Bab 6

0 0 0
                                    

    Pulang saja sekolah,mereka terus berehat di katil masing-masing.Ada yang sedang ulang kaji,ada yang main telefon dan yang tidur .

"Weh,Ara.selamba badak je pagi tadi kau panggil cikgu Ayden tu pekak"kata Zikru bagi memulakan perbualan.
"Buat padan muka dia,aku panggil banyak kali sampai anak tekak aku ni sakit.Dia boleh buat blur jea"kata Ara yang masih ada nada kemarahan.
"Emm...engkau dengan cikgu Ayden tu ada apa-apa ke?"tanya Kyra,dari tadi lagi dia asyik berfikir untuk menanyakan soalan ini kepada Ara.
"What do you mean?"Tanya Ara.
"I mean kau ada apa-apa ke dengan cikgu Ayden , tiba-tiba bergaduh.And then,keluar perkataan'rumpai laut' " "and satu lagi masa cikgu Ayden cakap 'kau ni tak habis-habis panggil aku rumpai laut,muka aku ni macam rumpai laut ke'.korang pernah berjumpa ke sebelum ni"tanya Kyra panjang lebar siap ada pengulangan ayat Ayden lagi.yang lain hanya mengangguk kepala,ingin juga tahu cerita sebenar.
"Tak ada apa-apalah"dalih Ara.'biarlah rahsia'.
"Tapi kan aku tak sangka lah pulak cikgu Ayden tu garang orangnya"kata Intan.
"Tu laa korang.jangan menilai dari paras rupa"kata Kyra.
"Tu bukan ke lagu Faizal Tahir , assalammualaikum"tanya Zikru
Kyra memberi jelingan maut.
Zikru tersenyum sumbing.
"Korang,Ian sms aku ni,dia bagitahu pukul 5 petang ni ada latihan"kata Balqish.Namun mulut yang bercakap tapi mata tetap di skrin telefon nya.
"Ala...malasnya,Dahla malam ni aku nak main game dengan El"rungut Ara.,padahal malas nak bertemu muka dengan mamat rumpai laut tu.
"Yeke, padahal malas nak jumpa cikgu Ayden"kata Zikru.
'alamak kantoi,kau ni Zikru macam nujum Pak belalang.tahu- tahu je aku malas jumpa mamat tu'bisik hati Ara.
"Mana ada,lagipun memang aku letih la"kata Ara "lagipun malam tadi aku tak tidur la"sambungnya.
"Tak payah,bagi alasan.kau kena pergi jugak,kan hari Sabtu ni kita dah bertanding."kata Kyra.
"Yelah ,aku pergi "jawab Ara malas.
"Ara oh Ara"panggil Ain.
"Aku ada dalam dorm ni"sahut Ara.
Ain kini berada di hadapan pintu dorm Mariam.
"Kau ke yang menjerit macam mak cik - mak cik tadi"gurau Ara.
"Amboi mulut,laser nya"kata Ain.
"Suka hati aku lah,apahal kau cari aku?"tanya Ara.
"Your mother datang"kata Ain.
'nak speaking,tapi tak sampai habis'
"Eh, Ara.baru sehari kau tinggal dekat asrama,ibu kau dah datang melawat"kata Elyani yang baru bangun dari tidur.
"Itu namanya mak sayang ank"kata Ara.lantas mencapai tudungnya lalu melangkah keluar dari dorm.

Ibunya yang sedang membuka mangkuk tiga tingkat itu dihampiri.pipi ibunya di cium.
"Rindunya dekat anak dara ibu ni"luah puan Amera.
"Aik....baru sehari Ara duduk asrama,ibu dah rindu"kata Ara "ibu datang sorang je ke?abang Riss mana?"tanya Ara.
"Ada,dia pergi kedai kejap"kata puan Amera.
"Ibu bawak apa ni?wanginya bau"tanya Ara.
"Ibu bawak makanan kegemaran Ara.Nasi ayam"kata puan Amera.
"Emm... sedapnya"kata Ara "banyak nya ibu bawak"
"Ibu bawak lebih ,nak Ara kongsi dengan kawan-kawan."terang puan Amera.
Ara hanya menganggukkan kepala sambil kedua-dua tangannya menutup mangkuk tiga tingkat itu.
"Terima kasih daun keladi,kalau boleh bawaklah lagi"kata Ara."tak da lah, Ara gurau je"sambungnya.takut juga kalau ibunya betul-betul datang bawak makanan hari-hari.
Kringgg!!!
Loceng asrama berbunyi tanda waktu riadah.
"Ibu balik dululah,lagipun Abang Riss day datang tu"kata puan Amera yang sudah bangun dari tempat duduknya.
Idris menghampiri mereka.
"Jom kita balik, Riss"ajak puan Amera.
"Laa...dah nak balik ke. Riss baru nak bermanja dengan adik kesayangan Riss ni"kata Idris . Kepala adik tirinya digosok lembut. Habis senget tudung yang Ada pakai.
'kalau ye pun adik kesayangan ,tak payah la gosok kepala aku macam tu.Habis senget tudung yang aku pakai'
"Habis Rien dengan Ika nak balik dengan apa?"tanya puan Amera.
"Haah...lupa pulak dia orang ada kelas kafa"kata Idris yang masih menggosok lembut kepala Ara.
'sampai esok ke nak gosok kepala aku ni'
"Ara ibu balik dulu ye"kata puan Amera, anaknya dipeluk erat.
"Yelah"jawab Ara selepas melepaskan pelukan "abang Riss,bawak kereta elok-elok tau"pesan Ara. Idris hanya mengganguk kepala.
Puan Amera dan Idris melangkah ke kereta. Mereka sempat melambaikan tangan ke arah Ara sebelum masuk ke dalam perut kereta.
Ara melangkah ke pintu utama asrama. Tiba-tiba dia rasa seperti lupa sesuatu.
"Alamak ,tak mandi lagi.lrpas ni ada latihan"guman Ara,lantas berlari mendaki anak tangga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 25, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

my soulmate is my teacherWhere stories live. Discover now