19

4 0 0
                                    

A). "Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH SWT akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Menyayangi tidak semestinya memiliki.. ;)





























B).Banyak ujian kita dah lalui,
Kadang-kadang kita rasa macam tak mampu,
Rasa macam ujian tu berattt sangat, rasa macam nak stop, give up, & lari daripada masalah.

Tapi kalau kita tabahkan diri,
Tempuhi dengan tenang & percaya yang Allah sentiasa bersama,
One day, kita akan bersyukur kerana diberi ujian sedemikian rupa.

Bersabar ye?


































C).Kadangkala kita leka sehingga kuku menjadi amat panjang. Satu hari, kuku yang panjang tercakar lengan, luka & berdarah. Lalu kita ambil gunting, potong kukunya, bukan jarinya. Iya kita tidak akan potong jari !!!

Kuku panjang itu ibarat sang ego yang makin lama makin membesar tanpa disedari. Ego yang jarang dibilas dengan tauhid memang amat mudah membesar sihat sebesar gajah. 🐘

Dalam kehidupan, bila terjadi perbalahan dalam hubungan, maka rendahkan ego, kuruskan ego, atau pancung ego untuk berusaha bersama-sama mencari solusi kepada punca perbalahan. Mengalah adalah salah satu solusi juga kan kan kan? Maka, lain kali bila kalian dalam perbalahan, potong kukunya, bukan jarinya, buang egonya, bukan putuskan hubungannya.

#JustSharing


















Kata mutiara Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang