"Let's go !" Suara Aiden di seat driver mengejutkanku yang sedang berkira-kira mahu membatalkan rancangan untuk membawaku ke restaurant nya.
"Ha ?"
Aiden memandangku kemudian tersenyum.
"Are you daydreaming ?"
"Mana ada !" Aku menepis tekaannya. Aku melarikan pandangan.
"Really ?" Aiden cuba mengusikku.
"Betullah." Aku memandangnya dari ekor mata.
"Okay whatever. So, shall we ?" Ajaknya.
"Aiden.." Aku memanggilnya.
Aiden yang baru hendak membuka pintu memandangku semula. Tanpa suara dan hanya mengangkat kening.
Aku sengih.
"Boleh tak kalau kita pergi next time je ?"
"What ? My restaurant ?"
Aku angguk laju. Sengih lagi.
"Nope. You can't." Dia menggoyangkan jari telunjuknya.
"Alaaa. Pleaseee." Aku cuba memujuknya.
"Cannot. I already informed my parents and they must have prepared something for us. I mean for you."
"Ha ?" Aku blur. Prepare apa ?
"We don't have time now. Come in first, then you will know. Let's go."
Aku teragak-agak untuk membuka pintu sehinggalah Aiden membukakan pintuku dari luar.
"Ish ! Tak payahlah bukakan pintu untuk I." Aku sedikit marah. Aiden senyum dan mengangkat kedua-dua tangannya. Aku cepat-cepat keluar dari kereta dan mengikut langkah Aiden dari belakang.
'Rileks Dinda. Kau cuma nak jumpa family kawan kau je. Bukan jumpa bakal mertua pun. Inhale, exhale.. Inhale, exhale..'
"Dad.." Aiden memanggil Daddynya yang sedang berdiri di hadapan meja cashier dan memberi arahan kepada salah seorang staf mereka. Aku berdiri sedikit jauh di belakang Aiden. Segan.
Daddynya menoleh. Aku lihat Daddy Aiden masih tegap dan sihat. Aku fikir mesti parents dia sudah tua. Ternyata tekaanku salah. Sama tampan seperti Aiden walaupun kelihatan garis-garis tua di wajahnya.
"Aiden.. Where's your friend ?" Aku mendengar soalan Daddy Aiden.
Aiden menoleh ke belakang mencariku.
"Zulaikha, come.." Aiden memanggil. Aku melangkah sopan ke sebelahnya.
"Dad, this is Zulaikha. And Zulaikha, this is my Dad, Ibrahim Han.." Aiden memperkenalkan kami.
"Assalamualaikum, Mr Han. How are you ?" Tanyaku berbahasa.
Daddy Aiden tersenyum sebelum menjawab salamku.
"Alhamdulillah, I'm good. How about you ?" Tanya Daddynya kepadaku.
"Alhamdulillah, I'm good too." Aku mengangguk sambil tersenyum.
"Aiden, bring Zulaikha to the room. I'll go with your mom later."
"Okay Dad. Come Zulaikha, I'll show you the room.." Ajak Aiden. Aku angguk dan mengikut langkah Aiden.
Aku perhati sekeliling. Boleh tahan meriah juga restaurant family Aiden ni. Ramai betul orang. Tidak peliklah ramai kerana hari ini merupakan hari minggu. Restaurant ini pun nampak besar dan exclusive dengan element korean style. Aku perasan setiap kali pekerja restaurant ini berselisih dengan kami, mereka akan menunduk hormat kepada Aiden. Aku lihat Aiden sedikit mengangguk dan tersenyum. Dia sangat murah dengan senyuman. Aiden membuka sliding door dan aku tercengang seketika. Bilik ni sangat cantik dengan dining room ala korean style. Kerusi pulak jenis tak ada kaki dan di lapik dengan cushions.
YOU ARE READING
HANYA AKU CINTA KAU SEORANG
Romance"Saya lepaskan awak.." Zafran. "Apa salah saya.. ?" Dinda Zulaikha. Di tinggalkan tanpa sebab membuat Dinda Zulaikha hilang arah. Sakit dan kecewa terpaksa di telan walau hati tidak rela. Cinta yang di sulam bertahun-tahun bersama Zafran akhirnya te...