BONUS

59 10 0
                                    

"ICE!!" Jerit Taufan lalu peluk adiknya sambil menangis.

"Uu....fan...." Sebut Ice lemah. Dia membalas pelukan abangnya sambil tersenyum lemah.

Taufan melepaskan pelukan tadi. Ice mengesat air mata Taufan. Mereka berdua tersenyum.

"Ice tunggu sekejap tau... Ufan nak panggil doktor." Kata Taufan lalu keluar dari bilik itu.

Tak lama kemudian, Taufan masuk semula bersama doktor. Doktor tersebut memeriksa keadaan Ice lalu mencatatnya pada satu kertas yang tiada siapa akan faham.

Yelah. Siapa faham tulisan doktor angkat kaki.

"Baiklah Encik Taufan. Keadaan Encik Ice sudah lebih baik tetapi tubuhnya masih lemah. Pastikan makan dan minum ubat mengikut waktu yang ditetapkan ye. Saya keluar dulu. Semoga cepat sembuh ye Encik Ice." kata doktor itu ramah.

Taufan dan Ice hanya menangguk. Doktor tersebut keluar dari bilik lalu menjalankan tugas lain.

"Macam mana keadaan Ice? Ada sakit mana mana ke?" Tanya Taufan khawatir.

Ice hanya tersenyum lalu menggeleng.

"Ice okay. Cuma pening sikit je." Kata Ice.

Taufan memegang tangan Ice dan mengusap kepalanya.

"Oh ya, Ice. Sebenarnya kan..... Kotak muzik yang Ice suka tu.... Dah rosak.. maaf..." Kata Taufan serba salah.

Keadaan menjadi hening seketika. Lalu,

"Takpalah. Lagipon semua barang boleh rosak. Asalkan Ufan ada dengan Ice, itupon Ice dah happy." Kata Ice tenang.

Taufan tersenyum.

"Ufan." Panggil Ice. Taufan memandang Ice.

"Terima kasih tau sebab selalu jaga Ice. Tolong jangan tinggalkan Ice boleh. Ice takut tinggal sorang sorang." Luah Ice. Tangan Ice membalas genggaman tangan Taufan erat. Air mata perlahan mengalir. Taufan yang melihatnya terkejut.

"Shhh.. jangan kata macam tu. Ufan janji Ufan akan sentiasa ada dengan Ice. Ice pun jangan tinggalkan Ufan ye.." kata Taufan sembari mengusap air mata Ice yang mengalir.

Ice hanya menangguk. Tak lama selepas itu dia menguap. Taufan hanya tersenyum.

"Hoahh... Ufan.... Mata Ice beratlah" kata Ice dengan suara yang mengantuk.

"Takpe. Ice tidur okay. Ice kena rehat. Ufan teman Ice sampai Ice bangun. Tidurlah." Kata taufan sambil membelai kepala Ice.

Perlahan lahan mata Ice tertutup. Taufan mencium dahi Ice. Tangannya masih menggemgam tangan Ice erat.

"Selamat malam, Ice." Kata Taufan.


















Yeay tamat sudah story ni. Jangan lupa vote dan comment yee... Bye. Assalamualaikum.

Ira and Rin

Roger and out.

🎉 You've finished reading 🎶𝕎𝕀ℕ𝔻 𝕌ℙ🎶 🄱🄱🄱 🄵🄰🄽🄵🄸🄲🅃🄸🄾🄽 🎉
🎶𝕎𝕀ℕ𝔻 𝕌ℙ🎶 🄱🄱🄱 🄵🄰🄽🄵🄸🄲🅃🄸🄾🄽Where stories live. Discover now