Part 15 - Aku Rasa Sesuatu

2 0 0
                                    

Pukul 5 petang baru kelihatan saudara mara Aunty Jannah di rumahnya. Riuh seketika suasana di rumah itu. Aku juga sudah berkenalan dengan uncle Aiden iaitu Dato' Mukhris, suami Aunty Jannah. Masih segak orangnya dan ramah sama seperti Aunty Jannah. Pada mulanya aku memanggilnya Dato' apabila dapat tahu dia berpangkat tetapi dia menyuruh aku memanggilnya uncle sahaja. Keluarga ini sangat merendah diri. Patutlah rumah besar bukan main. Golongan korporat dan berpangkat rupanya.

Meski pun sudah ada katering yang menyediakan juadah untuk malam ini, aku tetap juga membantu. Sesekali aunty Jannah akan memanggilku dan memperkenalkan aku kepada saudara mara yang hadir. Masing-masing terkejut apabila aunty Jannah memperkenalkan aku sebagai kawan Aiden dan mereka tidak putus-putus memuji. Aku hanya tersenyum. Aiden sentiasa di jadikan mangsa usikan sampai merah mukanya. Aku pula tidak mahu masuk campur. Di mana ada Aiden, aku cuba untuk menjauhkan diri. Tidak mahu berhadapan dengannya buat masa ini.

"Zulaikha.. Pergi siap-siap dulu. Ajak Risa sekali. Dah 6.30 petang ni. Nanti kita solat Maghrib berjemaah sekali." Ujar aunty Jannah.

"Okay aunty. Saya naik dulu ye." Aku meminta diri. Dari jauh aku perasan Aiden merenungku.

Aku melarikan pandangan. Mata melilau mencari Larrisa. Mana budak bertuah ni ?

"Ha ! Dekat sini rupanya dia !" Aku menyergah Larrisa. Terlepas handphone di tangannya.

"Ate ! Terkejut Risa."

Aku gelak.

"Sorry, sorry. Tak perasan Risa tengah on call."

"Okay you. Jumpa nanti. I nak masuk dah ni. Okay bye !" Larrisa menghabiskan perbualan.

"On call dengan siapa tu ?" Soalku.

"Adalah."

Amboi. Berahsia bagai.

"Boyfriend ?" Tekaku. Aku sudah sengih-sengih ingin mengusik.

"Bukanlah. Kawan je." Muka Larrisa sudah bertukar warna.

"Eleh. Yelah tu kawan." Usikku.

"Eiii sibukkkk.. Nak apa kacau Risa ni ?"

"Nak ajak mandilah. Jom !" Aku menarik tangannya.

"Eh ehh. Nak mandi pun nak berajak. Nak mandi sekali ke ?"

Aku gelak lagi.

"Jangan nak perasan ye. Aunty suruh bersiap cepat. Nanti solat Maghrib berjemaah."

"Oooo. Tak nak ajak Kuya mandi sekali ke ?"

"Buat apa nak ajak dia ?" Adalah tu nak mengena aku.

"Saja. Mana tauuuuu.."

"Eh, tak kuasa.. !" Aku berjalan meninggalkan Larrisa di belakang.

"Amboii. Dia pekena kita tadi bukan main lagi, kita pekena dia laju dia lari." Sempat aku dengar Larrisa mengomel. Aku gelak dan berjalan laju nak ke atas.

Aku siap mengenakan baju kurung pinjam kepunyaan anak aunty Jannah. Terletak cantik di tubuhku. Aku berpusing di hadapan cermin. Bergaya habis mengalahkan artis. Padahal baju kurung moden je. Tapi dah nama pun baju mahal, terus nampak cantik. Tampak langsing dan tinggi. Aku menyarung telekung sebelum keluar dari bilik.

Ketika keluar dari bilik, aku bertembung dengan Aiden. Kami sama-sama berjalan turun ke ruang tamu. Masing-masing diam. Janggal. itu yang ku rasakan saat ini.

"Amboi, kamu berdua ni dah macam pasangan suami isteri gayanya." Tegur salah seorang saudara Aiden.

"Ni dah alang-alang kenduri ni, nikah terus pun tak apa. Tak gitu Aiden ?"

HANYA AKU CINTA KAU SEORANGWhere stories live. Discover now