Dulu gaji aku boleh tahan gagah dekat bandar, sekarang aku pindah di kampung dan bekerja sebagai guru di sebuah pekan kecil. Aku tinggal dengan ibu ayah aku selepas semua kakak-kakak dan abang aku nikah. Semua dah ada family sendiri, kini aku jadi anak tunggal dalam keluarga ni. Makan malam adalah sesi luahan rasa dan mesyuarat kecil dalam keluarga aku.
"Busybody betul semua orang asyik tanya orang bila nak nikah!" ujar aku kepada ibu dan ayah aku, sambil menyuap nasi ke mulut.
Pertanyaaan ini sering kali ditanyakan apabila bertemu dengan orang yang aku kenal atau tidak."Kamu tu sudah masuk 26 tahun, mana orang tak bercerita bertanyanya bila dah umur macam ni memang itulah soalan wajib", jawab ayah dengan nada agak serius.
"Tapi...Rara belum ready lagi nak nikah. Belum jumpa lagi lelaki yang terbaik. Kalau ada yang suka dekat Rara pun Rara tak suka dia. Hati budi manusia ni lain macam kita nak predict" kata aku menyakinkan ayah ibu.
"Ibu tak kisah kalau anak ibu nak pilih yang terbaik tapi apa pulak orang sekeliling cakap, kita ni hidup berjiran", tambah ibu melanjutkan lagi topik jodoh.
"Takpelah ayah ibu, mungkin namanya jodoh lagi" jawab aku sambil berjalan menuju ke sinki membawa pinggang mangkuk untuk dibasuh.
"Lari, tukar topik, masuk bilik jelah kerja kamu bila orang tanya bila nak nikah." Kata ayah kepada aku sambil menuangkan air ke dalam gelas.
"Itu je mampu Rara jawab." Kata aku lalu melangkah ke bilik.
Aku rebahkan badan ke katil sambil bermain phone.Aku ingatkan dunia semakin maju moden, pemikiran makin terbuka. Tapi rupanya meleset.
Siapa je tak nak nikah. Bukankah semua manusia dilahirkan dengan naluri berkasih sayang. Aku juga ingin merasainya tapi aku takut. Perasaan takut lebih mendahului dari rasa ingin disayangi oleh pasangan. Takut meletakkan hati pada manusia yang salah.
Bukan senang untuk memilih manusia yang bakal hidup dengan kita. Perasaan manusia yang ada pasang surutnya. Beribu-ribu pertanyaan bermain di fikiran. Adakah manusia yang bakal kita pilih sanggup hidup bersama hingga akhir hayat? Setia atau curang mana satu pilihan? Sanggupkah menerima kelemahan diri masing-masing?
Pertanyaan ini kerap bermain di fikiran setiap kali diajukan dengan topik nikah.Bunyi telefon mengejutkan aku dari fikiran kusut. Call dari kawan baik aku, Lily berasal dari Kelantan. Lily ni kawan baik aku sejak aku mula-mula kerja di Kelantan. Macam mana kenal dan rapat? Ramai jugak tanya soalan tu. Dia ni Sales Girl dekat company yang aku selalu belikan supplement untuk ibu ayah aku. Dia pekerja paling perform dalam company tu.
Anak orang senang jugak sebab umi abah dia orang berjawatan tinggi di bank bank di Kelantan."Assalamualaikum, heyyo!" Ujar aku dengan nada gembira.
"Walaikumsalam, hey Rara. Guess what?! Umi abah aku galak suruh aku kenal dengan sepupu aku sendiri yang kerja doktor tu." Kata Lily.
"Wow boleh tahan jugak doktor eh. Terima jelah mana tahu senang hidup nanti." Kata aku kepada Lily.
"Takse lah aku, Rara. Sepupu aku bukannya nak dekat aku pun. Dia dahlah duda. Susah nanti kalau gaduh apa semua, sedara mara kot." Kata Lily.
"Hmm... at least kau ada juga calon, aku ni... hmm entah malas nak serabut kepala. Semua cakap pasal jantan ni dah kenapa ya?!" Kata aku kepada Lily untuk mengelak dari bercakap tentang cinta.
Aku tahu Lily lebih banyak fikir tentang ini. Dia adalah satu satunya manusia yang aku kenal yang agak memilih. Boleh dikatakan semua nak perfect. Mana tidaknya harapan setinggi gunung. Bila tengok lelaki je ada saja nak judge.
"Entahlah Rara, mu tahu aku nih meme jenis milih. Aku nak hok molek sajo jah mugo nak paka lama". Jawab Lily dalam lorat Mek Kelantan.
"Haha... susah jugak ya nak buat pilihan, takpelah weekend ni kita lepak kita borak. Aku dah nak tidur ni, esok kelas dengan student aku pagi. Bye!". Kata aku kepada Lily.
"Ha ya lah.. love you, bye!" Jawab Lily sambil meletakkan telefon.
Aku cuba pejamkan mata, membiarkan badan terkulai layu berselimutkan ketenangan.
YOU ARE READING
Pedih Penat Pendam
Short StoryHey, first time writing a story. Hope you guys enjoy it. Kindly drop any comments to improve my writing.