Pagi itu, Iskandar yang tersedar mengerling jam disebelah katilnya. Jam sembilan pagi. Niat ingin bangun terbantut tatkala teringatkan kejadian itu.
Puas memaksa dirinya untuk tidur. Namun tetap, kejadian itu tidak dapat dihapuskan dari ingatannya.
Alangkah jika Puteri tiada, pasti rancangannya akan berjaya. Tapi, tanpa kehadiran Puteri, mungkin dirinya tidak lagi dapat menghirup oksigen yang diberi Tuhan.
Dalam diam, dia berharap semoga itu bukan Puteri seperti yang dirasakannya.
"Kaulah! Eiii, geram aku! Argh! Aku hampir kena bunuh kau tau tak?! Sekarang Puteri pula yang terlibat. Aku bunuh kau pulak nanti! Argh!" Marah Iskandar teringat akan seseorang yang membuatkan dirinya terlibat dalam masalah ini.
Walau malas, dia harus menyiapkan sesuatu. Kaki diturunkan dari katil. Iskandar menapak malas keluar dari bilik. Mata dan tangan mula mencari makanan yang ada untuk dimakan sebagai alas perut.
Hidup bersendirian, Iskandar asyik mengeluh akan nasibnya. Kalau dah kahwin, mesti si isteri yang akan menyiapkan sarapan paginya.
Soal isteri, mengingatkannya lagi kepada Puteri. Puteri mungkin dalam bahaya ketika ini. Amsyar tidak akan berdiam diri dari terus mencarinya.
Andai Puteri melaporkan kesaksiannya kepada pihak polis, maka dia akan dimasukkan ke penjara bersama bos kesayangan.
"Argh!" Tangan segera membuka televisyen dan mencari siaran yang menyiarkan berita terkini. Hanya risau berita telah menular.
"Seorang pegawai polis yang ketika itu sedang membuat rondaan disekitar kawasan tersebut berkata, beliau terdengar bunyi berdas-das tembakan dilepaskan di sekolah itu. Beliau yang juga merupakan saksi pertama turut hairan, kerana sekolah itu masih didalam kawalan polis untuk siasatan lanjut," Tepat jangkaannya, wartawan sangat laju dalam menggali berita sensasi.
"Amat mengaibkan, mayat yang ditemui berada dalam keadaan separuh bogel. Dipercayai, ianya merupakan kes pembunuhan. Buat masa kini, pihak polis sedang menunggu hasil autopsi dari hospital berdekatan,"
"Hanim.."
Separuh bogel. Kematian tragis yang terngiang-ngiang dikepalanya. Tangannya digenggam geram. Untuk kematian ini, dia berasa amat serba salah kerana tidak mampu melakukan apa-apa. Hanya mampu melihat.
Kini, Iskandar merasakan bahawa dialah manusia yang paling tidak berguna, yang paling pengecut. Tindakan bodoh malam itu, tidak akan pernah padam dalam memorinya. Selamanya hati akan berasa serba salah.
Sewaktu Iskandar cedera, Hanim yang selalu merawatnya. Gadis itu terlalu baik untuk dipersalahkan. Entah apa salahnya hingga ditembak kejam sebegitu rupa.
"Kau buat apa Hanim? Sampai dia tembak kau macam tu?"
"Ikuti rakan wartawan kami yang berada di lokasi kejadian bersama inspektor yang bertanggungjawab. Silakan,"
"Kau pun akan terima akibat yang sama." Muncul suara seorang wanita.
Iskandar yang terkejut membulat matanya, "Oi! Apa kau buat dalam rumah aku?!"
"Eleh, lek ah. Aku tumpang tidur je pun." Selamba Azera yang berbaju t-shirt putih berseluar track.
"Baik, terima kasih kepada rakan wartawan saya di stesen tv. Kini, saya berada di lokasi kejadian Sekolah Kebangsaan Ayer Putih. Digemparkan dengan kes pembakaran yang berlaku pada bulan lepas, turut hangat kes pembunuhan yang berlaku baru-baru ini. Keadaan arwah yang mati dalam keadaan tragis membuatkan semua masyarakat turut bersimpati. Bersama saya Inspektor Hanif yang diamanahkan untuk menyelidiki kes ini,"
YOU ARE READING
J A L A N
Mystery / ThrillerAt last. You only have yourself. Adira takkan pernah lupa pesan arwah ayahnya itu. Ayat itu dia pegang supaya dia terus kuat. Bagaimanapun dia tak boleh mudah lemah semangat. Harus kuat untuk diri sendiri. Cerita lama. Tapi tetap saja meninggalkan k...