Jeno berniat untuk menendang hansung namun...
Puk!
"Berhenti!" Ucap seorang wanita selepas membaling sebelah kasutnya ke arah jeno.
"Pfft, HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH" serentak tawa ketiga rakan jeno memenuhi dewan tersebut apabila kasut tersebut mengenai tepat dikepala sang ketua.
Manakala pelajar yang lain berusaha sedaya upaya untuk menutupi tawa mereka. Lebih baik menahan tawa daripada kena amukan jeno.
"KAU!" jerit jeno lalu berjalan kearah wanita tersebut.
"Apa?!" Balasnya lantang.
Jeno membesarkan matanya, berani wanita tersebut membalas ucapanya.
"Woi! Kurang ajar punya perempuan! Berani kau baling kasut kat aku!" Ucap jeno. Mukanya sudah kemerah-merahan menahan amarah.
"Yang kau tu tak ada kerja lain ke? Membuli pulak tu? Ingat kau siapa nak buli-buli orang hah?!" Balas wanita itu lagi.
"Aku? Kau tanya aku siapa? Kau tak kenal aku siapa?"
"Tak. Kau artis ke?"
"Kau-"
"Tepi!" Jerit wanita tersebut mendorong tubuh jeno ke tepi.
Jeno menarik tangan wanita tersebut untuk menghentikan langkahnya.
Plak!
wanita tersebut menampar wajah jeno. Dia menarik hansung dan mengambil kasutnya lalu beredar dari situ.
Jeno terkejut, 00 line pun sama tercengang melihat ada yang berani menampar jeno. Perempuan pulak tu. Pelajar Neo high hanya mampu diam dan melihat kejadian tersebut. Mereka juga terkejut melihat kejadian yang tak pernah berlaku itu. Sepatutnya mereka bawa kamera tadi.
Jeno akan pastikan wanita itu terima balas setimpal kerana memalukan Lee Jeno di hadapan orang ramai. Let's wait and see.
Jeno segera pergi dari situ disusuli oleh renjun dan haechan.
Jeno menutup kasar pintu bilik lalu segera duduk di kerusinya.
Renjun dan haechan hanya berdiri di hadapan pintu bilik tersebut tanpa ada niat untuk masuk. Lagi-lagi diorang yang gelak paling kuat melihat jeno ditampar.
Sekarang ini mereka sangat memerlukan seorang Na Jaemin.
"Jaemin pergi mana?" Tanya renjun
Haechan hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.
"Na jaemin, cepat la!" Jerit haechan kepada jaemin yang dengan santai berjalan kearah mereka.
"Wae?" Tanya jaemin selamba.
"Masuk dulu, please. Jeno tengah tak de mood" ucap mereka serentak.
"Tunggu aku buka pintu dulu baru korang masuk paham?" Ucap jaemin. Mereka hanya mengangguk tanda paham.
"Jeno-ah"
Jeno tidak memandang jaemin. Dia masih menutup mata sambil bersandar di kerusinya.
Jaemin mengeluarkan pack ice dan meletakkan di pipi jeno yang ditampar sebentar tadi.
Jeno terkejut lalu membuka matanya.
"Nah" ucap jaemin menyuruh jeno untuk memegang sendiri pack ice tersebut.
Jaemin segera membuka pintu untuk dua orang rakanya yang berada di luar.
"Jeno-ah..." Haechan ingin bertanya namun renjun segera menghentikn haechan.
YOU ARE READING
boys over flower- NCT 00 line ver
FanfictionSebuah sekolah menengah terkenal untuk golongan kaya raya, ini adalah kisah cinta anak muda yang berpusat pada gadis miskin dan kumpulan anak-anak kaya F4 yang diketuai oleh Lee Jeno yang kasar dan tidak takut akan apapun. Hwang Areum adalah seora...