Dongeng 6

326 19 0
                                    

Jam 9.00 malam, Skyfields Country Resort

"Assalamualaikum, Rubyyyyy. Apa khabar? Sihat? Makin cantik kau ye,pakai Qu Puteh ke? Hahahah",ramah Puan Maryam.

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah Yam,sihat. Ishh takda la. Air wuduk je.",jawabnya sopan.

"Amboi,sentap aku. Hahaha . Ni la anak aku,Zara Qaisara. Last kau jumpa time tu dia baru darjah 6 .",terang Puan Maryam ,detail lagi.

"Yeke? Ya Allah,da besar panjang da anak dara ni. Meh la jemput masuk",jawab Datin Ruby ceria bukan main.

Aku pun menyambut tangan Datin dengan lembut dan mencium tangannya  sebagai tanda hormat.

"Cantik,sopan je anak kamu ni Yam.",puji Datin tak habis habis.

Aku kat situ asyik mengembang je dengar Datin tu tak habis habis memuji. Rasanya nak terkoyak dress kembang yang aku pakai ni. Rasa macam tak cukup kembang je baju ni bila kene puji melebih lebih camtu. Aku hanya mampu tersenyum.

Aku dan ibu pun dijemput duduk di atas sofa Datin sebelum menunggu bibik menyiapkan rendang kambing panas. Amboi,empuknya bukan main. Rasa macam nak tertenggelam ala ala kapal titanic tenggelam aku dibuatnya.

Tetiba,aku teringat yang phone aku tertinggal dalam kereta. Nanti tak pasal pasal kereta tu kene rompak pulak nanti.

"Err bu,nak amik phone dalam kereta la. Tertinggal la,,cammana ni?",tanyaku risau.

"Amik jela,kau cakap dengan ibu apa guna. Memang ibu ni Fantastic 4  tangan panjang nak pi bukak pintu amikkan fon kau?",seloroh ibu.

"Eh ibu ni,tak lawak ye. Meh sini kunci?",aku menghulur tangan.

Ibu memberi kunci dan meminta izin kepada tuan rumah untuk mengambil barang sekejap,biar nampak sopan gituh.

"Mana phone ni, ha ni dia",bebelku.

"Macam nak bukak twitter jap je,heheheeh... sekejap je.. ",desis hatiku.

Aku pun pergi la ke taman flora Datin yang dipenuhi bunga bunga segar yang pelbagai warna. "Pandai nya Datin hias",puji ku.

Aku pun berhenti di depan kolam ikan Datin yang agak luas itu. "Siap ada jambatan lagi kolam ikan ni. Advanced !" Pujiku lagi.

"Ni sapa letak kasut tepi kolam ni,kalau jatuh padan muka!",bebelku lagi.

*check twitter *

Direct message :

PE : ukhti ni kelakar la hari ni,selalunya ada je nak soal. Tapi hari ni,you really act weird. Btw,you look cute hahahaha

"O MAI GADD, dia puji aku ke ni,biar betul ni? Bestnyaa!",senyumku sendiri macam orang gila.

"Balaslah"

Qaisara : Hahaaa.. takde la,hari ni takde idea nak tanya apa. Soalan cepu emas yang muncul ,so tu je la yang ditanya..hehehe..

"Dia balas,dia balas",getusku gembira.

PE : hahaha..lawak la ukhti ni,nah la . Amik number saya ni,senang sikit nak wasep. Saya lepas ni rasanya da kurang nak bukak twitter da. Nak fokus kat blog je. Kalau ukhti free ,wasep je la saya ye. 0129876543


"Nom nom nom borrrrr~",terketar ketar aku dibuatnya.

"Ya Allah ,bestnyaaaaa.. impian aku tercapai Ya Allah. Meroyan aku dibuatnya ni.",terkinja kinja aku kat tepi kolam ikan tu. Sekali tengok macam beruk dapat gula,dua kali tengok da macam orang gila dapat seringgit.

Tanpa Zara sedar,time Zara terkinja kinja tu. Dia tersepak terus sebelah kasut yang terletak cantik ditepi kolam itu terus kedalam kolam dan TENGGELAM. Zara pun kalut,saat dia pusing ke belakang untuk lari dari tempat kejadian ,tetiba terpacak seorang jejaka yang berbadan sedikit tegap ala ala Fahrin Ahmad di belakangnya.

"Oh mak kau Fahrin Ahmad encem !",melatahku ,buruk giler bunyinya.


Jejaka tu ternganga bukan main,muka dia nampak terkejut. Macam nampak momok tiga hidung pon ada jugak rupa terkejutnya tu.


"Aku ni cantik sangat ke sampai dia ni ternganga macam mintak suap nasi ambeng",monologku sendiri,perasan pulak tu.

Tetiba,jejaka tu pun berjalan perlahan lahan mendekati kasut yang hanya tinggal sebelah sahaja di tepi kolam tu.

"Omg,sekarang baru aku paham kenapa dia ternganga. Mati aku",desis hati mula tak keruan.

"Wei perempuan,kau sepak kasut aku dalam kolam tu kenapa ha ?!",herdik jejaka tu garang gila.

"Err,mana ada.",mengaku ku walaupun ia tak benar.

"Kau ingat aku buta,kau terkinja kinja macam orang gila pastu kau selamba je sepak kasut kesayangan aku masuk kolam. Kau ingat aku tak nampak ?!",marah jejaka tu.

"Eh ,aku tak sengaja la. Lagi pon tu kolam ,bukan takleh amik balik,bukan dalam sangat pon kolam tu. Ish kau ni!",marahku sebab di herdik sebegitu rupa,sentap tau.

"Wei,ni rumah aku. Ni kolam aku. Aku tau kolam ni di buat macammana,kolam ni dalam tau. Sebab tu la aku marah,kalau cetek aku tak memekak la!",hilang terus kesabaran jejaka ni.

"Eleyh,berapa ringgit kasut kau tu. Biar aku ganti la,kecoh la kau ni.!",marah ku balik kepadanya.

"Woii,kasut ni limited edition tau. Dalam dunia ni,kasut ni ada 10 je tau,and ive got one of it. Benda ni da tak jual da tau,macam mana kau nak ganti balik ha? Jawab la?",marah betul jejaka tu. Sampai merah padam mukanya.

*tertelan sudu*


Erk,10 je dalam dunia? Da sah sah aku tak dapat beli,dah pulak tu harganya mesti la mahal gila sebab ada 10 je dalam dunia. Mamat  ni da marah giler ni,macam mana ni?

#imdead


Dongeng Itu AkuWhere stories live. Discover now