab Luth buat dia rasa hargai diri sendiri.

"Makan jom? Kau nak makan mana? Aku lapar. Kau lapar?" Luth selamba tarik Natrah jalan seiring dengan dia. Dia tahu Natrah tengah layan perasaan. Dia tak nak kacau daun. Dia tak nak tanya lebih. Tak suka pressurekan Natrah.

"Mamak."

"Cun! Aku lama teringin nak makan roti banjir." Luth mula terbayang roti panas siap gaul dengan kari sekali kuah dal. Ya Allah rasa syurga betul!

Natrah senyum. "Kau mengandung ke apa?"

"Haah anak kau."

"Bodoh!"

"Bodoh pun kawan kau juga!!"

Serentak mereka berdua ketawa. Dua-dua otak tak hempuk. Entah apa-apa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 09, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[On-Going] Cinta Tanpa StatusWhere stories live. Discover now