✿Epilogue✿

934 94 53
                                    

14 tahun kemudian

"Cepatlah! Cepatlah!" Bising si kakak selepas Kim Gangtae tidak habis-habis keluar lambat.

Remaja lelaki yang sudah berusia 16 tahun menggulingkan matanya menyampah.

"Bisinglah kau, kalau tak sebab papa rampas kunci memang taklah aku nak balik dengan kau" Balas Gangtae sebaik sahaja pintu kereta kakaknya ditutup kasar.

"YAH! Rosak kereta ni dengan aku sekali tak boleh pergi sekolah!" Bising Gaeun.

Wajah mengejek sudah ditunjukkan si adik. Bebola mata diputarkan Gaeun. Sebaik sahaja signal diberi, perkarangan sekolah adiknya mula dipandu keluar.

✿✿✿

"Dah tengok?" Soal Taehyung sebaik sahaja bilik tidur yang dikongsi isterinya ditapak masuk. Gabriela yang tadinya sedang mengeringkan rambutnya itu menoleh memandang wajah Taehyung.

"Apa tu?" Soal wanita itu meletakkan pengering rambutnya di atas meja solek.

Sebaik sahaja kotak bersaiz sederhana dan sepucuk surat di dalam sampul coklat diberalih tangan, raut wajah wanita berubah.

Wajah suaminya kembali dipandang. Angin keluhan dilepaskan Taehyung.

"B-Buang kotak..."

"Tak perlu"

"Eun kena tahu ni. Eun perlu dan berhak tahu" halang Taehyung memegang tangan Gabriela yang ingin membuang kotak dan surat itu.

Laju Kepala wanita itu menggeleng.

"Macam mana kalau dia benci awak. Macam mana kalau dia benci saya sebab tipu dia selama ni..."

"Tipu apa ma?" Potong Gaeun yang sudah memasuki ke dalam bilik ibu bapanya selepas Taehyung memanggilnya untuk naik sebentar tadi.

"Sayang..."

"Tak ada apa" potong Gabriela mengukir senyumannya. Surat tadi cepat-cepat dimasukkan ke dalam kotak dan diletakkan ke lantai.

"Tak ada apa? Huh?" Hairan Gaeun.

Mulut Gabriela ditutup Taehyung menggunakan tangannya. Kotak bersaiz sederhana yang sudah berada di atas lantai itu diambil dan diberikan kepada Gaeun.

"Ambil selama mana kamu nak faham semua benda ni. Apa-apa panggil kami ya?" Lembut sahaja tutur Taehyung semasa Gaeun menerima kotak itu.

"Apa ni?" Soal gadis itu masih lagi hairan.

"Semua kebenaran? But promise you won't hate us ok?" Balas Taehyung mengukir senyuman tipis sebelum mulutnya diketap.

Kepala diangguk Gaeun faham. Sebaik sahaja gadis itu meminta diri.

Air mata Taehyung jatuh.

Deras.

Birai katil menjadi tempat dia melabuhkan punggung. Wajahnya sudah ditekup.

✿✿✿

Birai katil menjadi tempat Gaeun melabuhkan punggungnya. Kotak bersaiz sederhana yang diberi bapanya sebentar tadi dibuka.

[𝐂] Baby Girl- KTH ft. JJKWhere stories live. Discover now