Terlihat gerangan seseorang sedang mengintai di celahan langsir tingkap bilik tidurnya untuk melihat siapakah yang berpindah ke sebelah rumahnya dan sekaligus menjadi jiran barunya.
Dalam keadaan mengintai, matanya seakan terpaku pada seorang wanita yang mengenakan tudung bawal bewarna biru lembut dipadankan bersama dengan blouse bercorak bunga dan seluar jeans hitam yang tidak terlalu ketat.
Wanita itu berasa seperti diperhatikan, lalu dia menoleh untuk melihat sekeliling kawasan rumah dan matanya tertacap pada celahan langsir rumah 'jiran barunya' yang agak sedikit terselak.
Adam menyorok disebalik langsir apabila wanita yang bertudung biru lembut itu melihat kearah tingkap biliknya.
"Fuhh... nasib baik tak kantoi" adam melepaskan nafas lega dan kakinya mula mengatur langkah keluar dari kawasan bilik tidurnya lalu pergi ke bahagian dapur untuk meminum air.
Dalam keadaan melepaskan dahaga di tekaknya itu, Adam terdengar bunyi loceng rumahnya dan ada seseorang memberi salam di hadapan rumah.
"Waalaikumsalam! sekejap ! sekejap !" Adam menjawab salam itu dan berlari anak untuk melihat siapakah yang datang kerumahnya kerana setahunya, dia tidak menjemput sesiapa datang kerumahnya pada ketika itu.
Adam menyarung selipar lalu membuka pintu pagar rumahnya dan melihat susuk tubuh seorang wanita yang berdiri membelakangi dirinya.
"Cik ? cik cari siapa ya ?" Adam bertanya kepada wanita tersebut.
Wanita tersebut menoleh memandang Adam dan ia membuatkan Adam berasa terkejut melihat wanita yang mengenakan tudung bawal bewarna biru lembut di hadapannya itu.
220 patah perkataan :)
jangan lupa untuk vote dan comment!
@peanuthangus
❤️!
YOU ARE READING
HUSBAND CoNTRACT
Fanfictionkisah seorang wanita yang sanggup mengupah seorang lelaki iaitu jirannya sendiri untuk dijadikan suaminya. tanpa diketahui lelaki tersebut menyukainya dalam diam dan berhasrat untuk terus menjadi pasangan suami isteri yang sempurna. start ; 24 febru...