"Mama kene bagitau Adra kalau nak guna kereta. Nanti Adra akan lambat kalau naik bas" kata Adra pada Puan Hania melalui call.
Adra ternampak lelaki dalam mimpinya menuju ke arahnya
"Mama, mama. Lelaki tu!! Lelaki dalam mimpi Adra tu" kata Adra
" Cik, boleh awak duduk di sana?" Soal seorang pelajar yang menunggu bas juga.
Adra hanya menurut.
"Adra tak boleh jatuh cinta padanya okey? Adra letak phone dulu tau . Bye sayang mama" kata Adra sambil menutup phone nya.
'bawa bertenang'
'aku tak boleh berminat kat dia'
'tak minat langsung'
Bisik Adra di dalam hatinya.
Thaqif mengambil duduk di sebelah Adra sambil menunggu bas gilirannya sampai.
'kenapa dia duduk sebelah aku?'
' Ada tiga ruang di kiri dan empat ruang di kanan aku' bisik Adra sambil melihat tempat duduk disekelilingnya.
'kenapa dia duduk di sebelah aku sedangkan ada banyak ruang?'
Thaqif mengalihkan pandangan ke arah Adra yang kelihatan seperti tidak selesa.
'Dia nak memikat aku?'
'tidak, jangan memandai-mandai'
'jangan malukan diri sendiri , Adra'
Adra mengalihkan tempat duduk di sebelah nya supaya tidak terlalu dekat dengan Thaqif.
Thaqif melihat Adra mengalihkan tempat duduk seolah olah Adra ingin jauh darinya. Thaqif juga melakukan hal yang sama seperti Adra.
'dia ikut aku?'
'aku taknak memandai mandai atau malukan diri ye'
Adra mengalihkan tempat duduknya lagi dan Thaqif juga melakukan hal yang sama.
'dia datang dekat dengan aku lagi'
'kalau cuai,aku akan bertukar jiran kepada perempuan yang dia kenal. Lepas tu , aku akan menjadi kekasih dia'
Fikir Adra lagi. Adra terus bangun dari tempat duduknya dan pandang ke arah Thaqif .
Thaqif juga bangun dari tempat duduknya dan pandang ke arah sekumpulan pelajar.
" Saya tak berminat dengan awak"kata Adra pada Thaqif.
" Ada ruang untuk awak duduk sekarang"kata Thaqif ke arah sekumpulan pelajar tersebut.
Lantas Thaqif memandang ke arah Adra.
"Apa kau cakap ni?" Tanya Thaqif pada Adra.
"Biar betul?"
"Dia fikir lelaki tu cuba pikat dia?"
Adra mendengar sekumpulan pelajar bisik ke arahnya. Adra hanya mendiamkan dirinya.
'ishhh maluuuuuu'
Tak lama setelah itu , ada sebuah bas berhenti di situ. Lantas Adra menaiki bas tersebut.
"Cik , awak patut naik bas di seberang jalan. Hentian seterusnya hentian terakhir" kata pemandu bas pada Adra.
"Saya tahu. Tak boleh ke naik bas sebelum hentian terakhir?" Tanya Adra .
Dia perlu segera beredar dari situ kerana dia sangat malu .
Pemandu bas hanya mendiamkan diri dan memulakan perjalanannya.
' Tak perlu menyapa atau buat baik pada kami. Maafkan saya'
"Suara perempuan tu .." kata Thaqif cuba mengingat suara tersebut.
Thaqif segera memandang bas yang sudah mula bergerak di atas jalan raya.
"Itu suara daripada interkom. Perempuan biadap tu..aduhh!!" Jerit Thaqif.
'tak apa! Ini bukan memalukan' bisik Adra sambil menepuk dirinya sendiri.
'awak buat dengan baik , awak beritahu dia dulu' bisiknya lagi.
________________________________
"Mama, Adra rasa mimpi itu akan jadi kenyataan"
"Kamu dah jatuh cinta kat lelaki tu? Adakan pintu hati kamu pintu automatik? Belum diketuk dah terbuka?" Perli Puan Hania sambil melayan customer nya.
"Ia terbuka luas" sambungnya lagi .
"Tak..Dia tertarik kat Adra."
"Macam mana Adra tau?" Soal Puan Hania.
"Kenapa dia duduk dekat dengan Adra?" Fikir Adra.
" Adra kata dia buat macam tu untuk beri ruang kat orang lain?" Kata Puan Hania.
" Dia seorang profesional. Aduh dia tu memang mahir" kata Adra.
"Eh, kamu tu tak tahu apa apa tentang lelaki ye" perli Puan Hania lagi.
Sedang mereka berbual, seorang pelanggannya datang ingin membayar makanannya.
Dia memakai jaket hitam, di belakangnya terdapat lambang seekor harimau seperti sedang mengaum.
Adra melihat jari pelanggan nya terdapat plaster tertampal di jarinya.
Adra cuba mengingat kembali mimpinya seperti dia macam pernah mimpi tentang lelaki tersebut.
Selesai membuat pembayaran, lelaki tersebut sempat memandang ke arah Adra sebelum keluar dari restoran mamanya.
"Mama, lelaki tu Adra pernah mimpi 3 bulan lepas" beritahu Adra.
"Kenapa dengan dia?" Soal Puan Hania.
Apa yg jadi ni hehe next..
YOU ARE READING
DREAM LIVE WHEN SLEEPING
Fantasy"kalau Thaqif tersilap dakwa, dia akan dibuang kerja atau semua mangsa 7 buah keluarga akan salahkan dan bencikan Thaqif" tutur Imran. "Tapi macam mana awak tau?"soal Adra. "Aku nampak dari mimpi aku"jawab ringkas. Adra ter...