Memori

136 4 8
                                    

"Kita nak pergi mana ni, ibu?" soal Aira, ketika itu dia sedang berumur 6 tahun. "Kau tak payah tanya banyaklah. Ikut je," Puan Aziezah meninggikan sedikit nada suaranya. Aira terdiam. "Okey.." balasnya perlahan, tidak didengari oleh ibunya.

"Okeylah, saya dah nak balik ni. Terima kasih, ya," ucap Puan Aziezah kepada pengurus pusat asuhan tersebut, Cik Sakinah. "Ibu, Aira nak ikut ibu!" Aira yang masih tidak faham keadaan itu terus berlari keluar kembali apabila Puan Aziezah bergerak keluar dari pusat asuhan itu. "Tak payah... Kau duduk sini je. Tu ada orang jaga kau tu. Lagipun, aku ni bukan mak kau. Jangan nak panggil aku ibu," kata Puan Aziezah, kasar. Sebelum itu dia telah membuat tinjauan terlebih dahulu terhadap pusat asuhan tersebut. Memang dikhaskan untuk kanak-kanak perempuan sahaja.

Cik Sakinah berasa kasihan melihat Aira yang mahu mengikuti ibunya. "Aira, jom masuk dalam. Ibu dah nak balik dah tu," ajak Cik Sakinah, lembut. "Saya bukan ibu dia. Saya Puan Aziezah," tegas Puan Aziezah.

Cik Sakinah hairan. "Jadi, mana ibu kandungnya?" tanya Cik Sakinah. 'Takkanlah ini anak kawannya,' katanya dalam hati. Pelik. Nak tak nak, terpaksalah Puan Aziezah menceritakan segalanya kepada Cik Sakinah. "Baik, saya ceritakan kepada cik, tapi di ruangan peribadi. Aira, kau pergi masuk dalam," arah Puan Aziezah. "Okey, ibu!" balas Aira teruja sambil berlari semula memasuki pusat asuhan itu. Sangkanya, ibunya akan membawanya pulang sebentar nanti. "Baik, masuk bilik saya ya," pelawa Cik Sakinah. "Syeefa, tolong uruskan Aira ni. Bawa dia berjumpa kawan-kawan yang lain," pinta Cik Sakinah kepada rakannya, Cik Sheefa yang juga merupakan penolong Cik Sakinah. Tepatnya, penolong pengurus. "Okey.. sini, Aira," kata Cik Sheefa sambil tersenyum ke arah Aira. "Nak pergi mana?" tanya Aira ingin tahu. "Kita masuk bilik Aira nak? Cantik.. lepas tu Aira boleh jumpa kawan-kawan," Cik Sheefa cuba menerangkan kepada Aira. "Wah... Nak ikut!" balas Aira. Bersinar-sinar matanya apabila disebut kawan-kawan.

Aira ni memang peramah orangnya. Jika ada kanak-kanak perempuan yang belum dikenalinya, pasti dia akan bertanya khabar dan nama kanak-kanak perempuan. Puan Aziezah pula, walaupun dia tidak menyukai Aira, awal-awal lagi dia sudah pesan agar tidak bercakap dengan lelaki. Namun, seperti biasa, dengan 'cara'nya lah.

Puan Aziezah menceritakan segalanya, dari A sampai Z kepada Cik Sakinah. Kadangkala Cik Sakinah mempamerkan riak wajah terkejut apabila mendengar penjelasan Puan Aziezah.

"Masyaallah.. beratnya dugaan Puan," ucapnya apabila Puan Aziezah telah selesai menjelaskan segalanya. "Ya, saya tak nak hanya disebabkan dia, maruah keluarga saya tercalar. Saya pun sebelum ni tinggal di Australia. Tidak pernah saya menceritakan tentangnya kepada saudara-mara saya yang lain. Ini pun, baru lepas seminggu saya balik dari Australia. Saya dan suami sudah memutuskan untuk membiarkan dia tinggal di sini tanpa dia perlu berada dengan kami," tambah Puan Aziezah.

Cik Sakinah hanya mengangguk sambil menekur lantai. Mungkin ada permata di situ. Terselit di celah-celah habuk kecil, mungkin.

"Baiklah, saya sudah lambat ini. Saya mahu balik dahulu. Jaga budak tu baik-baik," kata Puan Aziezah lalu terus sahaja dia berlalu ke keretanya dan bergerak pulang ke rumahnya.

Hairan kan? Katanya dia tidak menyukai Aira, tetapi masih menyelitkan pesan, 'Jaga baik-baik'. Yalah, sebenci mana seorang ibu terhadap anak, dia masih tidak akan sanggup melihat anaknya mati. Sekalipun dia sering sahaja memukul Aira (macam cubit, tampar, or whatsoever), tidaklah sehingga tahap ingin membunuhnya.





"Aira, okey tak tu?" tanya Puan Aqeela, risau. Puan Aqeela merupakan ibu angkatnya. Aira sudah menyedari hal itu sejak kecil lagi. Namun, dia tetap berasa selesa dengan Puan Aqeela.

