Happy reading ❤️
Sudah hampir dua bulan William masih belum dapat mengetahui keberadaan Amelia, dia sudah pergi mencari Amelia ke tempat rumah sewanya dulu dan rumah anak yatim tempat Amelia dibesarkan. Tapi semua itu sia-sia, dia tak menemukan isteri kecilnya itu.
William kelihatan semakin mengurus, dia tidak berselera untuk makan.
Denise rela membatalkan pemergiannya ke Belanda untuk menjaga anaknya yang sedang terpuruk.
"Liam sayang, makanlah sikit. Kalau kamu tak makan macam mana nak cari Amelia" pujuk Denise.
Sudah berkali-kali Denise memujuk anaknya itu tapi William tidak memperdulikan itu. Dia hanya menginginkan Amelia.
Denise akhirnya mengalah dan keluar dari bilik anak sulungnya itu.
Didepan pintu Denise terserempak dengan Sam.
"Eh Sam, nak jumpa William ke? " tanya Denise.
"Ya ada yang saya nak beritahu, kalau macamtu saya masuk dulu miss Mcknzie" selepas menunduk Sam pun masuk setelah mengetuk
"Bos" ucap Sam
William hanya berdehem.
"Saya dah tahu keberadaan ms Amelia "
◆◇◆
Tak terasa dah sebulan lebih Amelia bekerja di bakery milik boyfriend Flora. Awalnya Flora tak izinkan Amelia untuk bekerja dalam keadaan mengandung, tapi Amelia keras kepala.
Seorang pelanggan yang baru sahaja menjadi pelanggan tetap itu datang membawa hampir 50 bungkus bun.
"Eii adik manis satu ni, perut dah besar macam bola masih lagi bekerja. " ucap makcik itu.
"Hehe takpelah makcik, baru 6 bulan saya masih kuat kerja" balas Amelia sambil tersenyum ramah
"Hmm yelah, berapa semua ni? " pasrah makcik tu
"Semuanya 48 ringgit "ucap Amelia setelah mengira
"Hah ni, lebianya simpan bolehlah tambah-tambah duit kamu sikit. Untung betul suami kamu dapat isteri yang rajin" puji makcik tu
Tertohok hati Amelia. Mendengar perkataan suami membuatkan dia sedih, dia sangat rindu kat William.
"Makcik ni, biase je lah hehehee"
Makcik tu menggeleng dan meminta diri. "Kalau macam tu makcik balik dulu ye" Amelia mengangguk dan tersenyum lalu dia melanjutkan kerjanya sebagai seorang cashier.
YOU ARE READING
MR.MAFIA ✔
ActionCOMPLETE✔️ . "Saya masih muda, tolonglah bebaskan saya" AMELIA CLARK "Sekali milik saya, selamanya akan begitu! "WILLIAM MACKENZIE "Tunggu saya,saya akan jemput awak" SOMEONE? . . start; 26january2021 end; 17april2021 👑#1- Amelia (15102021) 👑#1...