20 [ Ending ]

153 25 25
                                    

SEBELUM AKU TERAWIH GUYS!

Idk how to end this.

I try my best doh KSYSVSNSUSBSHSB

---

"Mama! Papa! Kami dapat! Kami dapat universiti yang sama!" Kuat Hyunjin berteriak sambil mengibarkan kertas putih di tangannya. Begitu juga dengan Seungmin yang terlihat santai namun hatinya hanya tuhan yang tahu.

"Ha!? University Of Seoul!?" Irell yang sedang menyantap sarapan paginya dengan sigap terus berlari ke arah kedua anak angkatnya.

"Mama dah cakap tak ada yang mustahil. Tengok kertas tu." Scarlett melabuhkan punggung di sofa bersebelahan dengan sang suami.

"Dear Hwang Hyunjin, Congratulations! On behalf of University Of Seoul community, I am pleased to announce your admission for Fall 2021! Tahniah anak mama!" Erat Scarlett memeluk Hyunjin. Seungmin pula hanya berdiri seperti tunggul di sebelah.

"Anak seorang lagi ni? Mana suratnya? Bagi papa tengok." Dengan senyuman yang lebar, Seungmin menghulurkan kertasnya pada Irell.

"Tarikh kemasukan kami sama. Dan pendaftaran dia, minggu depan." Terang Seungmin.

"Kalau macam tu, minggu depan kita balik Seoul. Okay hari ni kita beli belah jom? Cari keperluan barang-barang untuk masuk belajar kamu berdua." Terserlah betapa terujanya Scarlett. Malah melebihi dari anak-anaknya.

"Mama, kita belum daftar lagi. Awalnya nak beli barang." Hyunjin terkekeh kecil.

"Alah biasalah mama Scarlett kita ni. Paling excited paling tak chill paling gelabah. Ei comel." Manja Irell mencubit pipi isterinya. Geram dibuatnya.

"Kami nak telefon Jisung dengan Felix kejap. Nak tahu mereka dapat sambung belajar dekat mana." Selepas meminta izin, dua saudara itu pun beredar dari ruang tamu.

Di Seoul, terdapat empat manusia yang sedang termenung membaca dua helai kertas yang dibentangkan ke atas meja. Tuan dan Puan Lee sesekali melihat satu sama lain kerana ingin memastikan adakah apa yang tertulis ini betul atau ada yang tersilap.

"Jadi Felix ambil jurusan.. Makeup And Hairdressing? Dan kenapa Jisung pun ambil jurusan yang sama? Bukan kamu beritahu mommy yang kamu nak ambil jurusan bisnes ke?" Tengkuk yang tidak gatal digarunya.

"M..Masa isi borang hari tu, tersalah pilih. Hm boleh tak kalau Jisung teruskan je? Alah setakat conteng-conteng muka—"

"Jisung sengaja pilih jurusan tu. Dia kata, dia risau kalau Lix kena buli. Padahal Lix dah cakap kalau semuanya akan okay, tapi dia tetap degil." Maka terbongkarlah semuanya.

"Haih kamu berdua ni lah kan. Yang seorang protektif sangat. Yang seorang lagi kisah tak kisah. Jisung-ah, betul nak teruskan dengan jurusan ni? Kamu minat tak?" Tuan Lee bertanya.

"Daddy tak payah fikir tentang Jisung minat atau tak. Kalau tak minat, nanti Jisung cuba tukar jurusan. Ha boleh kan?" Nafas berat dihela.

"Memang lah boleh, tapi jangan nanti kamu pula yang susah. Daddy dengan mommy tak mahu kamu tersekat separuh jalan. Felix pun sama juga. Jangan tersekat di skala enam macam rambut mommy kamu."

© BEHIND THE SCENEWhere stories live. Discover now