EIDLINA MEMBUKA matanya memandang sekeliling. Biliknya gelap dan hanya diterangi lampu kecil di tepi katilnya. Dia memandang ke arah sofa dan melihat Adreand sedang lena dibuai mimpi. Dia memandang jam di dinding yang sudah mengganjak pukul 2 pagi. Seumur hidupnya dia tidak pernah tidur selama ini. Tiba-tiba perutnya berbunyi minya diisi. Niatnya tidak mahu mengganggu Adreand sedang tidur, tetapi dia terpaksa bangunkan Adreand kerana dia lapar. Dari pagi tdi lagi sebutir nasi belum masuk ke dalam mulut.
"Ean. Ean."panggil Eidlina. Namun suaranya tidak cukup kuat untuk membangunkan Adreand dari tidur. Dia tidak tahu bagaimana lagi cara mahu bangunkan Adreand. Nak kuatkan suara, tak larat. Takkan dia nak tunggu sampai pagi nanti. Mati kebulurlah dia nanti. Nak tak nak, dia kena gagahkan juga.
"Ean. Ean, bangunlah, aku lapar ni? Ean bangunla."panggil Eidlina dengan suara sedikit kuat berbanding tadi. Adreand bergerak sedikit, namun dia menyambung tidur balik. Eidlina mengetuk-ngetuk almari kecil yang berada di sisi katilnya untuk membuat bising agar Ean bangun. Namun tidak juga menjadi. Tidur mati ke apa mamat ni? Eidlina tidak mempunyai pilihan dia duduk dari baringnya, lalu cuba untuk menolak kerusi di tepi katil.
Bedebush. Kerusi tersebut terbalik dan pada masa yang sama, Adreand terkejut bunyi tersebut cepat-cepat berdiri dan melihat sekeliling. Dia melihat Eidlina yang sudah sedar dari tidur yang lama.
Adreand mengosok-gosok matanya yang masih lagi mengantuk. Da mendekati katil Eidlina, lalu mengangkat kerusi yang terbalik tadi. Dia duduk di atas kerusi tersebut. "Kau ker yang tolak kerusi ni?"soal Adreand
"Hmm. Aku dah panggil banyak kali, tapi kau tak bangun pun. lepastu aku ketuk almari ni pun kau tak bangun. Jadi aku terfikir untuk tolak kerusi ni biar kau bangun. Bukan main lagi aku tengok kau terkejut beruk. Terus berdiri."ujar Eidlina lalu ketawa kecil. Adreand senang melihat Eidlina sudah ketawa.
"Kenapa kau pandang aku macam tu."soal Eilina apabila perasan ang Adreand memandangnya tak berkelip.
"Aku suka tengok kau ketawa. Comel sangat."puji Adreand. "Hah? Ada apa kau kejutkan aku. Dahlah aku baru aje tidur. Kau pulak kejut aku. Ada apa?"soal Adreand
"Ean. Aku lapar. Dari pagi tadi lagi aku tak makan."jawab Eidlina sambil memegang perut.
"Isy, kau ni, menyusahkan aku betullah, mana nak cari makanan, pagi-pagi buta ni? Semua kedai dah tutuplah. Tunggu ajelah esok."
"Lambat lagi pagi esok. Aku dah lapar sangat ni. tolonglah. Kau kata kau kawan baik aku. Kawan baik kenalah tolong kawan dia yang dalam kesusahan."bodek Eidlina sambil buat muka comel.
"Yelah yelah, aku pergi cari makanan untuk kau kejap. Kau nak makan apa?"
"apa-apa je. Kalau tak jumpa, kau belikan aku McD ajelah."
"Hmm."
LEBIH KURANG 45 minit, Adreand kembali bersama dua beg plastik ditangannya. Dia pergi ke pantri yang terletak di dalam wad tersebut lalu menghidang makanan yang dibeli tadi.
"Aku belikan kau bubur McD dengan ayam goreng."ujar Adreand.
"Thank you, Ean.
"Hmm, sama-sama."
Adreand membuka bungkusan berisi burger.
"Kau tak nak sambung tidur semula ker, Ean? Tadi bukan main lagi marah aku kacau kau tidur."ujar Eidlina pelik apabila Adreand turut menjamu selera.
"Kaulah pnya pasal. Aku baru je nak diet. Tapi bila kau bangunkan aku lepastu belikan makanan untuk kau, aku jadi lapar. Kau musnahkan diet aku."
"Alah sorrylah. Aku mana tahu au tengah diet. By the way, bagus juga kau makan sekali. tak lah aku makan sorang-sorang tengah pagi-pagi buta ni."
Mereka berdua menikmati makanan bersama. Selesai makan, Adreand membasuh pinggan dan cawan yang digunakan tadi.
