prologue

1.7K 142 25
                                    

"Hari ni dah ada satu case lagi, dekat dengan rumah kita pulak tu. Nasib perempuan tu pandai melawan." Aku hanya abaikan cerita Angah yang ambil kisah betul kalau pasal kes penculikkan ni, entah kenapalah setiap malam dia duduk depan television ni nak tahu perkembangan semasa je.

"Kau nak pergi mana tu Farhah?" Farhan yang sedang duduk atas sofa sambil kunyah potato chip bertanya, lagi sakit hati itu potato chip yang aku sorokkan dalam bilik aku tahu? Entah kenapa dapat kembar bodo macam dia pun tak tahu la.

"Cari makan lah, kau bukan tahu nak masak pun." Tudung selendang aku yang rasa macam senget sikit aku betulkan di hadapan cermin besar di ruang tamu rumah, lapar kot dari petang tak makan. Papa dah la tak de nak harapkan angah? Mahu sampai kiamat aku lapar. Farhan lagilah, mahu terbakar rumah papa ni dibuatnya nanti.

"Kau masaklah aku lelaki."

"Oh lepas tu kau pergilah betulkan paip tersumbat dekat dapur tu, kau lelaki kan?" Aku menjeling, angah memang dah malas dah nak ambil tahu kalau kami bergaduh, dia pun apa lagi gerak la dulu caw naik masuk bilik dia.

"Kau nampak muka aku macam tukang paip ke?"

"Oh so, kau nampak muka aku ni macam tukang masak?"

"Nope." Farhan geleng kepala, "more likely to be a bibik."

"This is why you're still single, idiot."

"Seronok cakap dengan cermin."

"Shut up." Aku terus keluar dari rumah, kalau nak tunggu si Farhan ni mengaku kalah sampai kiamat pun kami tak akan bergenti gaduh, dari aku sakit hati baik aku keluar cari makan less stress gittew.

Disebabkan kedai makan yang aku nak pergi ni dalan 1 kilometer je dari rumah aku pun macam dah gemuk sikit, apa salahnya bersenam walau aku jalan je. Boleh la bakar lemak sikit.

Aku cadang nak pergi kfc je, lepas tu pergi family mart beli cheesecake. Boleh la tu dari tak de kan?

Jadi aku pun jalan dengan aman tanpa masalah, naik jejantas sebab aku terlalu awal lagi kena mati digilis lori lagipun cerita ni baru start prologue.

Lepas aku turun jejantas tadi ada sorang lelaki ni terlanggar bahu aku habis berhabuk satu baju aku entah member ni jalan sambil main kapur ke acane. Tak tahu la.

Jadi aku pun sambung jalan sambil kibas-kibas baju yang berhabuk, sampai family mart ambil dua biji cheesecake letak dekat kaunter. Lepas tu aku raba saku seluar untuk keluarkan beg duit.

"Semuanya RM8.40" Abang cashier ni dah padang aku small big small big sebab aku mula gelabah tak jumpa beg duit. Aku sure ni seratus persen aku bawak tadi masa tengah gaduh dengan Farhan. Sekarang ni mana perginya beg duit aku aduuu...dah la dekat belakang ni ada orang lain beratur nak bayar, wah jatuh saham aku gini.

"Bayar sekali saya punya ni." Satu air kotak pisang dia letak atas meja kaunter sebelah cheesecake aku. Aku dongak pandang suara garau yang berdiri di belakang aku ini, jantung aku berdegup kencang. Cop, bukan cinta tapi sebab ada yang nak bayarkan cheesecake ni.

"Saya bayarkan dia punya sekali ni." Lepas siap bayar dia ambil air kotak pisang dia tersebut, sekali dengan cheesecake aku dan tolak tawaran plastik untuk safe the turtle.

"Ni aku punya." Terbuntang mata aku dengar jawapan yang keluar dari mulut dia, apa jadah jantung aku berdegup dup-dap dup-dap tadi? "Kenapa muka macam tu? Aku yang bayarkan? Tak malu."

Aku lepaskan satu keluhan berat, annoying. Harap je muka handsome, lepas tu aku jeling dia dan berlalu pergi. Dah la dua biji cheesecake tu yang last tadi. Aku sedih tahu? Jumpa manusia macam ni, patut dia tu jadi tapir je.

"Weh relax la aku gurau je." Budak lelaki tersebut halang perjalanan aku, sebiji cheesecake dia hulurkan, "Satu je, satu lagi aku punya."

Sebabkan kita tak boleh nak tolak rezeki jadi aku ambil juga cake yang dia bagi tersebut, "terima kasih."

Macam tu je lepas tu aku blah la, buat apa lama-lama dengan dia sekali aku kena culik? Tak ke kesian hidup aku, aku ni baru 17 tahun tak sempat nak rasa ada boyfriend pun lagi.

Sebelum aku naik jejantas sempat aku toleh belakang pandang budak lelaki tadi, dia pun tak ada dah. Hilang entah ke mana, aku pun kena balik la apa lagi duit tak ada nak beli kfc pun.

Aku selamat turun jejantas, jalan nak masuk rumah aku ni pun gelap kerajaan tak mau sponsor lampu. Pihak pembangunan taman ni pun tak tahu nak laksanakan tanggungjawab. Masing-masing makan gaji buta.

"Aduh!" Tengah syiok bebel pasal perkembangan negara ni, tiba-tiba ada orang ketuk kepala aku dari belakang, mujur aku bukan insan yang lemah. Tak pengsan lagi, aku pun toleh belakang nak tengok apa benda yang ketuk kepala aku tadi, bapak aku bayar zakat tau?

"Ko kenapa? Sakit tahu?" Sempat aku bising dekat lelaki yang pegang kayu jati dekat tangan dia, wah gila tapir la ketuk kepala aku guna kayu dayus betul lelaki sekarang ni.

Kayu yang ada dekat tangan dia diangkat sekali lagi, baru aku dapat hadam situasi sekarang ni. Gila dia nak pukul aku sia, aku pulak sempat borak dengan dia lagi.

Aku sempat tunduk lepas dia hayun kayu tersebut untuk pukul aku kali kedua, tangan aku meraba kepala yang kena pukul tadi. Ada rasa cecair mengalir, sah dah ni darah.

"Tak reti main kayu jangan main." Terus aku sepak kaki mamat tersebut, ambik ko jatuh terus member macam nangka busuk. Apa lagi, kayu dekat tangan dia ni aku capai angkat setinggi boleh nak hayun dekat kepala dia baru dia rasa apa aku rasa tadi.

"Alert!" Lelaki tersebut menjerit kuat, wah kau yang pukul aku tadi lepas tu kau nak jerit macam aku yang nak rogol kau ni kenapa? Amboi bukan main betul.

"Eh mana aci-" Tiba-tiba ada orang capai aku dari belakang, sehelai kain dia gunakan untuk tutup mulut aku. Trick bodo macam ni dia guna dekat aku? Aku pun apa lagi, sekejap je dalam lima minit kepala aku mula rasa berat. Terus semuanya gelap.

Leal ©Where stories live. Discover now