BAB 1

3 0 0
                                    

Di luar masih gelap-gelita. Bintang-bintang yang tersisa di langit ketika itu masih mampu dilihat dari tingkap bilikku. Ketika itu, jam dinding baharu yang telah aku pakukannya kelmarin seolah-olah memberikanku peringatan untuk bersiap-siap ke sekolahku. Azan Subuh berkumandang, diperdengarkan dengan suara yang merdu oleh bilal di Masjid Najihin, satu-satunya masjid yang paling dekat dengan kawasan kediamanku ini. Dengan segera aku menyucikan diri, dari atas sampai ke bawah, lalu mengambil wuduk. Lantas aku dirikan solat Subuh dua rakaat dan mengakhirinya dengan salam, kemudian disempurnakan dengan bacaan selepas solat dan doa.
Ibu bapaku masih tidur di kamar mereka. Tanpa mengganggu mereka, aku turun ke tingkat bawah dengan cepat dan terus menuju ke ruang tamu yang gelap kerana tiada sebarang lampu pun yang dipasang. Aku menggapai kunci motor milikku yang berada di atas meja beralaskan kain putih, sambil memulas tombol pintu dengan sesenyap-senyapnya. Kemudian aku keluar dari rumah dan menyarung kasut kulit hitamku yang masih berkilat. Tongkat motosikal diangkat menggunakan kakiku, dan aku menaikinya sambil memandang arah yang bertentangan dengan pintu rumahku. Enjinnya aku hidupkan, lalu pergi tanpa mengkhabarkan sesiapapun yang berada di rumah.

Seperti hari-hari yang biasa, aku memb

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 17, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TAPAKWhere stories live. Discover now