"Errrgh. Alhamdulillah."ucap Eidlina yang kekenyangan.
"Eee.. kau ni. Tak sopan langsung. Dahlah sendawa kuat. Depan aku pulak tu. Tak boleh ke kau cover skit sendawa kau tu?"
"Suka hati akulah nak sendawa kuat mana pun. apa masalah kau?"
"Malaslah aku nak ayankan. Lagi bagus aku sambung tidur balik. Sekarang ni baru pukul 3.45 pagi. Sempat lagilah aku tidur. Kau jangan kacau aku lagi."ujar Adreand lalu menutup lampu bilik. Belum sempat dia baring atas sofa, Eidlina panggil namanya.
"Apa lagi kau nak? Belum sempat aku baring lagi kau dah kacau aku. Kau memang tak boleh hidup eh kalau tak kacau aku sehari?"marah Adreand.
"Alah, sorrylah. Aku just nak tanya kau mana phone aku. Tu je."
"Phone kau ada dekat dalam laci almri tepi katil tu."jawab Adreand. "Dah jangan kacau aku lagi. Kalau kau panggil lagi au, aku tak nak layan."kata Adran lalu dia baring dan memejamkan matanya yang mengantuk itu.
JAM 7.30 pagi, Mak Kiah sampai di hospital bersama bekal makanan untuk Eidlina. Saat dia masuk ke dalam bilik Eidlina, dia melihat Eidlina dan Adreand sedang lena di buai mimpi. Dia menggeleng melihat sikap mereka berdua. Mak Kiah meletakkan bekal makanan di atas meja lalu mendekati Adreand.
"Ean, bangun. Dah pukul 7.30 dah ni. Bangun pergi balik, mandi."kejut Mak Kiah sambil memukul lembut peha Adreand.
"Mak Kiah? Awalnya sampai."ujar Adreand sambil menggosok matanya yang masih mengantuk.
Eidlina terjaga dari tidurnya apabila terdengar suara Mak Kiah. Eidlina jenis yang senang terhjag kalau ada bunyi bising. Tak macam si Adreand. Kalau gempa bumi berlaku pun belum tentu lagi bangun.
"Mak Kiah."panggil Eidlina.
"Eid dah bangun?" Mak Kiah mendekati katil Eidlina lalu duduk di birai katil.
"A'ah. Awalnya mak Kiah sampai."
"Mak Kiah saja aje datang awal. Eid, nak makan? Mak Kiah ada bawakkan bubur ayam untuk Eid."
"nak. Lama tak makan bubur ayam Mak Kiah masak."
"kejap, Mak Kiah hidg."kata Mak Kiah lalu melangkah ke arah pantri lalu mengambil mangkuk. "Ean, pergilah balik dulu. Pergi bersihkan diri. Biar Mak Kiah jaga Eid pulak."
"Okey, Mak Kiah. Ean balik dulu ya."pamit Adreand lalu melangkah keluar. Namun kakinya terhenti saat Eidlina memanggilnya.
"Kau datang balik tak nanti?"soal Eidlina.
"Tengoklah dulu. Kalu aku rajin aku datang. Kalau aku malas aku tak datanglah. Kenapa?"
"Saja tanya.Satu lagi, kau temankan aku malam ni lagi boleh?"
"Isy kau ni. Malam tadi kan aku dah teman kau."
"Alah, bolehlah Ean. Kau kan kawan baik aku. Please?"
"Tengoklah macam mana. Aku tak janji. Bye."ujar Adreand lalu keluar dari bilik Eid.
Selang beberpa minit, seorang jururawat wanita masuk bersama troli yang berii beberapa perlatan.
"Assalamualaiku, saya nak buat check-up, boleh?"
"Waalaikumussalam. Boleh."
Jururawat itu memeriksa suhuhu badan Eidlina dan tekanan darah.
"Suhu Cik makin turun, tapi masih lagi demam dan tekanan cik normal."ujar jururawat itu penuh berhemah. "saya minta diri dulu ye."kata jururawat itu setelah selesai menjalankan tugas.
"Nah, ni bubur ayam"hulur Mak Kiah.
"Terima kasih, Mak Kiah."ucap Eidlina lalu menyuap suapan pertama.
*korang yang baca ni ringan-ringankanlah jari tekan vote ya...
#pleasemynewnovel
YOU ARE READING
TAKDIR YANG HARUS KU TERIMA
RomanceHANNA EIDLINA merupakan kawan baik kepada AYDEN ADREAND sejak kecil lagi. Sifat Adreand yang penyayang itu lama-kelamaan membuatkan Eidlina jatuh cinta kepadanya dalam diam. "Ean, aku penatlah."-EIDLINA "Asal? Baru balik dari workout...