Tangan kanan Luqyana sibuk mengambil keropok untuk makan manakala tangan kirinya pula memegang buku novel bertajuk 'Bismillah, Assalamualaikum Crush!'
"Wardah menjerit untuk meminta pertolongan apabila dia terjatuh ke dalam sungai, TOLONG TOLONG! Tiba-tiba, seorang lelaki terus terjun ke dalam sungai tersebut untuk menyelamatkan Wardah. Ish ni mesti si Farhan yang datang ni. Macho betul dia ni alahaiii!" omel Luqyana sendirian. Mana taknya, Farhan Qayyum, watak utama dalam novel tersebut merupakan antara lelaki idamannya. Badboy di luar namun sweetnya sangat luar biasa terhadap Mawardah iaitu watak utama wanita di dalam kisah itu.
Tiba-tiba pintu bilik Luqyana diketuk. Pintu bilik itu ditolak perlahan dan terpampang wajah ibu Luqyana, Puan Nuha.
"Yana sayang. Jom pergi sekolah. Dah pukul 6.50 pagi ni" ajak Puan Nuha.
"Uish ibu. Awal betul nak keluar. Ibu ada apa-apa hal dekat pejabat?" soalnya pelik. Selalunya dia akan ke sekolah pada pukul 7.15 pagi memandangkan sekolahnya hanya berdekatan sahaja dengan rumahnya.
"Eh taklah. Ibu dah janji dengan ayah Yana nak breakfast sama-sama lepas hantar Yana nanti"
"Ibu.. mana aci.. Yana pun nak jumpa ayah" balasnya sambil membuat wajah simpati. Mana taknya, ayahnya yang sibuk sebagai pakar bedah sering berada di hospital dan jarang pulang ke rumah. Kelmarin langsung dia tidak melihat kelibat ayahnya.
"Aci dekat India. Hoho" balas Puan Nuha. Seronok benar dia melihat wajah merajuk anaknya itu.
"Ei ibu ni!"
°°°
"Abang-abangku yang dikasihi sekalian! Bangunlah solat Subuh! Dah pukul 7 dah oi! Nak Subuh gajah ke apa?" marah seorang gadis berbaju sekolah lengkap di hadapan pintu bilik abang kembarnya. Ini kalau aku guna mikrofon pun, belum tentu lagi budak dua orang ni nak bangun.
"Diam la Wawa. Memekak je kerja" balas salah seorangnya.
"BANGUNLAH ABANG-ABANGKU SEKALIAN! SESUNGGUHNYA SOLAT LEWAT ITU AMATLAH DIMURKAI OLEH ALLAH SUBHANAHUWATAALA!" jerit Wawa lagi sambil mengetuk pintu berkali-kali. Seronok betul kacau abang-abangnya.
Salah seorang abangnya bangun daripada baring dan menuju ke bilik air dalam bilik mereka. Dah penat dengan perangai adiknya yang seorang ni. Aku syak dia telan mikrofon time baby dulu.
"Hah! Angah! Tak nak bangun ke? Along dah bangun tu" soal gadis itu.
"Sis, utamakan yang tua dahulu." ujarnya lalu sambung tidur kembali.
"Kau tu lambat 5 minit je keluar. Poyo betul. Dah la. Wawa pergi sekolah dulu. Tata anak-anak sekalian! Wawa jealous tahu bila korang tak pergi sekolah harini, tunggulah esok. Wawa buli korang" balas gadis itu lalu menutup pintu dengan kuat hingga magnitudnya mampu merobohkan rumah itu.
"HAWA WARISSA!!!" jerit abang keduanya membuatkan Wawa tergelak kecil.
°°°
Kringgg
Luqyana tercari-cari sahabatnya yang sedari tadi tidak nampak batang hidungnya di tapak perhimpunan. Haih, member aku ni, kalau tak datang lewat memang tak sah. Cubalah contohi aku ni yang sangat rajin datang awal ke sekolah pada setiap hari.
"Luqyana! Putri Luqyana binti Megat Luqman! Saya disini! Sahabatmu sehidup semati!" jerit seseorang dari jauh. Ini seorang lagi yang kaki drama seperti Luqyana. Dua-dua masuk air. Hmm baguslah.
Luqyana memusing ke belakang melihat gerangan manusia yang memanggilnya. Dia tahu gadis itu ialah Hawa Warissa. Tapi kena la acah drama jugak kan. Kena pusing slow slow. Ni kalau ada angin lagi ni. Mantap!
Oh satu lagi. Budak sekolah aku ni selalu kecelaruan identiti. Diorang tak pernah tahu yang nama aku ada Cinta. Putri Cinta Luqyana. Aku tak tahu kenapa. Ah tak kisahlah. Tak boleh main cinta cinta dekat sekolah ni bak kata ibu aku. Eh tapi kenapa parents aku namakan aku begini? Entahlah. Gue juga enggak tahu.
"Lambat betul kau datang harini, kejutkan kucing bangun pagi ke?" soal Luqyana.
"Haah. Dua-dua ekor pemalas. Geram aku"
"Rilex sis rilex. Hidup kena ada drama. Kau bayangkan je kucing-kucing kau baru lepas berperang semalam sebab ada makhluk asing mengganggu rumah kau" ujar Luqyana.
Wawa mengangguk. Ye tak ye jugak kan. Eh tapi rumah aku mana ada kucing? Ke aku tak pernah bagitahu Luqyana bahawa aku ada abang kembar? Entah la. Aku pun tak ingat. Tak penting pun makhluk dua ekor tu.
"Shh jangan bersembang. Majlis dah nak mula" tegur seorang pengawas.
Luqyana dan Wawa serentak mengunci mulut mereka. Hanya mata mereka yang saling berbicara.
°°°
Hai dan assalamualaikum. Thanks sebab sudi membaca. Awal-awal lagi ni, memang baru nak panaskan otak dengan idea2 baru. So sabar jap. Nanti saya akan cuba memanjangkan lagi untuk chapter2 berikutnya😂
Vote lah untuk saya ❤️
YOU ARE READING
Bismillah, Assalamualaikum Crush!
Teen FictionKisah Putri Cinta Luqyana, gadis 17 tahun yang tergila-gilakan novel 'Bismillah, Assalamualaikum Crush!', cuba mengadaptasikan kisah itu di dalam kehidupan sebenarnya. Namun, jangkaannya melosot apabila kisah yang berlaku di dalam hidupnya langsung...