Jeongwoo POV
Kaki mengatur langkah yang lemah menuruni tangga. Seratus peratus tiada semangat langsung untuk meneruskan hari ini.
Kenapa?
Ok aku tahu aku takde lah rapat sangat dengan jinyoung untuk nak bangkitkan isu ni. Tapi aku still ade sifat kasihan. Sifat simpati dalam diri aku.
"Hyunsuk hyung!! Ppalli" hyunsuk yang tengah berlari turun tangga sambil tengah pakai stokin. Sempat lagi dia ambik roti bakar yang ada diatas meja.
Aigoo boyfriend sapa ni. Sila kutip.
"Cepat lah hyung. Jinyoung hyung dah tunggu aku lama dah ni" jam dipergelangan tangan sekali lagi ditilik. Alamak! Aku dah lambat.
"Kajja kajja" bahu aku ditolak masuk ke dalam kereta.
Skip.
"Mianhae hyung. Aku lambat ke?" Nafas ditarik tercungap cungap. Mana taknya. Turun je kereta aku terus lari naik TANGGA. Tak kuasa aku nak tunggu lift lembap tu.
"Anii. Deadline hyung lagi sejam" automatik kepala aku menoleh ke arah jam didinding yang menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari.
Tepat pada pukul 1 petang. Jinyoung telah buat keputusan yang dia ingin jalankan pembedahan tersebut. Pembedahan untuk membuang darah beku yang sudah pon merebak didalam kepalanya.
Eunji masih tak tahu tentang hal ni. Hanya aku, mama dan hyunsuk sahaja yang tahu. Member yang lain juga tidak tahu tentang ini.
Hari ni hari minggu, jadi member yang lain berada di dorm untuk berehat. Mama pula sedaya upaya meluangkan masanya dengan eunji untuk tarik perhatian gadis tersebut supaya dia tidak datang melawat jinyoung secara mengejut.
Bukan sengaja kami semua buat ni. Tapi ni semua arahan jinyoung. Dia tak nak eunji sedih lagi macam hari tu.
Skip.
Dah hampir 5 jam aku dan hyunsuk menunggu di hadapan bilik bedah yang mana jinyoung sedang dirawat. Haish kenapa lama sangat. Tolong lah jangan jadi apa ii.
Hyunsuk menggengam kedua tangan aku.
"Sokay jeongwoo. Kau tak payah fikir banyak sangat. Kita doa je yang jinyoung akan selamat, okay?" Matanya aku tatap dalam.
Hyunsuk tipu. Dia sendiri nampak risau. Mata dia jelas menunjukkan yang dia tengah banyak berfikir. Mata tak pernah menipu.
'klak' (ehh aku tak reti sia buat bunyi pintu)
Serentak aku dan hyunsuk memandang doktor yang keluar daripada bilik pembedahan yang menempatkan jinyoung tadi.
"Keluarga woo jinyoung?"
Baru aku nak bangun, seseorang telah pon berlari ke arah doktor tersebut dengan mata yang dibasahi air mata.
Aku rasa korang boleh agak dia siapa.
Aku berdiri disampingnya. Bahunya dipegang. Yelah mana tahu dia buat hal tetibe pengsan kang sape nak tanggung.
Tapi ni kan hospital? Eh pape jelah.
"Jom ikut saya. Ada bende yang saya nak sampaikan." Doktor tersebut berkata kepada eunji.
Eh doktor ni. Terang lagi bersuluh dia nampak eunji macam orang mati laki. Boleh pulak diajaknya. Kang meraung mula lah doktor gelabah.
"Takpe doktor. Biar saya pergi." Hyunsuk memandang tepat ke dalam mata eunji. Puncak kepala gadis itu dielus lembut.
"Eunji. Duduk sini dulu okay? Biar aku yang ikut doktor. Aku tahu kau still tak bersedia nak tahu tentang condition jinyoung." Mata hyunsuk memberi isyarat supaya aku membawa eunji ke ruang menunggu.
YOU ARE READING
Destiny✨ || PARK JEONGWOO
Fanfiction"cause you are my destiny" I promise everything's gonna be okay. ◉start: 22 december 2021 ◉end: molla ✿parkjeongwoofanfic [discontinued]