adakah benar kau kawanku?

10 2 0
                                    

Kadangkala,
Kau datang seperti kawan,

Kadangkala,
Kau datang bagaikan musuh,

Yang mana dikau,
Jika benar kau kawanku,

Kenapa ketika ku senang,
Kau ada disisiku,

Tapi jika aku,
Perlu seseorang sudi mendengar,
Dan menyimpan rahsiaku,

Kau hanya datang,
Untuk mendengar,
Tapi pergi bagaikan mulut tempayan,

Ketika itulah aku sedar,
Kau tidak boleh dipercayai,

Tapi bagiku,
Ianya dah terlambat,
Seperti nasi sudah menjadi bubur,

Dari saat itu,
Ku mula berhati-hati,
Tidak semua boleh dipercayai,

Kerana kadangkala,
Kau boleh datang,
Seperti musuh bertopeng kawan.

a meaningful lifeWhere stories live. Discover now