Puan? Siapa suaminya? Sebenarnya Puan Aqeela telah berkahwin dengan Encik Syafiq Sudah hampir 5 tahun mereka berumahtangga. Malangnya, Encik Syafiq telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya tepat seminggu sebelum hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5. Sudahlah Puan Aqeela masih tidak mempunyai anak. Kerana itulah dia mengambil Aira sebagai anak angkat.

Di pusat asuhan tersebut, ramai lagi kanak-kanak perempuan yang lain. Namun mengapa dia memilih Aira?. Hmm.. entahlah. Baginya, Aira ini lain daripada yang lain. Lagi-lagi setelah diceritakan kisah hidup Aira. Sebelum dibawa ke pusat asuhan.

"Aira masih ingat lagi ke pasal tu?" tanya Puan Aqeela, lembut. Sepanjang hidupnya, inilah soalan yang sering diulang. Sejak Aira berumur 13 tahun lagi. Maklumlah, waktu itulah mindanya dapat mencerna sebetulnya apa yang berlaku kepada dirinya. "Hmm.. ummi, Aira teringin nak jumpa ibu. Aira teringin nak jumpa ayah. Nak jumpa Aireen," katanya perlahan. Air matanya yang hampir menitis segera dikesat.

"Insyaallah, suatu hari nanti, Allah akan pertemukan Aira dengan ahli keluarga Aira. Aira jangan risau. Tapi, Aira jangan lupakan ummi, ya?" gurau Puan Aqeela, cuba menghiburkan hari dan hati Aira. (Aduhai.. dah macam dalam drama. >-< ) Walhal sebenarnya, dia benar-benar berharap begitu. "Insyaallah. Ummi baik sangat dengan Aira. Mana mungkin Aira akan lupakan ummi," balas Aira sambil tersenyum. Puan Aqeela turut tersenyum mendengar kata-kata Aira. "Eh, Aira dah sediakan semua barang, kan? Esok dah kena masuk kolej dah," kata Puan Aqeela apabila dia menyedari perkara itu. "Dah, ummi. Ummi jangan risau.. Insyaallah Aira akan okey di kolej nanti," balas Aira.










"Bye, ummi. Terima kasih untuk segalanya. Ummi doakan Aira dapat cemerlang,ya?" kata Aira setelah kereta Perodua Myvi Puan Aqeela sampai di Universiti Sains Islam Malaysia. "Ya.. Aira jaga diri elok-elok," pesan Puan Aqeela. "Okey.. bye ummi, assalamualaikum!" kata Aira setelah menyalami tangan Puan Aqeela. Puan Aqeela menjawab salam. Aira pun bergerak keluar dari kereta dan menuju ke arah universiti tersebut. Manakala Puan Aqeela terus memandu pulang ke rumah.

Sunyi juga dia. Hampir 10 tahun dia tidak merasa sunyi, tidak termasuk hampir 5 tahun bersama arwah suaminya, Encik Syafiq. (Bukan tidak termasuk GST, ya :P)

Kini, dia kembali sunyi. Sepi. Maklumlah, satu semester sahaja tempohnya hampir 4 bulan. Mananya dia tidak akan merindukan Aira sepanjang tempoh itu?

"Semoga dipermudahkan segala urusan Aira," katanya. Walaupun dia sedar, Aira tidak akan mendengarinya. Namun, masih ada Dia yang Maha Mendengar.




Aira memasuki biliknya. Masih kosong. Dia mengemas dahulu katil dan lokernya sementara menanti 'roommate'nya datang ke bilik itu.

"Siap pun!" Aira berpuas hati apabila telah selesai mengemas katilnya. Dia duduk sebentar di atas katil itu. Botol airnya dicapai lalu dia meneguk sedikit air bagi menghilangkan dahaga.

"Assalamualaikum!" seseorang memberi salam setelah mengetuk pintu. Aira tidak menutup pintu, menunggu rakan sebiliknya mungkin. Boleh jadi yang sedang mengetuk itulah rakan sebiliknya.

"Waalaikumussalam. Awak sebilik dengan saya ke? Selamat berkenalan," kata Aira kemesraan.

Perempuan itu tersenyum lalu memasuki bilik dan mengemas katil dan barang-barangnya.

"Emm.. saya Aira Zahirah. Nama awak apa?" tanya Aira setelah perempuan itu habis mengemas. "Aireen. Aireen Zafirah," balas perempuan itu ringkas. Entah mengapa, nama itu kedengaran 'familiar' baginya. 'Aireen... Dia ni ke?' Aira termenung seketika. "Eh, awak okey tak ni?" tanya Aireen apabila melihat Aira hanya diam sejak tadi.

Aira tersedar dari lamunannya. "Takde apa-apa lah. Cuma, nama itu buatkan saya teringatkan seseorang," balas Aira sambil tersenyum. Aireen hanya mengangguk. 'Ya Allah, jika benarlah ini Aireen yang ku cari selama ini, maka aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah,' bisik hati Aira.

--------------------------------------------

Assalamualaikum viewers and readers! Ok tak part ni? Baru mula buat, hehe. Btw, lepas ni Puan Aqeela tu perlu terus dibahasakan, 'kata Puan Aqeela' atau 'kata ibu angkatnya' atau 'kata umminya'? (Dialog bersama Aira sahaja). Do comment, okay? Jangan lupa vote! Hehe, thank you ☺️.

PulangWhere stories live. Discover now