OS🎵🎤1

34 4 28
                                    

"Haeun!! Bangun lah budak ni. Kau kata ada kelas pagi ni so bangun sekarang," kata abang Haeun yang dikenali sebagai Kang Daniel, atau nama famousnya Daniel.

"Ya, Eun dah bangun la ni. Oppa ni, kejut orang macam nak runtuh bangunan ni," Haeun membalas sambil menggosok matanya.

"Aku kejut banyak kali kau tak bangun. Kawan kau semua tengah tunggu kau kat meja makan tu. Aku pula yang masakkan untuk diorang. Haih," Daniel mengeluh.

Tak pernah lagi adiknya bangun awal. Adapun masa zaman dia ke sekolah tapi tu dulu. Haeun dah graduate dan jadi college student pon.

"Ya okay okay. Macam mak la dia ni," kata Haeun lalu mencapai tualanya dan masuk ke bilik air

Daniel mengeluh dan keluar dari bilik Haeun. Dia kesian tengok kawan-kawan adiknya itu bangun awal untuk tunggu dia.

"Sorry la korang, Haeun baru bangun," kata Daniel dengan berat hati.

"Tak apa lah hyung, kitorang memang dah biasa dengan sikap dia begitu," balas Jihye, atau dikenali sebagai Kim Jihye.

"Sue yang selalu bangun lambat pon bangun awal hyung. Hyung kena paksa dia bangun je tu," balas seorang lagi rakan Haeun, Yoo Suwon.

"Ya lah. Mungkin sebab hyung manjakan dia sangat kot. Tu yang dia selalu tidur balik bila hyung kejut dia," lagi sekali Daniel mengeluh.

Mungkin salahnya juga sebab manjakan satu-satunya adiknya. Tapi dia tak boleh tolong sebab Daniel sudah lama menjadi anak tunggal sampai lah Haeun dilahirkan.

"Oppa ni terlalu lembut lah bila nak kejut dia. Kalau simbah air, confirm dia bangun tanpa bunyi tau," celah seorang jemah bernama Jeong Eunsook.

"Melampau la simbah air woi," kata si maknae, Song Hana. Dia menepuk bahu si Eunsook sebab berkata begitu. Daniel mengangguk tanda setuju.

"Bagus jugak eh? Boleh la oppa ambil nasihat Eunsook tu," Daniel bagi thumbs up kepada Eunsook.

"Kesian la leader-nim kita macam tu. Abang dia dah la jahat, single pula tu," kata lagi seorang rakan Haeun, Choi Ahreum dengan pedasnya. Laju sahaja Daniel pegang bahu Ahreum.

"Tak yah la ungkit cerita lama. Single jangan sebut eh huk huk. Oppa sedih lagi ni. Dah la single, broken pula tu," kata Daniel sambil mengelap air matanya dengan penuh drama.

Bukan nak kata apa, sudah muak Haeun dan rakannya dengar luahan Daniel tentang lelaki dan broken. Walaupun Jihye dan Suwon sangat invested dalam dunia percintaan antara selebriti, tapi kalau boleh mereka nak Daniel tutup mulut dia dan jangan cakap pasal broken lagi.

"Hyung, tak payah lah sedih sangat. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Banyak lagi perempuan cantik yang wujud kat dunia ni kan?," kata seorang savage bernama Han Seolji. Dia kalau boleh nak je straightforward dengan Daniel tapi kalau Daniel menangis, satu hal pula dia kena pujuk.

"Tapi- tapi-,"

"Dah la oppa. Bukan tak nak dengar luahan tu tapi da muak la dengar. Asyik benda sama juga dia sebut. Bukan nak variasi ke apa hish," Haeun yang baru keluar dari biliknya, mencelah kata-kata Daniel. Fuh makan dalam betul.

"Sampai hati adikku berkata begitu huk," Daniel mengelap air matanya dengan penuh drama lagi.

"Malas lah nak layan dia ni," Haeun menjeling Daniel dan makan sandwich yang disediakan oleh Daniel.

"Tak nak kawan Haeun humph!!,"

"Acah la tu nak merajuk. Geli la tengok orang dewasa perangai budak-budak," Haeun membalas dengan muka jijik.

Our Story | 우리 이야기Where stories live. Discover now