Kurnia

658 163 36
                                    

Dalam beberapa bulan yang lalu, aku sering melihat kelibat sayu seorang peniaga jalanan (penjual nasik lemak dan makanan berlauk) yang boleh aku panggil akak. Dia seorang yang sayu. - tiada pembeli - kalau ada pun boleh dihitung dengan jari 10 per hari.

Hari demi hari begitulah suasananya. Namun ada 2 perkara yang buat aku tertarik untuk membeli juadahnya. Pertama, dia kerap memainkan lagu-lagu Zamani Slam di radio stereo speakernya. Kedua, dia selalu memberi kucing-kucing jalanan makan di tapak kawasan perniagaannya.

....

"Akak, bagi saya 1 nasik lemak lauk ayam masak merah,  bahagian peha ye, dan 1 karipap.", aku menegur untuk permulaan akad jual beli.

(Akak membalas dengan senyuman), "Eh kenapa 1 je karipap, belilah 3, 3 seringgit je akak jual."

(Aku) - "Err.. okaylah, 3 karipap.", - demi menjaga perasaannya. Padahal aku jadikan karipap tu hanyalah untuk lauk tambahan bersama nasik lemak.  - peha ayam sahaja tak cukup.

....

Akak ni peramah orangnya, tapi aku curious kenapa susah sangat nak nampak orang beli jualan-jualannya. Nak kata tak cantik, orangnya manis menarik. Badan pun masih bergetah macam anak dara. 

....

Sampai di rumah, aku pun bersarapan dengan juadah yang dibeli. Expectation aku sangat tinggi untuk rasa air tangan akak tadi. Dan aku memulakan dengan Bismillah...

....

"Euuuww, rasa apa ni, nasik jelatah, sambal rasa macam kain buruk. Tak boleh masuk tekak aku ni. (Cuba karipap akak ni pulak) - Oooh, okay boleh masuk" - walaupun ada rasa yang geli-geli glorious yang pelik, tapi tekak aku still menelan ke dalam dengan hanya membayangkan raut wajah mukanya sebagai pembuka selera." - So, lepas ni memang aku tak beli dah!

....

Patutlah tak ada orang beli (hati devil berbisik), tapi aku still, still and still penasaran dengan rasa kasihan. Dalam beberapa hari selepas kejadian 'euuuwww' tu, aku sekali lagi meetup ke sana. Kali ni bukan untuk membeli, tapi nak tanya beberapa soalan.

....

(Tiba di destinasi)

"Assalamualaikum kak, saya datang ni bukan sebab nak beli ke apa, tapi saya datang sebab akak. Dan saya ada beberapa soalan nak tanya", aku mula menerpa macam orang grago (orang yang gelojoh nak kan sesuatu).

"Waalaikumsalam.", balas akak tu dengan wajah terpinga-pinga dan sayu.

....

(Aku) - "Saya tengokkan akak ni tak pernah putus asa, selalu berniaga walaupun tak ada pembeli, akak tak takut rugi ke? Lepas tu lauk yang tak habis, akak bagi dekat kucing-kucing. Kawasan ni penuh dengan kicauan meow berkerumungan. Lagi satu,  kenapa selalu kumandangkan lagu-lagu Slam, terutamanya 'Kurnia' dan lepas tu wajah akak sungul bila mendengar, ada sesuatu yang pernah terjadi ke?", soal aku dengan nada grago tetapi sebenarnya rasa kasihan dengan progresi nya yang tak ke mana.

....

(Akak membalas dengan mode story) - "Baiklah, kalau itu tujuan adik datang, akak akan ceritakan."

....

(Ceritanya bermula) - "Dulu akak ada suami, dia bekerja dan tanggung akak. Dia tak pernah suruh akak masak. Setiap kali sebelum pergi kerja, dia akan belikan sarapan untuk akak, balik pun macam tu juga. Kalau hari cuti, dialah yang selalu masakkan untuk akak. Sepanjang akak berkahwin dengannya, tak pernah sesekali akak buat kerja-kerja memasak. Akak hanya kemas rumah sekali sekala, selebihnya akak hanya melayani 'kehendaknya' sahaja sepanjang masa. Dia hanya mahukan layanan yang terbaik dari akak seperti bidadari syurga ketika balik kerja dalam keadaan 'bersedia'."

Tangan Berurat [Cerpen]Where stories live. Discover now