magic room

38 6 16
                                    

"aku masih tak faham..." ujar czar pabila dia dan aero dah sampai ruang dapur.

aero toleh ke czar, "tak faham apa?" soal aero sambil mata melilau ke arah makanan, "korang makan udang mentah ka?"

czar mengangguk, "kekadang kami letak garam asli sekali- eh jap aku nak cakap benda lain tadi," dia paused sambil menarik kerusi untuk aero duduk tapi aero duduk di kerusi lagi satu, dengan awkward-nya duduk atas kerusi itu.

"aku tak faham kenapa kau boleh hang out dengan puteri-puteri tu when kau bukannya princess pun," kata czar sambil menghidang jasmine tea untuk aero.

jangan tanya macam mana boleh ada tea bagai.

"aku kawan dengan diorang lama dah and aku dibesarkan to protect princess eva even though selalunya eva yang protect aku. dan kami pergi sekolah sama so yea," terang aero sambil minum teh buatan dayang istana.

czar mengangguk, acah faham," ah begitu."

"so kau pulak? or tuan muda? what should i call you?" soal aero.

"tak perlu formal, just call me czar."

aero nods, "ok... so kau pulak, kenapa benci manusia?" tanya aero acuh tak acuh.

"eh bukan aku yang benci! sepupu aku yang benci manusia," cepat cepat dia mempertahankan diri.

"tapi kau and prince efren yang benci, i can see that," aero balas.

czar melepaskan keluhan kecil, "okay... aku tak benci manusia. aku just tak suka sifat korang yang merosakkan lautan kami," jawab czar jujur.

and she 'oof'ed, "that's deep."

"so betul la korang memang sengaja rosakkan lautan kami?"

"what? of course not! we love the ocean as much as you people do."

"habistu? kenapa buang sampah dalam laut? bunuh hidupan akuatik? lepaskan sisa toksik dalam laut? why?" soal czar bertubi-tubi.

tercyduk aero dibuatnya. dia kaget sampai menundukkan diri. bukan sebab takut tapi sebab dia perasan ada seaweed lekat kat pipi czar. kang tergelak nanti tiber dapat hukuman bunuh, naya dia.

leo diheret ke bilik rawatan sebab betis bengkak sikit. kuat betul vas tumbuk dia.

"jangan bagitau auntie apa yang aku akan buat ni," ujar vas sambil mengunci pintu.

leo cepat cepat cover dada dia dengan tangan, "woi woi, agak-agak la. kita baru jumpa kut," leo terkebil-kebil nak larikan diri.

vas tepuk dahi sendiri, "eh pompuan, aku nak guna magic heal bukannya nak ehem haa!"

malu leo dibuatnya. dia pun angguk-angguk aja, cover malu. dia duduk semula di atas kerusi lalu menunggu vas datang mendekati. vas meletakkan tangannya atas betis leo yang cedera before smirking.

"ready?"

"ready kau memang terselah miang muka tu," balas leo dengan muka tenuk.

vas rolled his eyes, "aish, aku la minah ni."

tanpa membuang masa, mulut vas terkumat kamit membaca mantera. leo terpesona pandang glitter keluar dari tangan vas. dalam sekelip mata, bengkak betis leo hilang membuatkan leo gasped sampai tersedak air laut.

"stop staring, you're drooling," kata vas membuatkan leo nak termuntah.

vas memandang jam tangannya lalu menarik leo mengikutnya, "it's time untuk tunjuk bilik korang."

pada tepat jam 6 petang, semua putera kumpul kesemua manusia di hadapan satu bilik. efren dan fae tiba paling lewat menyebabkan aurelio buat ceramah free.

"udah, udah. ok so bilik ni, aku buat bagi ada udara... means takda air BUT korang kena buka gelang yang ada kat pergelangan tangan tu sebelum masuk," ujar noah sambil menayang pergelangan tangan eva di sebelah.

"gelang tu bagi korang bernafas dalam air tapi kalau korang pakai luar air, korang takleh bernafas."

shi check gelang di tangan dia, "laa sejak bila benda ni ada sini?"

all the girls terus buka gelang sebelum ditolak masuk ke dalam bilik tu. it's like a portal so masuk tu tak guna pintu.

enzo jenguk kepala dia ke dalam bilik itu, "dalam almari putih tu ada baju yang xavier buat, pakaila tuan puteri sekalian."

eva mengambil salah satu baju tu dengan muka jijik, "baju mana kau kutip ni, beb."

"dalam rak tu ada makanan manusia yang kami jumpa dan ada empat katil king so aku harap korang selesa. bubye!" enzo mengabai komen eva lalu belah.

baru sahaja srikandi nak tukar baju, muncul kepala xavier pulak. cepat-cepat dia peluk silva bagi cover badan dia.

"ah sorry. kalau korang ada emergency just blow this shells," pesan xavier sebelum dia berambus.

"meh bakor kita bakor manusia ikan tu," cadang srikandi lepas sahaja tukar baju, "buat asam pedas."

eva menarik semua kawan dia untuk duduk dalam bulatan, "apa kata... kita goda diorang, amacam?"

semua pandang dia pelik.

"hell nah."

"ew, no."

"why?"

"kau makan udang mentah ek tadi? mereng semacam ja aku tengok."

eva tepuk dahi dia berkali-kali, "bukannya macam seduce bodoe. maksud aku like apa kata kita umpan diorang untuk bawa kita ke darat? macam acah nak give tour," terang dia sejelas jelas mungkin.

semua pun 'ooooh'

"ah, good idea. bijak jugak kau ni," perli silva. eva cuit ketiak silva.

"so tadi korang buat apa?" tanya aero.

fae mengangkat tangan, nak cerita dulu, "mula-mula efren macam nak tinggalkan aku kat ruang sampah, tapi maybe dia rasa bersalah so dia bawak aku pergi siber cafe. aku pikir siber cafe ada pc tapi rupanya ada game board instead. kecewa la sikit."

"then aku tanya dia asal dia benci manusia.... but dia tak jawab so imma guess dia suka judge a book by its cover haa," dia menamatkan cerita dengan lenggok tangan serupa kepochi.

"aurelio bawa aku pergi ladang ketam dan sotong," celah shi.

eva shrugs, "well... dia bawa aku pergi show. rupanya dia boleh nyanyi. aku ingat dia melalak ja."

"itula jangan di judge a book by its cover," fae mengulang lagi sekali satu- satunya idiom yang dia erti.

leo mengeluarkan ramen yang dia jumpa dalam rak, "FUYO ADA RAMEN GAIS!"

"AJUM MASAK!"

meanwhile freya tengah menikmati waktu relax dia di spa peribadi. dia tiber rasa lapar lalu bergerak ke ruang dapur untuk mencari paket ramen yang dia cilup masa dia pi darat.

mata dia terbeliak tengok rak tu kosong, "WOI MANA RAMEN AKU?!"

RoyaltyWhere stories live. Discover now