[S2] 17

48 13 0
                                    

"dah. awak shuh shuh. saya nak cakap dengan dia." aku menghalau Yuta yang berniat nak masuk sekali.

dia mencebikkan bibir.

"yelah. aku percaya kau. jangan cakap benda bukan-bukan dekat dia tau."

aku mengangguk. tangan kanan aku diangkat, membuat gaya ikrar. "saya janji, tuan!"

Yuta menggelengkan kepala. dia terus mengambil tempat duduk berdekatan.

tak nak membuang masa, aku terus melangkah masuk ke dalam wad Sulgi, crush Yuta.

"eo? nuguseyo?"

aku membongkok tanda hormat.

"annyeonghaseyo. saya Mitsuko, kawan Yuta."

"ah, saya Sulgi. duduklah."

selepas mendapat arahan daripada Sulgi, aku terus mengambil tempat duduk disebelahnya.

no wonder sampai sekarang Yuta masih sayangkan Sulgi. dia cantik, pemurah dengan senyuman. nak dibandingkan aku, macam langit dengan bumi.

"macam mana bayi? ada tendang-tendang?" soalku sambil tersengih melihat perutnya.

jujur, aku suka tengok orang mengandung. apa lagi yang masih dalam golongan umur 20-an.

Sulgi menggelengkan kepala. "dia faham mama dia tengah sakit. hehe."

"b-b-boleh saya sentuh?"

akshkaxhka kenapa aku perlu malukan diri ni?!? Sulgi dahlah baru kenal akuuuuu

"silakann."

aku tersentak, tapi lama-lama tangan aku terus mengusap perut Sulgi yang semakin membesar.

"jangan menyusahkan mama awak tau? jangan main tendang-tendang, kesian mama awak sakit nanti!" marahku.

Sulgi tergelak mendengar celoteh aku sebentar tadi.

aku kembali duduk seperti biasa. muka Sulgi aku tenung sebelum membuka bicara.

"unnie. mungkin permintaan saya ni agak random, tapi boleh saya bercerita dekat unnie?"

aku melihat reaksi Sulgi. dia tersenyum lalu mengangguk. dia terus mengubah posisinya. yang awalnya baring sepenuhnya, kini dia separuh berbaring.

"silakan."

aku menatap tangannya yang perlahan-lahan menggenggam tangan aku.

"mulanya, saya sukakan Yuta. saya ingat dia akan terima saya, tapi jangkaan saya salah. dia tak menolak, bahkan tak menerima. dulu saya down, fikir apa kurangnya saya. sampailah saya buat keputusan untuk datang Korea, nak lepaskan rindu pada dia. saya pernah tanya dia, dia dah berpunya ke? dia jawab belum. dia takde crush, sebab crush dia dah berpunya. dekat situ, saya rasa peluang saya besar. dia pernah cakap yang saya ni bakal girlfriend dia. tipulah saya tak gembira lepas dia cakap macam tu."

aku berhenti bercerita. air matanya yang nak mengalir aku cuba tahan. aku terus meneguk air mineral yang aku bawa dari tadi.

aku tak boleh nangis. aku kena kuat.

"dia bagi saya harapan. harapan yang tiada penghujungnya. sampailah satu masa tu, saya  nampak wallpaper dia dengan seorang perempuan ni. saya terkedu waktu tu. dia.. cuma bagi saya harapan palsu? dan kebetulan, keesokkan harinya, dia suruh saya jangan terlalu berharap dekat dia. dia tak nak saya sakit hati. Yuta terlalu baik. dia bagi peringatan dekat saya supaya saya tak jatuh terlalu dalam."

aku berhenti, menarik nafas dalam lalu dihembuskan dengan tenang. tangan Sulgi masih mengusap tangan aku bagi menenangkan aku.

"dalam beberapa minggu lepas, kitaorang pergi funfair. tiba-tiba ada seseorang call Yuta. wajah dia panik, mulut dia tak henti-henti panggil nama seseorang tu. dia sanggup tinggal saya dengan kawan-kawan dia, demi seseorang tu. tapi dalam tinggalkan saya demi seseorang tu pun, dia masih sempat pesan dekat saya untuk hati-hati. Yuta terlalu baik. dia tak lupakan sesiapa.

dari riak muka dia je saya dah dapat tahu yang dia betul-betul sayangkan seseorang tu. malam tu dia chat saya, dia suruh saya move on. dekat situ, saya betul-betul sedar yang saya takde tempat dalam hati dia. bila saya jumpa crush dia, saya tak hairan kenapa Yuta masih tetap cintakan crush dia sampai sekarang."

Sulgi mengerutkan dahi.

"maksud awak?"

aku tersenyum lalu tatap mata Sulgi dalam.

"unnie percaya kalau saya kata Yuta sayangkan unnie sangat-sangat dari dulu lagi?"

Sulgi berhenti mengusap tangan aku. jelas dia terkejut dengan apa yang aku baru sampaikan.

"Yuta mesti ada dengan unnie waktu unnie susah, kan? lepas tu dia mesti guna alasan 'kawan' untuk protect unnie kan?"

Sulgi mengangguk perlahan. riak wajahnya berubah total selepas mendengar ayat aku.

"saya tak minta banyak, tapi boleh unnie jagakan Yuta? walaupun unnie tak dapat accept perasaan Yuta, tapi tetap berada disamping dia."

Sulgi terus menarik aku ke dalam dakapannya. kepala aku diusap perlahan. serentak itu, air mata aku mengalir.

maaf Yuta. maaf sebab dah bocorkan rahsia yang awak dah simpan lama untuk tetap dekat dengan Sulgi.

end Mitsuko's pov.

no longer.Where stories live. Discover now