𝑀𝑖𝑠𝑖𝑜́𝑛 1 : 𝐿𝑎𝑠𝑡 𝐷𝑎𝑦 𝑜𝑓 𝑈𝑛𝑖𝑣𝑒𝑟𝑠𝑖𝑡𝑦

703 37 14
                                    


Dengkuran halus menyapa pagi , Alhamdulillah masih hidup lagi .

Sang puteri masih beradu di atas katil . Maklumlah , malam kelmarin tak boleh tidur . Memikirkan bahawa hari ini adalah hari terakhirnya bergelar seorang pelajar universiti .

BOOM ! BOOM ! BOOM !

" Lora ! Baik kau bangun sebelum Mama pasang suara hantu dekat Youtube !! "

Ketukan pintu dari Puan Nahla bagaikan ingin meroboh pintu bilik Alora membuatkan gadis itu terjaga dari lena .

" Aduh , pukul berapa dah ni .. "

Telefon canggih berjenama IPhone 13 itu ditilik bagi melihat waktu semasa .

" Allah ! Dah pukul 8 setengah ! "

Masih berbaki empat puluh lima minit sebelum kelas bermula . Kelam kabut Alora bangun dari katil .

______________________________________


Bunyi tapak kasut sneakers berjenama Vans kedengaran di kawasan perumahan Alora . Kereta kesayangan Alora bernama Gorilla ditujunya .

 Kereta kesayangan Alora bernama Gorilla ditujunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kenapa Gorilla ?

Tengoklah ' sado ' dia macam mana .

Memandangkan rumah Alora berdekatan dengan universiti , jadi Alora lebih gemar dan kerap tidur di rumah sahaja .

Bukan apa , Alora ni penakut sebenarnya .

Tch .

Jalan yang biasa digunakan Alora pasti sudah sesak dengan kereta , jadi dia mengambil keputusan untuk menggunakan jalan pintas lain yang jarang sekali digunakan orang .

Dikatakan banyak penjenayah di situ , tapi apa dia kisah ? Siang-siang ini mustahil ada penjenayah .

Di tengah-tengah jalan raya , banyak pula lampu trafik . Aduh , sudah lah budak itu ingin cepat .

Lampu hijau menyala , laju sahaja Alora menekan pedal minyak .

Namun terhenti segera apabila sekumpulan kereta berwarna hitam berjenama Mercedes G Wagon G63 AMG HOFELE menyekat laluannya dengan melanggar lampu isyarat merah dari seberang .

" Adoi !! Aku dah lambat lah ! Buta ke diorang ni ! " Jerit Alora tidak berpuas hati .

Berbelas kereta melintasi jalan raya . Mereka seperti mengelilingi sebuah kereta mewah berjenama Rolls Royce Ghost berwarna hitam .

Terdapat sebuah pemandu di tempat duduk hadapan dan seorang jejaka tampan di belakang .

' Oh , tu lah ketua jembalang dia ya ? ' Sinis Alora .

Gear ditolak ke bawah sehingga bertemu ' D ' . Laju sahaja dia menekan pedal menekan . Tidak dihiraukan ' pelumba-pelumba haram ' yang masih menghalang jalan raya .

𝑲𝒂𝒖 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑴𝒂𝒇𝒊𝒂 ?Where stories live. Discover now